Langkau ke kandungan utama

Cara untuk menganjurkan tayangan maya atau parti tontonan untuk projek video anda

Bacaan 5 min

21 Jun 2025

Apakah itu “tayangan maya” atau “parti tontonan”?

Acara parti tontonan atau tayangan maya ialah sesi teratur bagi sekumpulan orang—sama ada rakan sekerja, agensi dan klien, malah rakan-rakan—bersama-sama secara maya untuk menonton beberapa kandungan video yang telah dirakam sebelumnya. Bergantung kepada tujuan tayangan, video tersebut boleh menjadi webinar, filem, iklan TV atau bahan latihan.

Jika anda seorang pembuat filem, tayangan filem maya dengan pengedar atau penganjur festival filem boleh membantu karya anda diambil dan ditunjukkan kepada khalayak yang lebih luas. 

Perjumpaan seperti ini berlaku melalui internet, bermakna anda dan penonton anda tidak perlu berada di dalam bilik, bandar atau negeri yang sama untuk menyertai!

Untuk projek video, tayangan maya menyediakan ruang untuk kolaborator dan pihak berkepentingan untuk menyemak kandungan bersama-sama—mempercepatkan proses pengumpulan dan tindakan maklum balas, supaya anda boleh mencapai versi akhir itu dengan lebih pantas.

Tingkatkan proses maklum balas video anda dengan Dropbox Replay

Ucapkan selamat tinggal kepada rantaian e-mel yang tidak berkesudahan dan huru-hara kawalan versi—ada cara yang lebih baik untuk mengumpul dan bertindak maklum balas.

Seorang pekerja jarak jauh menggunakan komputer riba dan set kepala untuk menyertai tayangan maya.

Langkah demi langkah untuk menganjurkan tayangan maya

Anda telah menyunting video anda dan kini video anda sedia untuk dibentangkan kepada klien untuk maklum balas dan langkah seterusnya. Ini adalah cara untuk merancang dan menganjurkan tayangan maya untuk projek video anda menggunakan alat penting seperti Zoom dan Dropbox Replay.
 

Langkah 1: Memilih pelantar tayangan anda

Sebagai penganjur, ia adalah terpulang kepada anda untuk memilih pelantar yang akan digunakan untuk tayangan maya anda. Terdapat pelbagai pilihan untuk dipilih, maka terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membuat keputusan:

  • Khalayak/pesertaanda —adakah semua orang sanggup dan boleh memasang perisian atau sambungan pihak ketiga untuk tontonan? Atau adakah alat berasaskan pelayar seperti Dropbox Replay akan lebih sesuai?

  • Interaktiviti—adakah anda mahukan peserta untuk memberikan komen di dalam alat semakan semasa tayangan? Bagaimana pula dengan anotasi tepat bingkai dan tandaan pada skrin?

  • Sync/async—adakah semua orang perlu boleh menonton video pada masa yang sama? Jika tidak,sesi tak segerak mungkin lebih mudah untuk diurus.

Untuk menganjurkan tayangan maya dalam Zoom, anda boleh berkongsi pautan ke video dalam Dropbox Replay dengan peserta anda. Di dalam bilik tontonan maya berasaskan penyemak imbas ini, semua orang boleh menonton video pada masa yang sama dan menyematkan ulasan dan penanda pada bingkai tertentu.
 

Langkah 2: Menghantar jemputan maya anda

Jemput para hadirin ke tayangan maya anda sekurang-kurangnya seminggu sebelum acara. Ini memberikan mereka masa untuk menyemak dan mengatur jadual peribadi mereka sebelum memberikan komitmen kepada RSVP mereka.

Menjelang hari tayangan, anda boleh membuat susulan kepada e-mel jemputan anda dengan peringatan yang mengandungi:

  • Pautan strim atau pautan ke mesyuarat, bergantung pada pelantar pilihan anda (supaya pautan ini tidak hilang dalam peti masuk e-mel mereka!)

  • Ringkasan yang boleh dijangkakan oleh ahli/hadirin semasa tayangan maya anda

  • Agenda, jika perlu, untuk memastikan para hadirin berada di halaman yang sama

    • Untuk projek video dengan ramai pihak berkepentingan, mempunyai agenda untuk tayangan dalam talian boleh membantu memastikan mesyuarat tertumpu dan teratur

    • Anda boleh menjadualkan ucapan alu-aluan untuk menerangkan pendekatan anda terhadap projek, merancang selang masa untuk soal jawab atau perbincangan maya, dan memberikan masa di akhir tayangan untuk menggulung dan mencadangkan langkah seterusnya dalam projek (seperti melaksanakan maklum balas)

Seorang pekerja jauh menyemak projek video dari meja dapur mereka di rumah.
UI Dropbox Replay yang menunjukkan berbilang kolaborator mengulas dan membalas maklum balas bertanda masa pada video.

Tayangan maya yang lancar dengan Dropbox Replay

Dropbox menyediakan semua yang anda perlukan untuk meningkatkan proses kerjasama video anda, tanpa mengorbankan alat dan apl penyuntingan kegemaran anda. 

Dengan Dropbox Replay, semua orang boleh menonton dan menanda video yang sama pada masa yang sama—dengan main balik video definisi tinggi yang lancar yang kekal disegerakkan untuk semua penonton.

Terokai sumber berkaitan

Seorang juruvideo memegang kamera profesional yang dipasang pada penstabil semasa mereka menangkap rakaman mentah untuk dihantar kepada editor video.

Cara membuat dan menggunakan aliran kerja penyuntingan video yang berkesan

Dengan begitu banyak aspek yang perlu diselesaikan, proses penyuntingan video boleh terasa seperti maraton. Temui cara anda boleh mengubahnya menjadi satu siri pecut terurus dengan aliran kerja penyuntingan video yang berkesan.

Orang yang duduk di luar di atas kerusi yang dikelilingi oleh tanaman pasu, menggunakan telefon pintar, mewakili seketika bersantai.

Tip untuk pengurusan projek dalam penerbitan video

Kesilapan dalam projek video boleh bermakna belanjawan yang membebankan, masa yang hilang dan pasukan yang kecewa—jadi adalah penting segalanya berjalan lancar. Ketahui cara mengurus projek video seperti profesional dengan petua aliran kerja ini.

Dua rakan sekerja membincangkan kerja di dwi monitor dalam pejabat berunsurkan moden, melambangkan kerjasama dan kerja berpasukan.

Cara memudahkan penyuntingan video secara kerjasama

Perkemas kerja berpasukan untuk projek video menggunakan petua kerjasama ini. Ketahui cara berkongsi, menyunting dan mengurus fail video dengan lancar bersama pasukan anda menggunakan alatan yang betul.