Solusi usahasama untuk kerja produktif

Alat usaha sama Dropbox menjadikan kerja lebih mudah, lebih berkesan dan lebih menyeronokkan.

Seorang wanita menggunakan komputer riba manakala lelaki yang duduk di sebelahnya dan membongkok untuk melihat skrin wanita tersebut,

Alat usaha sama yang dibina untuk kerjasama

Alat usaha sama Dropbox membantu menghapuskan gangguan digital zaman moden agar pihak berkepentingan dalam dan luar boleh fokus, dan kekal fokus pada kerja yang penting. Pasukan anda akan lebih segera dan mudah diperkasakan untuk bekerja dengan lebih cekap, kreatif dan produktif dengan pasukan lain dalam persekitaran yang selamat dan berpusat. 

Simpan segala-galanya di tempat yang diperlukan

Gunakan Dropbox Spaces untuk mengubah folder menjadi ruang kerja bersambung yang memberi nafas baharu kepada kandungan anda. Tidak kiralah sama ada PowerPoints, Google Docs, papan Trello, saluran Slack, mesyuarat Zoom, kontrak HelloSign, atau integrasi Dropbox yang lain.

Gambaran umum folder usul pelanggan dengan item tugasan bersebelahan nama ditag.

Kongsi pautan secara mudah dengan sesiapa sahaja

Hantar fail atau folder kepada orang di luar syarikat anda serta-merta menggunakan pautan kongsian – walaupun jika penerima bukan pengguna Dropbox. Anda tidak perlu risau selepas menghantar fail kerana anda boleh menjejaki maklumat pelihat dan pada masa yang sama, melindungi pautan kongsian dengan kata laluan dan tarikh luput.

Kotak pop timbul membolehkan pilihan untuk mencipta dan berkongsi pautan ke fail 5 GB.

Kerjasama lancar

Gunakan templat Paper daripada mencari dan membuat semula dokumen lama. Selaraskan pasukan anda dengan menetapkan tugasan dan tarikh akhir dalam satu dokumen kongsian. Sunting kerja pada masa nyata, semak dan luluskan kerja serta urus projek dari mana-mana jua.

Projek usahasama dengan pelbagai tugasan, tarikh akhir dan pemilik.

Simpan dengan selamat dalam awan

Yakinlah bahawa infrastruktur yang selamat dan teragih, ditambah dengan alat pentadbir untuk kawalan dan kebolehlihatan, memastikan data syarikat anda selamat dalam Dropbox Business.