Tambahan Tadbir Urus Data Dropbox menggabungkan Sejarah Versi Lanjutan dengan ciri pengekalan data dan pegangan undang-undang kami agar anda bersedia untuk sebarang keperluan pematuhan atau audit pada bila-bila masa.
Pasukan boleh menguruskan data sensitif sambil menetapkan dasar pengekalan dan mengekalkan semua versi fail sehingga 10 tahun. Manfaatkan kehebatan menyimpan kandungan di Dropbox agar anda tahu ia selamat, boleh dijumpai dan boleh diperoleh apabila anda memerlukannya.
Tadbir Urus Data memastikan bahawa aset data anda dilindungi, dikawal dan boleh diperolehi pada bila-bila masa, tanpa mengganggu aliran urus niaga.
Alat pengurusan data memudahkan beban pasukan IT. Sama ada tentang dasar pengekalan data atau syarat pegangan undang-undang, anda boleh memudahkan cara untuk memenuhi keperluan keselamatan dan pematuhan syarikat anda yang berubah-ubah.
Peroleh semula kandungan yang dipadam secara tidak sengaja dan buat asal perubahan fail yang tidak diingini, sehingga 10 tahun dengan Tambahan Sejarah Versi Lanjutan.
Tambahan Kawalan Pasukan & Kandungan Lanjutan yang dikuasakan oleh teknologi BetterCloud, membolehkan pentadbir IT untuk mengerahkan Dropbox pada peranti pasukan dan tadbir urus data di satu tempat.
Akses ejen secara langsung melalui sembang, e-mel atau telefon pada bila-bila masa. Tambahan Sokongan Premium Dropbox memberikan anda akses organisasi ke sokongan premium selama 24/7—walaupun pada hari cuti.
Ketahui cara Dropbox boleh membantu organisasi anda berkembang di tempat kerja yang jauh.
Ketahui cara anda boleh membuka kerjasama yang selamat dan boleh skala untuk pasukan yang teragih.
Harap maklum: Produk atau ciri yang diterangkan di atas mungkin belum dikeluarkan lagi, maka waktu dan fungsi yang sebenar boleh berubah daripada perkara yang dikongsikan di sini. Keputusan untuk membeli perkhidmatan kami sepatutnya dibuat berdasarkan ciri yang tersedia pada masa ini.