Urus pengguna dan lindungi data institusi
Percepatkan kerjasama akademik dan penyelidikan
Dengan penyelarasan merentas peranti dan perkongsian fail merentas semua sistem pengendalian—termasuk Linux—penyelidik boleh bekerjasama pada semua jenis fail dengan selamat, termasuk Office 365, G Suite, DCM, LaTeX, dan banyak lagi.
Galakkan pembelajaran pelajar dan produktiviti kakitangan
Pupuk penglibatan fakulti dan pelajar. Dropbox berhubung dengan sistem pengurusan pembelajaran terbaik seperti Blackboard, Canvas dan Moodle, serta alat komunikasi seperti Slack dan Zoom.
“Permintaan fail telah menyediakan cara yang sangat pantas dan ringkas untuk mengumpulkan sejumlah besar data daripada kolaborator saya yang berada di seluruh dunia. Penggunaan permintaan fail akan membuang sebarang kebimbangan yang mungkin saya hadapi dengan saiz fail atau kuota simpanan, dan membolehkan saya mendapatkan data yang diperlukan tanpa banyak berfikir atau penyelarasan.”
Soalan lazim
Pasukan jualan Dropbox Education akan bekerjasama dengan anda bagi mencari pelan terbaik untuk keperluan unik anda. Dengan pilihan untuk membeli jumlah simpanan yang tepat untuk pasukan anda dan mengekalkan hingga 180 hari sejarah versi fail, Dropbox membolehkan anda menyesuaikan pelaksanaan mengikut belanjawan anda. Semua pasukan Education akan memperoleh akses ke ciri dan integrasi rakan niaga Dropbox yang dibangunkan secara khusus untuk institusi pendidikan dan sekolah.
Dropbox Education menawarkan pasukan sejumlah ruang simpanan bergantung pada saiz pasukan mereka. Pasukan yang mempunyai 300 orang pengguna atau lebih mendapat 15 GB ruang simpanan kongsian bagi setiap pengguna. Jika anda memerlukan lebih banyak ruang atau ingin lebih memahami penggunaan semasa Dropbox pada domain anda sila hubungi kami.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Dropbox Education, atau ingin berbincang tentang pilihan harga untuk pasukan pendidikan yang lebih kecil, sila hubungi pasukan jualan kami.
Melalui Dropbox Education NET+, institusi ahli Internet2 dan institusi yang bukan ahli boleh menerima sebutan harga diskaun dan perlindungan undang-undang yang dipertingkatkan. Ketahui lebih lanjut di sini.
Dropbox bekerjasama dengan GÉANT untuk memberikan akses ke Dropbox Education yang berpatutan untuk institusi pendidikan dan penyelidikan di seluruh Eropah. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran ini, hubungi pasukan kami.
Sudah tentu! Selagi pentadbir pasukan anda membenarkan perkongsian luar, anda boleh berkongsi dengan mana-mana pengguna Dropbox, walaupun mereka bukan ahli pasukan Dropbox Education anda. Ingat bahawa pengguna Dropbox Basic dan Plus akan dihadkan oleh kuota storan peribadi mereka.
Dropbox boleh digunakan di dalam makmal kecil, atau di seluruh kampus. Isi borang hubungan di sini, dan wakil daripada pasukan pendidikan kami akan menghubungi anda tentang cara Dropbox Education boleh memenuhi keperluan anda.
Di Dropbox, keselamatan data dan privasi pengguna adalah keutamaan kami. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pendekatan kami terhadap keselamatan di dropbox.com/business/trust.
Dropbox Paper merupakan ruang kerja kerjasama yang membolehkan pelajar, fakulti, penyelidik dan kakitangan menyelaraskan projek dan berkomunikasi tentang kandungan. Semua ini boleh dilakukan dalam satu dokumen. Paper menawarkan ciri penyuntingan bersama dalam masa nyata bersama-sama anotasi, senarai tugas, garis masa dan pratonton secara langsung imej, spreadsheet, PDF dan banyak lagi. Pasukan menggunakan Paper untuk menyelaraskan projek, mencatat nota dan menyumbang saran serta menyemak dan berkongsi kerja dalam satu sumber kebenaran yang berpusat. Paper termasuk dalam Dropbox Education dan menyokong pematuhan HIPAA. Ketahui lebih lanjut di sini.
Perkhidmatan pemindahan kini tersedia untuk menyokong peralihan kepada Dropbox daripada penyedia awan di premis dan yang lain. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut atau hubungi pasukan jualan kami.