Mengaku sajalah: mengkonfigurasi pelayan VPN, tidak termasuk latihan dan penyelenggaraan yang berterusan, boleh memakan banyak sumber IT dan wang. Jadi, mengapa gunakan perkhidmatan VPN? VPN merupakan terowong peribadi dan disulitkan melalui internet antara rangkaian anda dan syarikat anda, yang membenarkan anda memiliki akses jarak jauh yang selamat ke pelayan fail syarikat anda.
Namun, perkara yang merumitkan untuk anda adalah terpaksa mendaftar masuk dengan apl khas setiap kali, diikuti dengan perasaan yang geram dalam bentuk masalah sambungan dan sambungan semula, gangguan dengan sumber rangkaian lain serta sambungan yang perlahan. Kami ada cara yang lebih baik.
Penyambungan dengan pelayan fail melalui VPN merupakan proses yang mempunyai banyak langkah dan boleh menyakitkan hati walaupun bagi pengguna yang mahir dengan teknologi. Namun, Dropbox hanya memerlukan pemasangan dan pendaftaran sebanyak sekali sahaja. Untuk mengakses fail yang dikongsikan oleh ahli pasukan adalah mudah sahaja; dengan menavigasi melalui folder dalam apl kami:
Bagi penyelesaian VPN yang lebih unggul, bertukar kepada Dropbox bermakna anda mengalami pengalaman yang lebih bagus, lebih mudah dan lebih diperkemaskan secara menyeluruh. Penggunaan Dropbox adalah semudah menyimpan fail kepada folder dan mengurangkan keperluan bagi latihan serta sokongan pengguna akhir. Pendekatan rekaan "pengguna diutamakan" kami terhadap alat pentadbir bermakna anda kurang meluangkan masa untuk mengkonfigurasi perisian dan anda ada lebih banyak masa untuk projek yang penting dan strategik.
Dengan storan fail VPN, perkongsian dalam syarikat anda sudah cukup susah, tetapi perkongsian di luar syarikat anda boleh jadi agak mustahil. File sharing dengan Dropbox pula sangat mudah, bagaikan mengklik "Kongsi" atau menyalin dan menampal pautan. Anda tidak perlu mencipta akaun bagi setiap orang yang memerlukan akses kepada fail atau folder. Pautan kongsian Dropbox pula kekal dikemas kini dengan versi terkini fail anda.
Tanpa mengira cara VPN anda disediakan, ia akan melambatkan sambungan pengguna. Dropbox dilengkapi dengan beberapa ciri yang direka untuk meningkatkan kelajuan pemindahan fail:
Sekuriti mungkin menjadi sebab utama untuk menggunakan teknologi VPN bagi file sharing, namun kerumitannya tidak berbaloi untuk terus diguna pakai. Dropbox memberikan anda sekuriti yang anda perlukan untuk menjaga keselamatan data pasukan anda:
Bukan semua ciri tersedia di semua pelan Dropbox; bandingkan pelan kami untuk mencari versi yang tepat untuk diri anda.