Segala-gala yang anda perlukan untuk kerja, semuanya di satu tempat
Akhirnya semua peralatan, kandungan dan kolaborator anda boleh diakses daripada tempat yang sama. Dropbox Business bukan sekadar simpanan yang selamat kerana pelan ini merupakan cara yang pintar dan lancar untuk mengoptimumkan aliran kerja sedia ada anda.

Cari pelan Dropbox Business untuk anda
Untuk syarikat
Advanced
- Untuk 3 orang atau lebih
- Bermula dengan 15 TB untuk pasukan
- Kekal terhubung merentas semua peranti
- 1 tahun untuk memulihkan fail terhapus
- Penghantaran fail hingga 100 GB
- Sepadukan dengan alat AI terkemuka
- Edit PDF dan dapatkan tandatangan
- Jenamakan fail anda untuk berkongsi
- Fail dilindungi kata laluan
- Dapatkan folder pasukan untuk organisasi
- Urus perkongsian pasukan
- Cipta kumpulan dan peranan
- Pengurusan pentadbir berperingkat
- Penyulitan hujung ke hujung
- Pengurusan kekunci lanjutan
- Penjejakan pematuhan
- Single sign-on
Untuk organisasi besar
Enterprise
- Sesuaikan bilangan pengguna
- Sesuaikan storan
- Hantar hingga 250 GB
- Sepadukan dengan alat AI terkemuka
- Keselamatan bertaraf perusahaan
- Penyepaduan dengan penyelesaian keselamatan yang terbaik
- Sokongan langsung daripada pakar yang berdedikasi
Dapatkan manfaat penuh Dropbox

e-Tandatangan dengan Dropbox Sign
Pakej Essentials memberi anda lebih banyak simpanan dan cara yang mudah untuk meminta atau menambah e-Tandatangan yang sah di sisi undang-undang tanpa had pada dokumen yang disimpan dalam aliran kerja Dropbox yang lancar.

Kurangkan kerja bertukar-tukar peralatan
Selesaikan tugas seharian anda dengan satu alat. Cipta, sunting dan kongsi kandungan awan daripada Google Docs, Sheets dan Slides, fail Microsoft Office serta Dropbox Paper terus daripada Dropbox.

Hantar dan jejaki dokumen
Dengan pakej Standard + DocSend, anda memperoleh analisis masa nyata, kawalan dokumen lanjutan, ruang dokumen diperibadikan dan banyak lagi.

Kerjasama, bila-bila masa, di mana-mana jua
Cipta, edit dan kongsi kandungan awan daripada Google Docs, Sheets dan Slides serta fail Microsoft office secara terus daripada Dropbox. Akses dan kongsi kerja anda dengan mudah daripada mana-mana komputer, peranti mudah alih atau pelayar web.

Hantar fail-fail besar dengan selamat
Dropbox Transfer ialah cara yang selamat dan pantas untuk menghantar fail akhir dalam sebarang saiz kepada rakan sekerja dan klien. Tetapkan kata laluan tersuai dan tarikh luput untuk melindungi kerja anda dan sahkan penghantaran dengan pemberitahuan muat turun.

Dapatkan ketenangan fikiran
Infrastruktur selamat dan teragih—serta peralatan pentadbiran untuk kawalan dan penglihatan—memastikan data syarikat anda selamat dalam Dropbox.