Email app icon displays 87 unread emails, a messaging icon with 268 unread messages, and a calendar icon.

Selamat datang ke smart workspace

Kini, segala-galanya sudah pintar—telefon, kad kredit, kereta anda, mungkin juga termasuk rumah anda. Tetapi di tempat kerja… masih belum pintar lagi. Kerja seringkali berserabut, dengan dokumen dan perbualan yang tersebar di pelantar berbeza yang tidak bersambung. Ini bukan salah anda, teknologi di tempat kerja belum lagi canggih. Sudah tiba masanya untuk bekerja dengan pintar. Sebab itulah Dropbox membina smart workspace yang pertama di dunia.

Mengapa sekarang?

Kolaj ikon komunikasi yang lazimnya ditemui sebagai ikon apl pada peranti mudah alih.

Fikirkan betapa banyak perubahan pada kerja dalam sedekad yang lalu.

Kita beralih daripada beberapa alat perisian kepada berdozen apl popular, saluran komunikasi dan sistem pengurusan projek dan setiap satunya pada berbilang peranti dan sentiasa aktif. Kita memiliki lebih banyak teknologi, lebih banyak kepintaran dan lebih ramai orang untuk bekerja bersama dalam lebih banyak cara berbanding sebelumnya. Namun ada kelemahannya: mental yang terjejas kerana menguruskan semuanya. 


Kebanyakan daripada kita bertukar antara apl di tempat kerja selang enam minit, dengan pemberitahuan yang terus-menerus mengganggu tumpuan kita. Dengan kandungan, alat dan pasukan kita semua berserabut, tidak hairanlah apabila kita berasa kecewa dan pasukan kita tidak selaras. Apabila semakin sukar untuk kita menyiapkan kerja yang penting, kita bekerja lebih masa selepas waktu kerja untuk cuba memenuhi keperluan. Namun, walaupun kita perlahan-lahan menuju hari kerja selama 24 jam, produktiviti global semakin berlengah.

Kita tidak bekerja dengan pintar. Sudah tiba masanya untuk berubah.

Cara baharu untuk bekerja

Awan dengan logo Dropbox dikelilingi dengan bulatan ikon komunikasi yang berputar.

Bayangkan ruang kerja yang lebih pintar. Bagaimana rupanya? 

Pertama, ruang kerja menghubungkan semua kandungan dan alat yang anda gunakan untuk bekerja, maka segala-galanya boleh diakses dengan mudah. Anda tidak perlu lagi bertukar antara pelantar, apl dan jenis kandungan—smart workspace membolehkan anda menggunakan kesemuanya di satu tempat. 
 

Kedua, ruang kerja menyatukan orang ramai dan perbualan yang berkaitan dengan sesuatu fail atau projek. Semua konteks kerja anda ada di sini dan tidak berserabut di seluruh saluran komunikasi yang berpecah-belah. 
 

Ketiga, ruang kerja menggunakan kepintaran mesin untuk memintas keserabutan dan menonjolkan perkara yang paling penting: Ia mencadangkan kandungan yang anda perlukan untuk sesuatu mesyuarat atau kandungan yang mungkin relevan untuk dokumen yang sedang anda sunting. Ia juga dapat mengecam imej agar anda tidak perlu mengingati nama fail.

Smart workspace mengehadkan hingar dan kerumitan agar anda boleh menumpukan pada kerja yang penting.

Macam bagus, bukan? Kami pun berfikir begitu. Cara bekerja yang baharu bermula hari ini.

Ketahui lebih lanjut

Ketahui perkara ini daripada CEO kami, Drew Houston