The Digitale mempermudah penyulitan hujung ke hujung dengan Dropbox, menjimatkan 30% masa dan usaha
The Digitale, sebuah agensi pemasaran digital Jerman yang terkemuka, perlu melindungi fail sensitif dengan penyulitan hujung ke hujung secara lebih mudah. Selepas berpindah ke Dropbox, proses ini memerlukan satu klik sahaja, serta menjimatkan 30% masa untuk mengurus penyulitan dan penyahsulitan.
30%
Masa dijimatkan
untuk mengurus penyulitan
2x
Lebih banyak fail
disulitkan oleh kakitanga
5
Hanya beberapa minit diperlukan
untuk melatih dan bukannya sejam
Produk yang digunakan
Dropbox, Dropbox Transfer, Penyulitan hujung ke hujung
Industri
Pemasaran digital
Saiz
2-249
Lokasi
Munich, Jerman
“Memandangkan proses penyulitan data kini lancar, dua kali ganda fail sedang disulitkan. Dengan Dropbox, kami mengalihkan sejumlah terabait data setiap bulan, dengan mempercayai keselamatan data semasa penyimpanan dan pemindahan, yang memberi kami dan klien kami ketenangan fikiran.”
Latar belakang
Jika anda perlu memasarkan produk atau perkhidmatan yang sukar diterangkan, The Digitale, sebuah agensi pemasaran digital yang terletak di Jerman sedia membantu. “Apabila perniagaan menghadapi cabaran seperti perjalanan pelanggan yang panjang, persona pembeli yang kompleks atau audiens sasaran yang sempit, itulah projek yang sesuai untuk kami.” kata Dominique Korschinek, CEO /Rakan Niaga Pengurusan The Digitale. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan seperti analisis, perisikan perniagaan, strategi, penciptaan kandungan, reka bentuk, UX dan pengoptimuman penukaran. “Misi kami adalah agar pemasaran digital mendorong perniagaan pelanggan kami. Ini bukan tentang mencipta video lucu semata-mata. Sebaliknya, kita perlu menyampaikan hasil yang nyata," kata Korschinek. The Digitale menyukai kerjasama dengan klien dan pelanggan yang berkongsi visi mereka serta mendorong pendigitalan di Eropah, seperti Allianz, Deloitte, Deutsche Telekom dan Microsoft.
Cabaran: Memudahkan penyulitan hujung ke hujung
Sebagai agensi Jerman yang juga bekerjasama dengan syarikat cip biru antarabangsa, The Digitale perlu melindungi data sensitif untuk mengekalkan amanah dan pematuhan terhadap undang-undang privasi Kesatuan Eropah (EU). “Bagi sesetengah fail, contohnya, apa-apa sahaja yang melibatkan data pelanggan awal, dokumen sumber manusia atau pelbagai fail strategik dan kewangan, kami perlu menggunakan penyulitan hujung ke hujung (E2EE). Dengan teknologi ini, hanya anda dan rakan niaga anda memiliki kekunci penyulitan, manakala Dropbox yang menyimpan fail atau pihak kerajaan pun tidak dapat mengakses data ini,” kata Peter Bilz-Wohlgemuth, COO / Rakan Niaga Pengurusan di The Digitale.
Pada awalnya, The Digitale menggunakan perkhidmatan E2EE, Boxcryptor, yang sukar digunakan. “Kami perlu melatih kakitangan kami khususnya tentang cara menyulitkan fail,” kata Bilz-Wohlgemuth. “Jika perisian tidak digunakan dengan betul, hanya individu yang menyulitkan fail dapat menyahsulitkan fail itu, jadi jika pekerja sedemikian meninggalkan syarikat kami, fail tidak akan dapat diakses. Fail juga kadangkala ranap sepenuhnya. Senang kata, teknologi ini hebat, namun penggunaan teknologi ini mengelirukan.”
The Digitale telah menggunakan Dropbox untuk perkongsian fail sejak awal. “Kami bekerjasama dengan pekerja bebas serta rakan niaga lain dan kami memerlukan perisian yang memudahkan kerjasama antara pasukan hibrid. Semasa kami bermula, Dropbox merupakan penyelesaian terbaik untuk keperluan ini pada masa itu,” kata Bilz-Wohlgemuth. “Jadi, apabila Dropbox memperoleh teknologi Boxcryptor dan memperkenalkan penyulitan hujung ke hujung dalam pelantar mereka, kami merebut peluang untuk menjadi salah satu penerima guna awal teknologi itu.”
“Proses ini lima kali ganda lebih lancar dan kami menjimatkan 30% masa pada pengurusan penyulitan dan penyahsulitan.”
Peter Bilz-WohlgemuthCOO/Rakan Niaga Pengurusan, The DigitalePenyelesaian: 2 dalam 1—E2EE dan perkongsian fail di Dropbox
The Digitale memutuskan untuk menggunakan Dropbox dengan perkhidmatan penyulitan hujung ke hujung. Fail yang disulitkan dengan Boxcryptor sebelum ini kini dipindahkan ke dan disulitkan dengan Dropbox. Mula-mula, syarikat menyahsulit fail dengan perisian legasi. Kemudian, pasukan mereka mengalihkan fail—dengan mengekalkan struktur folder—dan menyediakan hak akses.
Selepas pemindahan, The Digitale menyulitkan fail, subfolder malah seluruh folder dengan satu klik sahaja. Dengan ini, syarikat boleh menyimpan semua fail mereka — daripada kandungan pemasaran, model kasar laman web sehingga data pelanggan awal — dalam satu ekosistem. The Digitale kemudiannya menggunakan Dropbox Transfer untuk berkongsi fail dengan rangkaian rakan niaga global atau pelanggan mereka, yang sesetengah daripada mereka tidak mempunyai akaun Dropbox sendiri. The Digitale juga boleh menetapkan tarikh luput pautan dan melihat apabila fail telah dibuka atau dimuat turun.
Akhirnya, The Digitale menyediakan penyulitan kepada lebih ramai pekerja. “Sebelum ini, kami terpaksa mengehadkan bilangan lesen kerana kami perlu menanggung kos tambahan,” kata Bilz-Wohlgemuth. “Kini, tiada masalah. Memandangkan 100% pekerja kami sudah pun menggunakan Dropbox, mereka juga boleh menggunakan penyulitan.”
Hasil: Menyulitkan fail dengan mudah
Kini, The Digitale menyulitkan fail di Dropbox daripada menggunakan dua perkhidmatan. “Proses ini lima kali ganda lebih lancar dan kami menjimatkan 30% masa pada pengurusan penyulitan dan penyahsulitan,” kata Bilz-Wohlgemuth. Ini membolehkan kakitangan The Digitale fokus pada penyampaian hasil kerja yang berkualiti bagi klien mereka. “Fokus kami adalah untuk membuat kerja bagi pihak klien, merancang strategi bersama mereka, mencipta kandungan dan menyampaikan hasil yang hebat. Mana-mana perkara lain haruslah berfungsi dan tidak membazirkan masa kami. Ciri ini mengubah keadaan sama sekali bagi kami, meningkatkan keselamatan dan kemudahan penggunaan sekali gus,” kata Bilz-Wohlgemuth.
Ini membolehkan The Digitale mempermudah pendekatan terhadap latihan dan suai tugas pekerja. “Kami mengkhususkan waktu sejam untuk melatih pekerja baharu menggunakan penyelesaian lama E2EE sebelum ini. Kini, kami hanya memerlukan perbincangan lima minit tentang lokasi ciri dan sebab ciri disusun sedemikian,” kata Bilz-Wohlgemuth.
Selaku syarikat yang sentiasa mengendalikan data sensitif, pasukan kepimpinan The Digitale kini dapat menikmati pengalaman perkongsian fail yang lebih lancar. Ini juga mempermudah proses untuk perunding cukai mereka. “Sebelum ini, syarikat cukai kami perlu memasang perisian penyulitan pada komputer mereka untuk bekerjasama dengan kami. Kini, mereka boleh mengakses Dropbox daripada pelayar,” kata Bilz-Wohlgemuth.
Akhirnya, pemindahan telah meningkatkan keselamatan untuk The Digitale. Dengan penyulitan yang lebih mudah, kakitangan The Digitale digalakkan agar melindungi lebih banyak fail. “Memandangkan penyulitan data kini mudah, dua kali ganda fail sedang disulitkan,” kata Bilz-Wohlgemuth. Oleh sebab Dropbox memenuhi peraturan EU dan Jerman, The Digitale kini juga dapat membuktikan bahawa mereka mematuhi standard ISO dan persijilan lain dengan lebih mudah. Ini memudahkan urus niaga bersama penyedia insurans siber dan rakan niaga atau pelanggan berprofil tinggi.
Kini, The Digitale mencari cara baharu untuk memudahkan lagi perkongsian fail. Sebagai permulaan, The Digitale sedang mempertimbangkan perkhidmatan seperti Dropbox Sign untuk menyepadukan e-Tandatangan dalam ekosistem yang sama. “Kami perlu mempunyai perkongsian fail yang boleh dipercayai, mesra pengguna dan cepat, terutamanya untuk syarikat dengan output kandungan yang tinggi seperti syarikat kami,” kata Bilz-Wohlgemuth. Bagi mereka yang masih mengkaji penyelesaian perkongsian fail, ini ialah nasihat Bilz-Wohlgemuth: buat kajian sendiri dan labur dalam keselamatan dan keupayaan penyulitan hujung ke hujung. “Semakin baik fungsi perisian, simpanan atau penyelesaian perkongsian kita, semakin banyak masa yang boleh kita gunakan pada aktiviti yang menjana hasil,” kata Bilz-Wohlgemuth.