Langkau ke kandungan utama

Tanggungjawab korporat

Di Dropbox, kami komited untuk membina perniagaan yang mampan. Usaha tanggungjawab korporat (CR) kami membantu mempraktikkannya—memperkukuh perniagaan kami dan menjadikannya lebih berdaya tahan supaya kami dapat memberikan nilai yang berkekalan untuk pengguna, pekerja dan komuniti kami.

Tujuh orang duduk mengelilingi meja dilihat dari atas. Ada yang menaip menggunakan komputer riba manakala ada yang mencatat atau minum menggunakan cawan.

Keutamaan tanggungjawab korporat kami

Melindungi pelanggan kami

Pelanggan kami mempercayai kami dengan maklumat mereka yang paling penting, dan kami berpegang pada piawaian tertinggi dalam melindunginya. Kami membina dan terus mengurus Dropbox dengan keselamatan dan privasi yang diterapkan dalam reka bentuk kami.

Bertindak dengan integriti

Kami percaya bahawa membina budaya integriti dan akauntabiliti ialah tanggungjawab setiap ahli pasukan. Kami komited terhadap tadbir urus korporat yang kukuh, dipandu oleh lembaga pengarah kami dan didukung oleh dasar, prosedur dan kawalan dalaman kami.

Melabur dalam bakat

Misi kami untuk mewujudkan cara kerja yang bernas bermula dengan kakitangan kami. Kami memupuk budaya yang membolehkan pekerja berkembang maju dan melakukan kerja mereka dengan sebaiknya.

Bertanggungjawab terhadap persekitaran kita

Apabila memanfaatkan potensi teknologi baharu, kami sentiasa berwaspada terhadap permintaan tenaga dan terus mencari jalan untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan jejak alam sekitar dan mencapai kemajuan ke arah matlamat kemampanan kami.

Berhubung dengan komuniti

Melalui Dropbox untuk Kebaikan, kami memperkasakan pekerja kami untuk menyumbang kembali kepada komuniti mereka dengan menyediakan cuti sukarelawan berbayar, sumbangan yang sepadan serta sumbangan produk kepada pertubuhan bukan untung.

Pendedahan