Cara National Rugby League menyemak video dengan cepat
National Rugby League memerlukan cara yang lebih baik untuk menyatukan maklum balas berkaitan pelbagai video projek liga tersebut. Dropbox Replay memperkemaskan proses, menjimatkan masa dan mengurangkan kekecewaan.
“Replay menjadikan kehidupan lebih mudah untuk semua orang yang terlibat kerana editor tahu perkara yang harus diubah dengan tepat. Editor tidak perlu berteka-teki lagi.”
Produk yang digunakan
Industri
Media & Hiburan
Saiz
250-999
Lokasi
Sydney, Australia
Cabaran: Rantaian e-mel yang serabut memperlahankan proses penyuntingan
National Rugby League (NRL) mengendalikan pertandingan Liga Ragbi terulung dunia, menampilkan 17 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita dari Australia dan New Zealand. Permainan NRL menarik lebih daripada 100 juta orang penonton televisyen setiap tahun dan kedudukan acara istimewa liga tersebut sentiasa menjadi antara program televisyen yang mendapat penilaian tertinggi di Australia. Aktiviti ini memerlukan usaha yang tinggi daripada pasukan produksi NRL, yang mungkin mempunyai halangan pada peringkat penyuntingan video.
Rachel Jedwood ialah pengurus produksi di NRL dan bertanggungjawab ke atas semua kandungan NRL. Pada mana-mana hari tertentu, dia dan pasukannya mempunyai lima projek yang perlu diusahakan. Setiap projek melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk rakan niaga luar seperti penyiar, penaja, dan kelab NRL. Selain permintaan biasa, pasukan sering menerima permintaan saat akhir dengan tarikh akhir yang dekat.
Proses maklum balas video NRL yang menyusahkan telah melambatkan projek ini kerana maklum balas pihak berkepentingan diperoleh melalui e-mel, dan Jedwood terpaksa menyusun segala-galanya. “Ia mengecewakan,” ujarnya. “Anda akan dapat berbilang respons daripada e-mel yang berbeza dan semuanya bercampur-aduk.” Rakan sekerja tiada dalam rangkaian e-mel dan maklum balas mungkin generik dan tidak membantu: “Bolehkah kita memotong syot lelaki yang sedang berlari dengan bola?”
Cuba untuk memahami maklum balas tersebut memerlukan tekaan dan kerja yang melecehkan untuk editor, semuanya memakan masa. Dan dengan segala-galanya menjadi tanggungjawabnya, Jedwood tidak mempunyai masa untuk bertindak sebagai perantara semua pihak.
“Replay telah menjadi penjimat masa dan sangat membantu dalam menyatukan maklum balas, dapat menjejaki semuanya di satu tempat.”
Penyelesaian: Maklum balas disatukan yang dibina dalam aliran kreatif
Jedwood ingin melaksanakan proses yang memastikan segala-galanya teratur, oleh sebab itu dia menjadi peminat Dropbox. Sebelum ini, dia menggunakan Dropbox Transfer dan ciri seperti permintaan fail untuk menambah baik proses NRL, jadi apabila bekas pengurusnya mencadangkan dia mengkaji Dropbox Replay, dia bersetuju—dan tidak lama kemudian dia tidak sabar untuk menggunakan penyelesaian tersebut.
Kini, apabila editor melengkapkan versi pertama video, Jedwood menjemput pihak berkepentingan untuk memberikan maklum balas melalui pautan Replay. Semua orang meninggalkan anotasi bercap masa di satu lokasi dan penyumbang juga boleh melihat komen orang lain. Apabila suntingan awal selesai, Jedwood menghantar pautan kepada editor, yang mempunyai arahan yang jelas untuk versi yang seterusnya.
Proses yang lebih lancar menjadi penting apabila mengusahakan acara utama sepanjang tahun 2022–23. Acara yang sangat popular seperti siri State of Origin menuntut lapan pakej projek daripada pasukan Jedwood. Pasukan menggunakan Replay untuk memberikan maklum balas dan Dropbox juga menawarkan peluang untuk mencipta templat pakej lebih awal, membenarkan pasukan untuk menghasilkan pakej projek akhir dengan cepat.
Hasil: Proses diperkemas yang disukai oleh semua orang
Sesiapa sahaja boleh mula menggunakan Replay dengan cepat dan Replay berfungsi dengan lancar menggunakan alat Dropbox yang lain, di samping kebanyakan editor perisian kreatif yang digunakan setiap hari, seperti Adobe Premiere Pro atau Blackmagic Design DaVinci Resolve. “Replay telah menjadikan hidup lebih mudah” kata Jedwood. Perkara tersebut benar untuk editor serta bahagian lain dalam organisasi, seperti pasukan Acara. Kini, semua orang tahu destinasi untuk dituju jika mereka perlu mencatat perubahan, dan menyatukan maklum balas di satu tempat bermakna sebarang komen yang bercanggah boleh ditangani dengan lebih mudah.
Mengurangkan kerumitan boleh menjimatkan banyak masa. Salah satu ciri Replay yang paling banyak digunakan ialah ulasan dalam video. Ciri ini telah mendorong orang menjadi lebih spesifik dalam memberikan maklum balas mereka dan editor tidak perlu berteka-teki lagi. “Kami menyelesaikan kerja dengan lebih cepat,” Jedwood mengesahkan.
Ciri ini juga menjimatkan masanya secara peribadi, kerana dia tidak perlu lagi bertindak sebagai penghubung antara pihak berkepentingan. Jedwood melihat ruang untuk NRL mengembangkan penggunaan Replay dan ingin mula menggunakan ciri tarikh akhir alat itu. Dengan daftar masuk tunggal untuk semua produk Dropbox dan navigasi mudah antara fail Dropbox dengan Replay, memperkemaskan sebarang proses kreatif adalah mudah.
“Pasukan Acara sukakan Replay. Maklum balas yang saya dapat adalah 'Kenapa kamu tak tunjukkan kepada saya lebih awal?'”
Rachel JedwoodPengurus Produksi