Daripada coretan kepada seni digital
Lukisan Illustrator Ana Strumpf meliputi majalah fesyen, memacu kempen iklan global dan menghidupkan produk pengguna—semuanya dengan bantuan Dropbox.
“Dropbox menjadikan perkongsian kerja saya mudah. Semua rujukan visual saya disusun dan diarkibkan dalam Dropbox. Dengan satu klik, saya boleh mengakses apa-apa saja yang saya mahukan dan dari mana-mana saja saya berada."
Ana StrumpfIlustratorProduk yang digunakan
Dropbox
Industri
Media dan Hiburan
Saiz
Pekerja bebas
Lokasi
São Paulo, Brazil
Dari kedai kain ke peringkat global
Ilustrator, pereka, artis coretan—Ana Strumpf memainkan pelbagai peranan kreatif. Tetapi, gaya ceria yang ditampilkan oleh artis Brazil ini menjadikan hasil karya kreatif beliau mendapat permintaan di peringkat global. Oleh sebab alat digital yang memupuk kreativiti dan kerjasama, hasil ilustrasi beliau telah mempengaruhi segala-galanya daripada majalah fesyen seperti Vogue hingga dekorasi rumah dan papan luncur.
Walaupun asal usul bakat Strumpf lebih bersifat tradisional—beliau belajar melukis semasa kecil, dikelilingi dengan corak dan warna dari kedai kain ibu bapa beliau—proses perkongsian seni beliau dengan klien sangat bergantung pada alat digital yang menghubungkan studio beliau di São Paulo dengan seluruh dunia.
Menggabungkan tradisi dan teknologi dalam karya seni
Selepas Strumpf selesai melukis, sama ada beliau membuat lakaran dengan tangan atau pada iPad, beliau bergantung pada pasukan pembantu dan pereka digital beliau untuk menukar karya seni itu kepada grafik digital yang lebih serba boleh dalam Adobe Illustrator dan Photoshop, yang boleh diubah saiz dan dimanipulasi untuk memenuhi keperluan klien beliau. Kemudian, semua imej itu disimpan dan disusun dalam folder projek dalam Dropbox milik Strumpf, yang boleh beliau kongsi dengan mudah kepada klien untuk mendapatkan maklum balas. Klien memberikan komen pada fail secara langsung, membantu Strumpf menjejaki setiap peringkat dalam proses semakan dan kelulusan, semuanya di satu tempat. Setelah kerja klien beliau diluluskan dan sedia untuk dihantar, fail akhir diletakkan dalam folder khusus dan ditandakan dengan jelas.
Kemudahalihan Dropbox membolehkan Strumpf berkarya mengikut inspirasi yang beliau peroleh pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. "Saya ada Dropbox pada komputer riba, iPhone dan iPad saya," kata beliau. “Kadangkala saya akan memuat turun fail sebelum hujung minggu, supaya saya boleh menyemak fail semasa saya berada di pantai atau di luar bandar. Saya rasa tenang kerana boleh mencapai fail tersebut tanpa perlu risau tentang cara mengakses fail."
Kefleksibelan bekerja di mana-mana sahaja adalah sangat penting bagi Strumpf kerana beliau menperoleh inspirasi melalui perjalanan dan aktiviti bermain secara berterusan. “Saya suka mengunjungi kawasan bandar, dari New York hingga ke Maghribi, dan menghayati keindahan setiap bandar,” kata beliau. Beliau yakin bahawa tahap kreativiti beliau akan terus meningkat selagi beliau terus meneroka.
“Saya suka kerana pekerjaan saya kini mempunyai pelbagai bentuk,” kata Strumpf. “Yang paling mengagumkan ialah saya sedang melakukan perkara yang saya suka, dan saya terus mencari jalan untuk berkembang melalui perjalanan, anak-anak dan persekitaran saya.”
"Saya ada Dropbox pada komputer riba, iPhone dan iPad saya. Kadangkala saya akan memuat turun fail sebelum hujung minggu, supaya saya boleh menyemak fail semasa saya berada di pantai atau di luar bandar. Saya rasa tenang kerana boleh mencapai fail tersebut tanpa perlu risau tentang cara mengakses fail."
Ana StrumpfIlustrator