Ceriakan kerja anda dengan alatan yang memudahkan anda melihat fail, memudahkan kerjasama dari jauh dan membenarkan pengurusan aliran kerja yang fleksibel.
Lihat dan hantar mana-mana fail kepada sesiapa dengan pantas dan mudah, terus daripada Dropbox. Manfaatkan kemudahan e-mel tanpa bebanan lampiran yang besar. Jejak fail dengan statistik tontonan ahli dan pemberitahuan muat turun. Kawal akses dengan kata laluan dan tarikh luput.
Semak dan agregat maklum balas dengan komen berdasarkan rangka. Letakkan komen pada tempat khusus pada garis masa video agar orang lain boleh terus pergi ke rangka yang anda sebutkan.
Pratonton dan kongsi fail besar sehingga 150GB tanpa perlu memuat turun. Usahakan fail di seluruh pelantar dan alatan—pengguna tidak memerlukan aplikasi asli untuk mengerjakan fail yang dikongsi dengan mereka.
Tonton kandungan dengan segera pada saiz dan kualiti yang anda ingini dengan menukar dan memuat turun fail besar secara automatik kepada saiz lebih kecil. Jimat masa dan kos dengan pemprosesan kandungan yang lebih berkesan yang mengelakkan keperluan kitaran kerja tambahan untuk alatan dan perkhidmatan tambahan.
Harap maklum: Produk atau ciri yang diterangkan di atas mungkin belum dikeluarkan lagi, maka waktu dan fungsi yang sebenar boleh berubah daripada perkara yang dikongsikan di sini. Keputusan untuk membeli perkhidmatan kami sepatutnya dibuat berdasarkan ciri yang tersedia pada masa ini.