Langkau ke kandungan utama

Penyelidikan di Dropbox

Ilustrasi tiga orang rakan sekerja sedang mengkaji pelan di meja

Bantu membentuk masa depan Dropbox

Kami membina Dropbox untuk membantu orang ramai bekerja dengan lebih baik bersama-sama. Itulah sebab kami mendapatkan pendapat daripada orang seperti anda supaya kami dapat tahu sama ada kami berada di haluan yang betul. Baik atau buruk, kami ingin mendengar semua jenis pendapat. Maklum balas anda membantu kami menambah baik Dropbox agar dapat memenuhi keperluan anda dengan lebih baik.

Mengikut masa anda

Jarak jauh atau bersemuka, ambil bahagian mengikut masa dan jadual anda.

Dapatkan ganjaran untuk masa anda

Kami menghargai masa anda dan menyediakan kad hadiah sebagai tanda penghargaan atas maklum balas berharga anda. Kajian yang biasa akan mengambil masa antara 30 minit hingga satu jam.

Borang persetujuan dalam talian

Semak borang Perjanjian Persetujuan & Kerahsiaan Dropbox.

Peserta mestilah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.
Berminat untuk membantu kami?

Maklumat anda akan dikekalkan sulit dan hanya akan digunakan untuk penyelidikan di Dropbox. Semua maklumat peribadi akan digunakan selaras dengan Dasar Privasi kami.

Perhatian: Melengkapkan borang ini hanya menjamin pertimbangan untuk kajian kami. Anda haruslah terpilih untuk benar-benar dapat mengambil bahagian.

Ada soalan? Hubungi kami di: research@dropbox.com

 

Ilustrasi dua orang rakan sekerja sedang bekerja menggunakan papan putih

Soalan Lazim Asas

Selepas anda mendaftar diri, anda akan dimasukkan ke dalam pangkalan data peserta penyelidikan kami. Kami akan menghubungi anda sekiranya kami berpendapat bahawa anda sesuai untuk kajian. Anda boleh menolak penyertaan jika anda tidak berminat.

Pangkalan data mengumpulkan maklumat tentang bakal peserta termasuk lokasi, penggunaan Dropbox, dan maklumat perhubungan. Maklumat ini akan dikekalkan sulit dan hanya akan digunakan untuk penyelidikan pengguna. Maklumat anda tidak akan sekali-kali dikongsi untuk tujuan pemasaran, dan kami hanya akan menghubungi anda berkenaan dengan kajian yang akan datang.

Tidak ada jaminan bahawa anda akan dipilih untuk salah satu kajian kami. Berdasarkan maklumat yang anda berikan kepada kami, kami akan lebih memahami sama ada anda merupakan pilihan sesuai yang kami mahu.

Peserta yang dijemput biasanya mendapat kad hadiah sebagai tanda penghargaan atas masa dan pendapat mereka. Nilai kad bergantung pada takat penglibatan yang diperlukan.

Kajian yang biasa akan mengambil masa antara 30 minit hingga satu jam. Sesetengah kajian berlangsung selama beberapa hari atau minggu untuk kira-kira 15—30 minit/hari.

Sudah tentu! Kebanyakan kajian kami dilakukan di San Francisco, tetapi kami juga melakukan kajian jarak jauh yang kami boleh bersembang dengan anda melalui telefon atau komputer. Kami juga mengadakan lawatan ke bandar yang berbeza untuk bercakap dengan orang ramai secara bersemuka.

Ya, silakan! Kami ingin mendengar pendapat daripada pengguna semasa kami dab juga daripada orang yang tidak menggunakan Dropbox.

Semua maklumat akan dikekalkan sulit dan hanya akan digunakan oleh pasukan Penyelidikan Pengguna di Dropbox.

Hubungi kami di research@dropbox.com, dan kami akan membantu anda menguruskan hal itu.