Langkau ke kandungan utama

Sokongan dan komuniti pembangun DBX Platform

Selamat datang ke halaman sokongan dan komuniti pembangun DBX Platform. Kami menggalakkan anda untuk menyemak FAQ kami kerana kami telah cuba mencari jalan penyelesaian kepada kebanyakan soalan lazim daripada pembangun.

Sambung dalam talian

Forum pembangun Dropbox merupakan halaman yang dihoskan Dropbox dan tempat anda boleh mendapatkan sokongan teknikal daripada pasukan Dropbox dan komuniti Dropbox tentang isu API yang khusus. Anda juga boleh memberikan maklum balas produk dan permintaan ciri, mengikuti perkembangan terkini dengan pengumuman terkini daripada Dropbox dan sumbang saran idea anda dengan komuniti. Jika anda masih lagi baharu dalam komuniti dalam talian ini, ketahui lebih lanjut tentang penglibatan di sini.

Anda juga boleh mencari komuniti pembangun Dropbox di laman berikut:

Ilustrasi ejen pusat panggilan di pejabat

Sentiasa Berhubung

Blog

Langgan blog pembangun Dropbox untuk mendapatkan kemas kini produk terkini, bahan pembolehan, tutorial, contoh apl dan banyak lagi.

Sosial

Ikut kami di Twitter @dropboxapi untuk terus mengikuti perkembangan terkini tentang semua yang berkaitan API Dropbox. Anda juga boleh menghantar mesej kepada kami secara terus di sini.

Hubungi kami

Jika anda tidak dapat mencari jawapan dalam komuniti dan sumber di atas atau soalan lazim di bawah, anda boleh menghubungi sokongan API. Kami berada di sini untuk membantu dengan apa-apa masalah, soalan, komen atau maklum balas yang anda ada tentang DBX Platform.

Soalan lazim

DBX Platform yang baharu merupakan set bersepadu API dan alat untuk pembangun. Kami melihat DBX Platform sebagai tisu penyambung yang menghubungkan semua kandungan, peranti, dan apl pengguna di satu tempat berpusat.

Jika anda tidak pernah membina menggunakan API Dropbox, kami mengesyorkan agar anda melihat panduan Bermula dengan API Dropbox. Tutorial amali ini akan mengajar anda tentang langkah asas untuk memulakan dan mencipta apl ringkas bagi membantu menyusun fail dalam akaun Dropbox anda. Kami juga mengesyorkan agar anda membaca Panduan pembangun, iaitu dokumentasi rujukan utama anda untuk membina apl hebat di DBX Platform dan memudahkan proses semakan apl.

DBX Platform menawarkan sejumlah API untuk kes penggunaan yang berbeza:

  • Gunakan Chooser dan Saver jika anda mencari komponen UI untuk apl anda bagi membolehkan orang membuka fail daripada Dropbox dalam apl anda atau menyimpan fail pada Dropbox daripada apl anda
  • Gunakan API Pengguna jika anda memerlukan API berasaskan HTTP seperti apl web pihak pelayan atau apabila anda memerlukan akses tahap lebih rendah kepada Dropbox
  • Gunakan API Dropbox untuk Perniagaan jika anda memerlukan akses kepada kefungsian pentadbir Dropbox untuk Perniagaan

Umumnya, anda perlu menggunakan keizinan minimum yang diperlukan untuk apl anda. Apabila pengguna memautkan akaun Dropbox mereka kepada apl anda, mereka akan diminta untuk memberikan keizinan yang anda minta. Kami mendapati bahawa pengguna lebih cenderung memautkan akaun mereka jika keizinan minimum diminta. Terdapat dua keizinan: Folder apl dan Dropbox Penuh. Baca lebih lanjut tentang perbezaan kedua-dua keizinan dalam panduan pembangun kami. Anda boleh mendaftar untuk pelbagai versi apl anda dengan keizinan yang berbeza dan membolehkan pengguna memilih pilihan yang diutamakan oleh mereka. Walau bagaimanapun, hal ini memerlukan lebih banyak usaha anda sebagai pembangun, UI tambahan dan keputusan tambahan yang perlu dibuat oleh pengguna anda.

Ya! Tiada bayaran dikenakan kepada anda sebagai pembangun dan sebarang jenis akaun Dropbox, percuma atau berbayar boleh menggunakan apl anda.

Anda boleh membuat prototaip dan menguji contoh dengan mana-mana titik akhir Dropbox menggunakan API Explorer kami. Untuk menguji apl yang memanggil titik akhir API Dropbox untuk Perniagaan, anda boleh meminta Akaun Pembangunan Dropbox untuk Perniagaan secara percuma. Tindakan ini akan membolehkan anda menguji apl anda menggunakan pasukan Dropbox untuk Perniagaan yang standard. Akaun pembangunan diberikan atas dasar permintaan dan tertakluk pada terma dan syarat tambahan yang digariskan dalam borang permintaan. Isi borang ini untuk meminta akaun pembangunan.

Anda boleh mendapatkan kekunci dan rahsia apl API dengan mencipta apl pada halaman penciptaan apl. Sebaik sahaja anda mencipta apl, kekunci dan rahsia apl akan tersedia pada halaman apl pada Konsol Apl. Ambil perhatian bahawa Chooser dan Saver mempunyai kekunci apl tetapi tidak mempunyai rahsia apl.

Anda boleh menamakan semula apl Chooser & Saver pada bila-bila masa di Konsol Apl. Apl teras yang masih dalam status pembangunan juga boleh dinamakan semula di Konsol Apl. Sebaik sahaja apl berada dalam status pengeluaran, apl tidak boleh dinamakan semula oleh anda. Kami mengesyorkan agar anda memastikan apl anda dinamakan dengan betul sebelum memohon pengeluaran. Jika anda mempunyai apl dalam status pengeluaran yang perlu dinamakan semula, buka tiket bantuan API dan kami boleh berbuat demikian untuk anda.

OAuth merupakan protokol terbuka yang digunakan oleh API Dropbox untuk membenarkan akses kepada sumber di Dropbox. Protokol ini merupakan alternatif yang lebih selamat daripada mengendalikan kelayakan pengguna secara langsung. API Dropbox menyokong OAuth 2.0, tetapi SDK rasmi yang mengendalikan semua perkara ini untuk anda. Anda boleh membaca lebih lanjut lagi tentang OAuth di laman OAuth rasmi.

Ya, tetapi anda akan menghadapi masalah apabila cuba memautkan ke pada Dropbox apabila kedua-duanya dipasang pada masa yang sama. Buka tiket bantuan API) dan kami boleh membantu anda.

Sebaik sahaja apl anda dipautkan dengan 50 orang pengguna Dropbox, anda akan diberikan masa dua minggu untuk memohon dan menerima kelulusan status pengeluaran. Jika anda mahu berkongsi apl anda dengan semua orang, anda perlu melengkapkan proses permohonan pengeluaran. Kami memberikan maklum balas kepada hampir semua permintaan pengeluaran dalam masa beberapa hari bekerja. Walaupun anda boleh menghantar permintaan untuk status pengeluaran pada bila-bila masa, permintaan tidak akan disemak sehingga apl anda dipautkan dengan sekurang-kurangnya 50 orang pengguna Dropbox. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang cara memohon pengeluaran dalam panduan pembangun kami.

Ya, jika anda perlu menukar kekunci apl dan rahsia apl pada apl sedia ada bagi sebarang sebab, buka tiket sokongan API dan kami akan bantu anda. Mengitar kekunci apl dan rahsia apl anda tidak akan melumpuhkan token akses sedia ada.

Ya, buka tiket sokongan API dan kami boleh membantu anda.

Dapatkan bantuan daripada komuniti pada Forum Pembangun DBX Platform atau Stack Overflow. Pastikan juga anda melihat Bahan rujukan pembangun kami.

Jika anda tidak dapat mencari jawapan dalam sumber di atas, anda boleh menghubungi sokongan API. Pasukan Dropbox boleh membantu anda dengan sebarang masalah, soalan atau komen yang anda ada tentang DBX Platform.