Skip to main content

Transkripsi video

Mentranskripsi rakaman video kepada teks dengan Dropbox Capture

Jimatkan masa dan berkomunikasi dengan jelas. Dropbox Capture mentranskripsi audio daripada rakaman skrin secara automatik, yang boleh dikongsi dan dilihat dengan mudah dengan hanya perlu menyalin pautan.

Paparan visual tentang transkripsi audio automatik dan sari kata tertutup dalam Dropbox Capture.
Capture
Merakam skrin anda dan mentranskripsi audio daripada mikrofon anda secara automatik

Dropbox Capture dibina bertujuan untuk menjimatkan masa dan menyampaikan isi penting dengan jelas.

Pastikan tiada apa-apa yang terlepas dengan mentranskripsi alih suara video anda secara automatik kepada teks:

  • Merakam skrin anda, alih suara daripada mikrofon anda, dan—bagi sentuhan peribadi—merakamkan video diri anda daripada kamera web anda secara serentak dengan satu klik butang
  • Kemudian, transkripsi video akan diproses serta-merta dan secara automatik, sebaik sahaja anda selesai merakam
Paparan visual tentang aplikasi desktop Dropbox Capture, menunjukkan cara untuk merakam skrin dan video anda daripada kamera anda secara serentak.
Kongsi
Anda boleh berkongsi rakaman dengan transkripsi anda semudah menyalin pautan sahaja

Dropbox Capture memudahkan perkongsian rakaman anda dalam masa beberapa saat dan membolehkan anda kekal berhubung dengan penerima anda:

  • Kebenaran perkongsian dan akses melalui pautan—kawal individu yang boleh mengakses fail anda, termasuk individu yang tidak mempunyai akaun Dropbox
  • Analisis dan pemberitahuan penonton—dapatkan pemberitahuan sebaik sahaja rakaman anda dilihat
  • Komen pada rakaman—apabila didayakan, penonton boleh meninggalkan maklum balas langsung pada video anda
Paparan visual tentang proses berkongsi rakaman skrin dalam Dropbox Capture dengan menyalin pautan.
Lihat
Menyediakan pelbagai cara untuk berinteraksi semasa menonton

Video yang disertakan dengan transkripsi menyediakan penonton anda cara baharu untuk menonton, menavigasi dan berinteraksi dengan kandungan anda:

  • Sari kata tertutup—penonton boleh mendayakan sari kata tertutup semasa sedang menonton klip anda untuk memastikan bahawa mereka dapat memahami semua maklumat yang dipaparkan.
  • Transkrip video—transkrip lengkap audio video boleh menjadi rujukan berguna semasa menyemak isi utama
  • Langkau ke bahagian video melalui transkrip—penonton boleh menggunakan transkrip anda untuk pergi ke bahagian penting klip, tanpa perlu mempercepat video secara manual!
Paparan visual tentang pengalaman main balik video dalam Dropbox Capture, dengan komen dan reaksi bermasa daripada pengguna Dropbox.

Bagaimanakah mentranskripsi video boleh mendayakan komunikasi yang jelas?

Ilustrasi individu bekerja dari rumah.

Jadikan diri anda didengari

Membawa tumpuan dan kejelasan kepada mesej anda tanpa memerlukan pertemuan. Transkripsi video anda kepada teks untuk mengetengahkan isi utama anda, di samping bekerjasama dengan orang lain secara tidak segerak, mengikut masa mereka sendiri.

Ilustrasi individu merakam alih suara video sambil duduk di hadapan komputer.

Kekalkan konteks dan nada

Video senyap mudah disalah faham. Konteks penting dapat difahami melalui penambahan alih suara anda pada rakaman serta mengekalkan niat asal anda, dengan bantuan autotranskripsi yang menjadikan maklumat mudah difahami.

Ilustrasi individu yang kelihatan tenang sedang duduk di atas sofa dengan berbilang peranti.

Tuntut semula masa anda

Anda tidak perlu menulis e-mel yang panjang lagi. Kongsikan lebih banyak dalam masa yang singkat—sunting, kongsi, dan akses rakaman anda dengan segera menggunakan transkripsi automatik penuh, semua ini pada satu tempat dan daripada mana-mana peranti.

Soalan lazim

Transkripsi video ialah proses mencipta salinan teks daripada audio sesuatu video. Kebiasaannya, hal ini akan merangkumi apa-apa dialog dalam video, seperti alih suara atau apa-apa perbualan yang didapati dalam video.

Proses transkripsi menghasilkan transkrip, iaitu dokumen teks yang meringkaskan dialog video.

Transkrip video boleh membantu mereka yang memerlukan kebolehcapaian pendengaran. Transkrip video juga boleh menjadi rujukan berguna yang boleh diselak dengan cepat tanpa perlu mencari bahagian dialog tertentu video secara manual.

Dropbox Capture mentranskripsi audio daripada rakaman skrin secara automatik, yang bermakna anda tidak perlu membuat apa-apa selain merakam alih suara semasa rakaman.

Setelah anda selesai merakam, Dropbox akan mula memproses transkripsi sebaik sahaja fail kelihatan pada makluman rakaman Dropbox Capture anda. Transkripsi mungkin mengambil masa selama beberapa minit untuk selesai diproses bergantung pada panjang rakaman anda.

Selain mencipta GIF daripada rakaman skrin, Dropbox Capture mempunyai beberapa keupayaan lain:

  • Merakam diri anda dengan kamera web anda, selain skrin anda.
  • Merakam alih suara dengan mikrofon anda.
  • Mentranskripsi video rakaman anda, dengan sari kata tertutup dan transkrip yang dijana secara automatik.
  • Memainkan semula klip rakaman anda dalam 4K.
  • Berkongsi rakaman anda secara terus daripada Dropbox Capture dan menerima pemberitahuan apabila klip itu ditonton.
  • Mengawal individu yang boleh mengakses klip anda dengan tetapan perkongsian khusus video.
  • Penonton boleh meninggalkan komen dan reaksi emoji pada masa khusus pada klip anda.
  • Mencipta kandungan untuk audiens atau tujuan yang berbeza? Tambahkan klip pada koleksi untuk mengatur set rakaman yang berkaitan dan kongsikan koleksi bersama.

Lihat lebih banyak ciri

Alat perakam skrin Dropbox Capture.

Perakam skrin

Kurangkan mesyuarat dengan mesej video yang diperibadikan

Meletakkan tera air pada fail dengan Dropbox.

Tera air

Lindungi kerja anda daripada penggunaan yang tidak dibenarkan

Ciri perkongsian fail Dropbox.

Perkongsian fail

Kongsi mana-mana fail atau folder dengan sesiapa sahaja secara mudah

Koleksi folder dan jenis fail yang berbeza.

Penyusunan fail

Susun semua kandungan pasukan anda di satu tempat