Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.

Terma Perkhidmatan Dropbox

Disiarkan: 25 Julai 2019

Berkuat kuasa: 24 September 2019

Anda boleh lihat Terma lama anda di sini.

Terima kasih kerana menggunakan Dropbox! Misi kami adalah untuk mencipta cara yang lebih mudah untuk bekerja dengan menyediakan platform intuitif dan bersatu untuk memastikan kandungan anda selamat dan boleh diakses semasa membantu anda dan orang yang anda bekerja dengan tetap terselaras dan disegerakkan.Terma-terma perkhidmatan (“Terma”) ini merangkumi penggunaan dan akses anda kepada perkhidmatan, perisian klien, Terma-terma perkhidmatan (“Terma”) ini merangkumi penggunaan dan akses anda kepada perkhidmatan, perisian klien, dan laman web (“Perkhidmatan”) kami. Jika anda tinggal di luar Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico (“Amerika Utara”), perjanjian anda adalah dengan Dropbox International Unlimited Company. Jika anda tinggal di Amerika Utara, perjanjian anda adalah dengan Dropbox, Inc. Dasar Privasi kami menerangkan cara kami mengumpul dan menggunakan maklumat anda sementara Dasar Penggunaan Boleh Diterima kami menggariskan tanggungjawab anda semasa menggunakan Perkhidmatan kami. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma ini, Dasar Privasi, serta Dasar Penggunaan Boleh Diterima kami.

Barang Anda & Keizinan Anda

Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, anda memberikan kami perkara seperti fail, kandungan, mesej, kenalan anda dan sebagainya (“Barang Anda“). Barang Anda adalah milik anda. Terma ini tidak memberikan kami apa-apa hak kepada Barang Anda kecuali hak-hak terhad yang membolehkan kami untuk menawarkan Perkhidmatan.

Kami memerlukan keizinan anda untuk melakukan perkara seperti mengelola Barang Anda, membuat sandaran, dan berkongsinya apabila diminta oleh anda. Perkhidmatan kami juga menyediakan kepada anda ciri-ciri seperti mengulas, berkongsi, mencari, gambar kenit imej, pratonton dokumen, pengiktirafan aksara optik (OCR), penyisihan dan penyusunan organisasi mudah, dan keperibadian untuk membantu mengurangkan kerja sibuk. Untuk menyediakan ciri-ciri ini dan ciri lain, Dropbox mengakses, menyimpan, dan mengimbas Barang Anda. Anda memberikan kami keizinan untuk melakukan perkara-perkara tersebut, dan keizinan ini dilanjutkan kepada sekutu kami serta pihak ketiga yang dipercayai yang bekerja dengan kami.

Tanggungjawab Anda

Penggunaan anda terhadap perkhidmatan kami mesti mematuhi Dasar Penggunaan Boleh Diterima kami. Kandungan dalam Perkhidmatan boleh dilindungi oleh hak harta intelek orang lain. Jangan salin, muat naik, muat turun, atau berkongsi kandungan melainkan anda mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Dropbox boleh meninjau kelakuan dan kandungan anda supaya mematuhi Terma ini dan Dasar Penggunaan Boleh Diterima kami. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan yang dikirim dan dikongsi oleh orang ramai melalui Perkhidmatan.

Bantu kami memastikan Barang Andadilindungi. Lindungi kata laluan anda kepada Perkhidmatan, dan pastikan maklumat akaun anda sentiasa dikemas kini. Jangan kongsi kelayakan akaun anda atau berikan orang lain akses kepada akaun anda.

Anda boleh menggunakan Perkhidmatan kami hanya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, termasuk undang-undang dan peraturan kawalan eksport. Akhir sekali, untuk menggunakan Perkhidmatan kami, anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 13 tahun, (ataupun lebih tua, bergantung kepada tempat tinggal anda).

Perisian

Sesetengah Perkhidmatan kami membenarkan anda untuk memuat turun perisian klien (“Perisian“) yang boleh dikemas kini secara automatik. Selagi anda mematuhi Terma ini, kami memberikan anda lesen terhad, tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik, dan boleh ditarik balik untuk menggunakan Perisian, semata-mata untuk mengakses Perkhidmatan. Sejauh mana sebarang komponen Perisian boleh ditawarkan di bawah lesen sumber terbuka, kami akan menyediakan lesen itu kepada anda dan peruntukan lesen tersebut boleh mengatasi sesetengah Terma ini dengan nyata. Melainkan batasan berikut dilarang oleh undang-undang, anda bersetuju untuk tidak menyongsangkan kejuruteraan atau menguraikan Perkhidmatan, cuba untuk berbuat demikian, atau membantu sesiapa sahaja untuk berbuat demikian.

Perkhidmatan Beta

Kadangkala kami mengeluarkan produk dan ciri-ciri yang masih sedang diuji dan dinilai (“Perkhidmatan Beta”). Perkhidmatan Perkhidmatan Beta dilabel sebagai “alpha”, “beta”, “pratonton”, “akses awal”, atau “penilaian” (ataupun dengan perkataan atau frasa dengan makna serupa) dan mungkin tidak begitu boleh diharapkan seperti perkhidmatan Dropbox yang lain. Perkhidmatan Beta disediakan agar kami dapat mengumpulkan maklum balas pengguna dan dengan menggunakan Perkhidmatan Beta kami, anda bersetuju bahawa kami boleh menghubungi anda untuk mengumpulkan maklum balas tersebut.

Perkhidmatan Beta adalah rahsia sehingga pelancaran rasmi. Jika anda menggunakan mana-mana Perkhidmatan Beta, anda bersetuju untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat mengenai Perkhidmatan tersebut kepada orang lain tanpa kebenaran kami.

Barang Kami

Perkhidmatan ini dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan, serta undang-undang AS dan antarabangsa yang lain. Terma ini tidak memberikan anda apa-apa hak, hak milik, atau kepentingan dalam Perkhidmatan, kandungan orang lain dalam Perkhidmatan, tanda dagangan, logo, dan ciri-ciri jenama Dropbox yang lain. Kami mengalu-alukan maklum balas, tetapi sila ambil perhatian bahawa kami boleh menggunakan komen atau cadangan tanpa sebarang kewajipan kepada anda.

Hak cipta

Kami menghormati harta intelek orang lain dan meminta anda melakukan perkara yang sama. Kami akan menjawab notis dakwaan pelanggaran hak cipta jika ia mematuhi undang-undang, dan notis seperti itu hendaklah dilaporkan menggunakan Dasar Hak Cipta kami. Kami berhak untuk menghapus atau melumpuhkan kandungan yang didakwa melanggar serta menamatkan akaun pesalah berulang. Ejen khusus kami untuk notis dakwaan pelanggaran hak cipta dalam Perkhidmatan ialah:

Ejen Hak Cipta
Dropbox, Inc.
1800 Owens St
San Francisco, CA 94158
copyright@dropbox.com

Akaun Berbayar

Pengebilan. Anda boleh meningkatkan ruang storan anda dan menambah ciri-ciri berbayar kepada akaun anda (menukar akaun anda menjadi “Akaun Berbayar“). Kami akan mengecaj anda secara automatik dari tarikh anda bertukar kepada Akaun Berbayar dan pada setiap pembaharuan berkala sehingga pembatalan. Jika anda dalam pelan tahunan, kami akan menghantar e-mel notis kepada anda untuk mengingatkan bahawa pelan anda akan diperbaharui dalam tempoh masa terdekat sebelum tarikh pembaharuan itu. Anda bertanggungjawab ke atas semua cukai yang dikenakan, dan kami akan mengenakan cukai apabila dikehendaki untuk berbuat demikian. Sesetengah negara mempunyai undang-undang tempatan mandatori berkenaan hak-hak pembatalan anda, dan perenggan ini tidak akan mengatasi undang-undang ini.

Tiada Bayaran Balik. Anda boleh membatalkan Akaun Berbayar Dropbox anda pada bila-bila masa. Bayaran balik hanya akan diberikan jika dikehendaki oleh undang-undang. Sebagai contoh, pengguna yang menetap di Kesatuan Eropah berhak untuk membatalkan langganan Akaun Berbayar mereka dalam tempoh 14 hari dari tarikh mendaftar, menaik taraf, atau memperbaharui Akaun Berbayar.

Penurunan Taraf. Akaun Berbayar anda akan kekal berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan atau ditamatkan di bawah Terma ini. Jika anda tidak membayar Akaun Berbayar anda pada masanya, kami berhak untuk menggantung atau buang ciri Akaun Berbayar.

Perubahan. Kami boleh mengubah yuran yang berkuat kuasa namun akan memberikan anda notis lebih awal berkenaan perubahan ini melalui mesej kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda.

Pasukan Dropbox Business

Alamat e-mel. Jika anda mendaftar untuk akaun Dropbox dengan alamat e-mel yang diperuntukkan oleh organisasi anda, organisasi anda mungkin boleh menyekat penggunaan Dropbox anda sehingga anda beralih kepada akaun dalam Pasukan Dropbox Business atau Education (secara kolektifnya, “Pasukan Dropbox Business) ataupun anda mengaitkan akaun Dropbox anda dengan alamat e-mel peribadi.

Menggunakan Pasukan Dropbox Business. Jika anda menyertai Pasukan Dropbox Business, anda mesti menggunakannya dengan mematuhi terma dan dasar organisasi anda. Sila ambil perhatian bahawa akaun Pasukan Dropbox Business tertakluk kepada kawalan organisasi anda. Pentadbir anda mungkin boleh mengakses, mendedah, menyekat, atau membuang maklumat dalam atau daripada akaun Pasukan Dropbox Business anda. Mereka juga mungkin boleh menyekat atau menamatkan akses anda kepada akaun Pasukan Dropbox Business. Jika anda menukar akaun Dropbox sedia ada menjadi sebahagian daripada Pasukan Dropbox Business, pentadbir anda boleh menghalang anda daripada menyahpautkan akaun anda daripada Pasukan Dropbox Business kemudian.

Penamatan

Anda bebas untuk berhenti menggunakan Perkhidmatan kami pada bila-bila masa. Kami berhak untuk menggantung atau menamatkan akses anda kepada Perkhidmatan dengan memberi notis kepada anda jika:

(a) anda melanggar Terma ini,

(b) penggunaan anda terhadap Perkhidmatan ini dalam cara yang akan menyebabkan risiko bahaya atau kehilangan kepada kami atau pengguna lain, atau

(c) anda tidak mempunyai Akaun Berbayar dan tidak pernah mengakses Perkhidmatan kami selama 12 bulan berturut-turut.

Kami akan memberikan anda notis awal secara munasabah melalui alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda supaya membetulkan aktiviti yang mendorong kami untuk menghubungi anda dan memberikan anda peluang untuk mengeksport Barang Anda daripada Perkhidmatan kami. Jika selepas notis seperti itu anda gagal untuk mengambil langkah-langkah yang kami minta daripada anda, kami akan menamatkan atau menggantung akses anda kepada Perkhidmatan.

Kami tidak akan memberi notis sebelum penamatan di mana:

(a) anda melanggar Terma ini,

(b) berbuat demikian akan menyebabkan liabiliti undang-undang ke atas kami atau menjejaskan keupayaan kami untuk menyediakan Perkhidmatan kepada pengguna lain kami, atau

(c) kami dilarang daripada berbuat demikian oleh undang-undang.

Pemberhentian Perkhidmatan

Kami boleh membuat keputusan untuk menghentikan Perkhidmatan sebagai respons kepada keadaan tidak diduga di luar kawalan Dropbox ataupun untuk mematuhi syarat perundangan. Jika kami berbuat demikian, kami akan memberikan anda notis awal sewajarnya supaya anda boleh mengeksport Barang Anda daripada sistem kami. Jika kami menghentikan Perkhidmatan dalam cara ini sebelum tarikh akhir mana-mana tempoh tetap atau minimum yang telah dibayar oleh anda, kami akan membayar balik sebahagian daripada yuran yang telah diprabayar oleh anda tetapi masih belum menerima Perkhidmatan untuknya.

Perkhidmatan “SEBAGAIMANA SEDIA ADA“

Kami berusaha keras untuk menyediakan Perkhidmatan yang hebat, namun ada beberapa perkara yang tidak boleh dijamin oleh kami. SEJAUH MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, DROPBOX DAN SEKUTU, PEMBEKAL, DAN PENGEDAR MEREKA TIDAK MEMBUAT SEBARANG JAMINAN, SAMA ADA SECARA NYATA ATAU TERSIRAT, MENGENAI PERKHIDMATAN. PERKHIDMATAN DISEDIAKAN “SEBAGAIMANA SEDIA ADA.“ KAMI JUGA MENAFIKAN SEBARANG JAMINAN KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN ATAS TUJUAN TERTENTU, DAN KETIDAKLANGGARAN. Sesetengah tempat tidak membenarkan penafian dalam perenggan ini, jadi ia mungkin tidak akan diguna pakai kepada anda.

Pembatasan Liabiliti

KAMI TIDAK MENGECUALIKAN ATAU MEMBATASKAN LIABILITI KAMI KEPADA ANDA DI MANA IA AKAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG UNTUK BERBUAT DEMIKIAN—INI TERMASUKLAH SEBARANG LIABILITI KE ATAS PENIPUAN ATAU GAMBARAN PALSU DROPBOX ATAU SEKUTU MEREKA DALAM MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN. DI NEGARA-NEGARA DI MANA JENIS PENGECUALIAN BERIKUT TIDAK DIBENARKAN, KAMI BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA HANYA KE ATAS KERUGIAN DAN KEROSAKAN YANG BOLEH DIRAMAL SECARA WAJAR AKIBAT DARIPADA KEGAGALAN KAMI UNTUK MENGGUNAKAN PENGAWASAN DAN KEMAHIRAN SECARA MUNASABAH ATAUPUN PELANGGARAN KONTRAK KAMI DENGAN ANDA. PERENGGAN INI TIDAK AKAN MENJEJASKAN HAK PENGGUNA YANG TIDAK BOLEH DIKETEPIKAN ATAU DIBATASKAN OLEH MANA-MANA KONTRAK ATAU PERJANJIAN.

DI NEGARA-NEGARA DI MANA PENGECUALIAN ATAU BATASAN LIABILITI DIBENARKAN, DROPBOX, SEKUTU, PEMBEKAL, ATAU PENGEDAR MEREKA TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN KE ATAS:

i. SEBARANG KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, PUNITIF, TELADAN, ATAU BERBANGKIT, ATAU

ii. SEBARANG KERUGIAN PENGGUNAAN, DATA, PERNIAGAAN, ATAU KEUNTUNGAN, TANPA MENGIRA TEORI UNDANG-UNDANG.

PENGECUALIAN ATAU BATASAN INI AKAN DIGUNA PAKAI TANPA MENGIRA SAMA ADA DROPBOX ATAU MANA-MANA SEKUTUNYA TELAH DIBERI AMARAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEPERTI ITU.

JIKA ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN UNTUK SEBARANG TUJUAN KOMERSIAL, PERNIAGAAN, ATAU JUALAN SEMULA, DROPBOX, SEKUTU, PEMBEKAL, ATAU PENGEDAR MEREKA TIDAK AKAN ADA SEBARANG LIABILITI KEPADA ANDA KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KERUGIAN PERNIAGAAN, GANGGUAN PERNIAGAAN, ATAUPUN KEHILANGAN PELUANG PERNIAGAAN. DROPBOX DAN SEKUTUNYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KELAKUAN, SAMA ANDA DALAM TALIAN ATAU LUAR TALIAN, MANA-MANA PENGGUNA PERKHIDMATAN.

SELAIN DARIPADA JENIS LIABILITI YANG TIDAK BOLEH DIBATASKAN OLEH UNDANG-UNDANG (SEPERTI YANG DITERANGKAN DALAM BAHAGIAN INI), KAMI MEMBATASKAN LIABILITI KAMI KEPADA ANDA KEPADA JUMLAH TERTINGGI SEBANYAK US$20 ATAUPUN 100% DARIPADA SEBARANG AMAUN YANG ANDA TELAH BAYAR DI BAWAH PELAN PERKHIDMATAN SEMASA ANDA DENGAN DROPBOX.

Menyelesaikan Pertikaian

Mari Cuba Selesaikan Terlebih Dahulu. Kami ingin menyelesaikan kebimbangan anda tanpa melibatkan prosiding mahkamah. Sebelum memfailkan tuntutan terhadap Dropbox, anda bersetuju untuk cuba menyelesaikan pertikaian secara tidak rasmi dengan menghubungi dispute-notice@dropbox.com. Kami akan cuba untuk menyelesaikan pertikaian ini secara tidak rasmi dengan menghubungi anda melalui e-mel. Jika pertikaian tidak diselesaikan dalam tempoh 15 hari setelah diserahkan, anda atau Dropbox boleh memulakan prosiding rasmi.

Badan Kehakiman untuk Pertikaian. Anda dan Dropbox bersetuju bahawa sebarang prosiding mahkamah untuk menyelesaikan tuntutan berkenaan Terma atau Perkhidmatan akan dibawa di hadapan mahkamah persekutuan atau negeri San Francisco County, California, tertakluk kepada peruntukan timbang tara mandatori di bawah. Anda dan Dropbox bersetuju dengan tempat dan bidang kuasa peribadi di mahkamah seperti itu. Jika anda menetap di negara (sebagai contoh, negara ahli Kesatuan Eropah) dengan undang-undang yang memberikan hak kepada pelanggan untuk membawa pertikaian ke mahkamah tempatan mereka, perenggan ini tidak akan menjejaskan syarat tersebut.

JIKA ANDA PENDUDUK A.S., ANDA TURUT BERSETUJU DENGAN PERUNTUKAN TIMBANG TARA MANDATORI YANG BERIKUT:

Kami Berdua Bersetuju untuk Menimbang Tara. Anda dan Dropbox bersetuju untuk menyelesaikan sebarang tuntutan berkenaan Terma atau Perkhidmatan melalui timbang tara muktamad dan terikat oleh seorang penimbang tara, kecuali seperti yang dinyatakan dalam Pengecualian dalam Persetujuan untuk Menimbang Tara di bawah. Ini termasuk pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan tafsiran atau penggunaan seksyen “Peruntukan Timbang Tara Mandatori” ini, termasuk kebolehan penguatkuasaan, penarikan balik, atau kesahihannya.

Keluar daripada Perjanjian untuk Timbang Tara. Anda boleh menolak perjanjian untuk menimbang tara ini dengan mengklik di sini dan menyerahkan borang pilih keluar dalam tempoh 30 hari selepas mendaftarkan akaun anda. Walau bagaimanapun, jika anda bersetuju kepada versi lama Terma ini yang membenarkan anda untuk keluar daripada timbang tara, pilihan lama anda untuk keluar atau tidak keluar akan terus dipegang.

Prosedur Timbang Tara. American Arbitration Association (AAA) akan mentadbir timbang tara di bawah Peraturan Timbang Tara Komersil dan Prosedur Tambahan untuk Pertikaian Berkaitan Pelanggan. Timbang tara ini akan diadakan di daerah Amerika Syarikat di mana anda tinggal atau bekerja, San Francisco (CA), ataupun mana-mana lokasi lain yang kami persetujui.

Yuran dan Insentif Timbang Tara. Peraturan AAA akan mentadbir pembayaran bagi semua yuran timbang tara. Dropbox akan membayar semua yuran timbang tara bagi setiap timbang tara dengan tuntutan yang kurang daripada $75,000. Jika anda menerima keputusan timbang tara yang lebih baik daripada sebarang tawaran yang kami berikan untuk menyelesaikan tuntutan, kami akan menambah $1,000 di atas ganjaran itu. Dropbox tidak akan menuntut yuran dan kos guaman dalam timbang tara melainkan penimbang tara menentukan bahawa tuntutan anda adalah remeh.

Pengecualian dalam Persetujuan untuk Menimbang Tara. Sama ada anda atau Dropbox boleh membuat tuntutan, jika layak, di mahkamah tuntutan kecil di San Francisco (CA) atau mana-mana daerah Amerika Syarikat tempat anda tinggal atau bekerja. Mana-mana pihak boleh membuat tuntutan mahkamah semata-mata untuk relief injunksi bagi menghentikan penggunaan tidak bertauliah atau penyalahgunaan Perkhidmatan, atau pelanggaran harta intelek (contohnya, tanda dagangan, rahsia perdagangan, hak cipta, atau hak paten) tanpa terlebih dahulu terlibat dalam timbang tara ataupun proses penyelesaian pertikaian tidak rasmi seperti yang diterangkan di atas. Jika persetujuan untuk menimbang tara ini didapati tidak boleh diguna pakai oleh anda atau tuntutan anda, anda bersetuju dengan bidang kuasa eksklusif mahkamah negeri dan persekutuan di San Francisco County, California untuk menyelesaikan tuntutan anda.

TIADA TUNTUTAN BERKUMPULAN. Anda hanya boleh menyelesaikan pertikaian dengan kami secara individu, dan tidak boleh membawa tuntutan sebagai plaintif atau ahli kumpulan dalam tindakan berkumpulan, bergabung, atau berwakil. Timbang tara kumpulan, tindakan berkumpulan, tindakan sulit peguam negara, dan gabungan dengan timbang tara lain tidak dibenarkan. Jika perenggan khusus ini tidak boleh dikuatkuasakan, maka keseluruhan seksyen ”Peruntukan Timbang Tara Mandatori” ini akan dianggap terbatal.

Undang-undang yang Mengawal

Terma ini akan ditadbir oleh undang-undang California kecuali untuk percanggahan prinsip undang-undangnya. Walau bagaimanapun, sesetengah negara (termasuk negara di Kesatuan Eropah) mempunyai undang-undang yang mewajibkan perjanjian untuk ditadbir oleh undang-undang tempatan negara pengguna. Perenggan ini tidak akan mengatasi undang-undang tersebut.

Keseluruhan Perjanjian

Terma ini membentuk keseluruhan perjanjian antara anda dan Dropbox berkenaan isi kandungan Terma ini, serta membatal dan menggantikan sebarang perjanjian sebelum itu atau sementara yang lain, atau terma dan syarat yang berkenaan dengan isi kandungan Terma ini. Terma ini tidak mewujudkan hak benefisiari pihak ketiga.

Penepian, Kebolehasingan & Penyerahan

Kegagalan Dropbox untuk menguatkuasakan satu peruntukan bukanlah penepian hak kami untuk berbuat demikian selepas itu. Jika satu peruntukan didapati tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan Terma yang selebihnya akan terus berkuat kuasa sepenuhnya dan satu terma yang boleh dikuatkuasakan akan digantikan supaya mencerminkan niat kami sebaik yang mungkin. Anda tidak boleh menyerahkan sebarang hak anda di bawah Terma ini, dan sebarang cubaan seperti itu adalah tidak sah. Dropbox boleh menyerahkan hak mereka kepada mana-mana sekutu atau anak syarikat, atau kepada mana-mana pengganti yang berkepentingan dalam mana-mana perniagaan yang berkaitan dengan Perkhidmatan.

Pindaan

Kami boleh menyemak semula Terma ini dari masa ke masa bagi mencerminkan dengan lebih baik:

(a) perubahan terhadap undang-undang,

(b) keperluan peraturan baru, atau

(c) penambahbaikan atau peningkatan yang dibuat terhadap Perkhidmatan kami.

Jika sebarang kemas kini akan menjejaskan penggunaan Perkhidmatan anda atau hak-hak anda sebagai pengguna Perkhidmatan kami, kami akan memaklumkan anda sebelum tarikh kuat kuasa kemas kini itu dengan menghantar e-mel kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda ataupun melalui pemberitahuan dalam produk. Terma yang dikemas kini ini akan berkuat kuasa tidak kurang daripada 30 hari dari tarikh kami memaklumkan anda.

Jika anda tidak bersetuju dengan kemas kini yang kami lakukan, sila batalkan akaun anda sebelum ia berkuat kuasa. Di mana yang berkenaan, kami akan menawarkan anda bayaran balik prorata berdasarkan jumlah yang telah diprabayar untuk Perkhidmatan dan tarikh pembatalan akaun anda. Dengan terus menggunakan atau mengakses Perkhidmatan selepas kemas kini berkuat kuasa, anda bersetuju untuk terikat oleh Terma yang dipinda.

Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.

Dasar Privasi Dropbox

Disiarkan: 25 Julai 2019

Berkuat kuasa: 24 September 2019

Anda boleh lihat Dasar Privasi lama kami di sini.

Terima kasih kerana menggunakan Dropbox! Di sini kami menjelaskan cara kami mengumpul, mengguna, dan mengendalikan data peribadi anda semasa anda menggunakan laman web, perisian dan perkhidmatan kami (“Perkhidmatan”). Untuk maklumat dan butiran lanjut, sila lihat halaman Soalan-soalan Lazim kami.

Apa & Mengapa

Kami mengumpul dan menggunakan maklumat yang berikut untuk menyediakan, memperbaiki, melindungi dan mempromosikan Perkhidmatan kami:

Maklumat akaun. Kami mengumpul, serta mengaitkan dengan akaun anda, maklumat yang anda berikan kepada kami semasa anda melakukan perkara seperti mendaftar untuk akaun anda, menaik taraf kepada pelan berbayar, dan menyediakan pentauliahan dua faktor (seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon, maklumat pembayaran, dan alamat fizikal anda).

Barang Anda. Perkhidmatan kami direka untuk memudahkan anda untuk menyimpan fail, dokumen, foto, komen, mesej, dan banyak lagi (“Barang Anda“), bekerjasama dengan orang lain, dan bekerja merentasi pelbagai peranti dan perkhidmatan. Untuk merealisasikannya, kami menyimpan, memproses dan menyampaikan Barang Anda serta maklumat yang berkaitan dengannya. Maklumat berkaitan ini termasuklah maklumat profil anda yang memudahkan untuk bekerjasama dan berkongsi Barang Anda dengan orang lain, serta perkara seperti saiz fail, waktu ia dimuat naik, kolaborator, dan aktiviti penggunaan.

Kenalan. Anda boleh memilih untuk memberikan kami akses kepada kenalan anda bagi memudahkan anda melakukan perkara seperti berkongsi dan bekerjasama dalam Barang Anda, menghantar mesej, dan menjemput orang lain untuk menggunakan Perkhidmatan. Jika anda berikan kami akses, kami akan menyimpan kenalan tersebut pada pelayan kami untuk kegunaan anda.

Maklumat penggunaan. Kami mengumpul maklumat berkenaan dengan cara anda menggunakan Perkhidmatan, termasuk tindakan yang anda ambil dalam akaun anda (seperti berkongsi, menyunting, melihat, mencipta dan mengalihkan fail atau folder). Kami menggunakan maklumat ini untuk menyediakan, memperbaiki dan mempromosikan Perkhidmatan kami serta melindungi pengguna Dropbox. Sila rujuk Soalan Lazim kami untuk maklumat lanjut mengenai cara kami menggunakan maklumat penggunaan ini.

Maklumat peranti. Kami turut mengumpul maklumat daripada dan tentang peranti yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan. Ini termasuk perkara seperti alamat IP, jenis pelayar dan peranti yang anda gunakan, laman web yang anda layari sebelum masuk ke laman web kami, dan pengenalan yang berkaitan dengan peranti anda. Peranti anda (bergantung pada tetapan) juga boleh menghantar maklumat lokasi kepada Perkhidmatan. Sebagai contoh, kami menggunakan maklumat peranti untuk mengesan penyalahgunaan dan mengenal pasti serta menyelesaikan masalah pepijat.

Kuki dan teknologi-teknologi lain. Kami menggunakan teknologi seperti kuki dan tag piksel untuk menyedia, memperbaiki, melindungi dan mempromosikan Perkhidmatan kami. Contohnya, kuki membantu kami dengan perkara seperti mengingati nama pengguna anda untuk lawatan anda yang seterusnya, memahami cara anda berinteraksi dengan Perkhidmatan kami, dan memperbaikinya berdasarkan maklumat tersebut. Anda boleh menetapkan pelayar anda untuk tidak menerima kuki, tetapi ini boleh membataskan keupayaan anda untuk menggunakan Perkhidmatan. Jika sistem kami menerima isyarat DNT:1 daripada pelayar anda, kami akan bertindak balas terhadap isyarat tersebut seperti yang digariskan di sini. Kami juga boleh menggunakan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang menetapkan kuki dan teknologi serupa untuk mempromosikan perkhidmatan Dropbox. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai cara kuki dan teknologi yang serupa berfungsi dan juga cara memilih untuk tidak menggunakannya bagi tujuan pengiklanan di sini.

Pemasaran. Kami memberi pilihan kepada pengguna untuk menggunakan sesetengah Perkhidmatan kami tanpa sebarang caj. Perkhidmatan percuma ini boleh dilakukan kerana sesetengah pengguna menaik taraf kepada salah satu Perkhidmatan berbayar kami. Jika anda mendaftar untuk Perkhidmatan kami, kami akan dari masa ke masa, menghantar maklumat kepada anda mengenai naik taraf jika dibenarkan. Pengguna yang menerima bahan pemasaran ini boleh memilih keluar pada bila-bila masa. Jika anda tidak mahu menerima bahan pemasaran tertentu daripada kami, klik pautan ‘berhenti melanggan‘ dalam e-mel yang sama, atau kemas kini keutamaan anda dalam bahagian Pemberitahuan akaun peribadi anda.

Kadangkala kami menghubungi orang yang tidak mempunyai akaun Dropbox. Bagi penerima di Kesatuan Eropah, kami atau pihak ketiga akan mendapatkan kebenaran sebelum menghubungi. Jika anda menerima e-mel dan tidak lagi ingin dihubungi oleh Dropbox, anda boleh berhenti melanggan dan membuang diri anda daripada senarai kenalan kami melalui mesej itu.

Dasar untuk memproses data anda. Kami mengumpul dan menggunakan data peribadi yang diterangkan di atas untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda dalam cara yang boleh diharapkan dan selamat. Kami juga mengumpul dan menggunakan data peribadi untuk keperluan perniagaan kami. Sekiranya kami memproses data peribadi anda untuk tujuan lain, kami meminta kebenaran anda terlebih dahulu atau mewajibkan rakan kongsi kami supaya mendapatkan kebenaran tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai dasar sah untuk memproses data anda, sila lihat Soalan Lazim kami.

Dengan Siapa

Kami boleh berkongsi maklumat seperti yang dibincangkan di bawah, tetapi kami tidak akan menjualnya kepada pengiklan atau pihak-pihak ketiga yang lain.

Orang lain yang bekerja untuk dan dengan Dropbox. Dropbox menggunakan pihak-pihak ketiga tertentu yang dipercayai (contohnya, pembekal sokongan khidmat pelanggan dan perkhidmatan IT) untuk membantu kami menyedia, menambah baik, melindungi, dan mempromosikan Perkhidmatan kami. Pihak-pihak ketiga ini akan mengakses maklumat anda untuk melaksanakan tugas bagi pihak kami dan kami akan terus dipertanggungjawabkan ke atas pengendalian maklumat anda oleh mereka mengikut arahan kami. Untuk senarai pihak-pihak ketiga dipercayai yang kami gunakan untuk memproses data peribadi anda, sila lihat Soalan Lazim kami.

Syarikat Dropbox yang lain. Dropbox berkongsi infrastruktur, sistem, dan teknologi dengan Syarikat Dropbox yang lain untuk menyediakan, memperbaiki, melindungi, dan mempromosikan Perkhidmatan Syarikat Dropbox. Kami memproses maklumat anda di seluruh Syarikat Dropbox untuk tujuan ini, seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai dan mengikut terma dan dasar mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai Syarikat Dropbox, Perkhidmatan Syarikat Dropbox, dan cara data anda digunakan, sila lihat FAQ kami.

Pengguna lain. Perkhidmatan kami memaparkan maklumat seperti nama, gambar profil, peranti, alamat e-mel dan maklumat penggunaan anda kepada pengguna lain anda bekerjasama atau memilih untuk berkongsi dengannya. Apabila anda mendaftar akaun Dropbox dengan alamat e-mel pada domain milik majikan atau organisasi anda, kami boleh membantu kolaborator dan pentadbir menemui anda dan pasukan anda dengan menjadikan sesetengah maklumat asas anda—seperti nama, nama pasukan, gambar profil, dan alamat e-mel anda—boleh dilihat oleh pengguna lain pada domain yang sama. Ini akan membantu anda menyelaras dengan pasukan yang anda boleh sertai dan membantu pengguna lain berkongsi fail dan folder dengan anda.

Ciri-ciri tertentu membolehkan anda mendedahkan maklumat tambahan kepada pengguna lain.

Aplikasi lain. Anda boleh memilih untuk menyambungkan akaun Dropbox anda dengan perkhidmatan pihak ketiga—contohnya, melalui API Dropbox . Dengan berbuat demikian, anda membolehkan Dropbox dan pihak ketiga untuk bertukar maklumat tentang anda dan data dalam akaun anda supaya Dropbox dan pihak ketiga dapat menyediakan, memperbaiki, melindungi, dan mempromosikan perkhidmatan mereka. Sila ingat bahawa penggunaan maklumat anda oleh pihak ketiga akan ditadbir oleh dasar privasi dan terma perkhidmatan mereka sendiri.

Pentadbir Pasukan Dropbox Business. Jika anda seorang pengguna pasukan Dropbox Business atau Education (secara kolektif, "Pasukan Perniagaan Dropbox"), pentadbir anda mungkin berupaya untuk mengakses dan mengawal akaun pasukan Dropbox Business anda. Sila rujuk dasar dalaman organisasi anda jika anda mempunyai pertanyaan tentang ini. Jika anda bukan pengguna pasukan Dropbox Business tetapi berinteraksi dengan pengguna pasukan Dropbox Business (contohnya, menyertai folder kongsian atau mengakses barang yang dikongsi oleh pengguna itu), ahli-ahli organisasi itu mungkin boleh melihat nama, alamat e-mel, gambar profil, dan alamat IP yang dikaitkan dengan akaun anda sewaktu interaksi itu.

Undang-undang & Perintah dan Kepentingan Awam. Kami boleh mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga jika kami pasti bahawa pendedahan seperti itu wajib secara munasabah untuk: (a) mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan, prosiding undang-undang, atau permintaan kerajaan wajar yang berkenaan; (b) melindungi seseorang daripada kematian atau kecederaan fizikal yang serius; (c) mencegah penyelewengan atau penyalahgunaan Dropbox atau pengguna kami; (d) melindungi hak, harta, keselamatan, atau kepentingan Dropbox; atau (e) menjalankan tugas yang dilaksanakan demi kepentingan awam.

Pengawasan data anda penting bagi kami dan merupakan satu tanggungjawab yang kami rangkul. Kami percaya bahawa data anda harus menerima perlindungan undang-undang yang sama tidak kira sama ada ia disimpan pada Perkhidmatan kami ataupun pada pemacu keras komputer rumah anda. Kami akan mematuhi Prinsip Permintaan Kerajaan yang berikut semasa menerima, meneliti, dan membalas permintaan kerajaan (termasuk permintaan keselamatan negara) untuk mendapatkan data anda:

  • Sentiasa telus,
  • Menentang permintaan pukal,
  • Melindungi semua pengguna, dan
  • Menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai.

Kami menerbitkan Laporan Ketelusan sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk memaklumkan anda tentang bila dan cara kerajaan meminta maklumat daripada kami. Laporan ini memperincikan jenis dan bilangan permintaan yang kami terima daripada penguat kuasa undang-undang. Kami galakkan pengguna untuk menyemak Prinsip Permintaan Kerajaan dan Laporan Ketelusan kami untuk maklumat lebih terperinci tentang pendekatan dan respons kami terhadap permintaan kerajaan.

Bagaimana

Keselamatan. Kami mempunyai pasukan yang berdedikasi untuk mengekalkan keselamatan maklumat anda dan menguji sebarang kelemahan. Kami terus mengusahakan ciri-ciri untuk memastikan maklumat anda selamat di samping ciri seperti pentauliahan dua faktor, penyulitan fail ketika tidak digunakan, dan amaran apabila peranti dan aplikasi baru dipautkan ke akaun anda. Kami menggunakan teknologi automatik untuk mengesan penyalahgunaan dan kandungan yang boleh memudaratkan Perkhidmatan kami, anda, atau pengguna lain.

Kawalan Pengguna. Anda boleh mengakses, mengubah suai, memuat turun, dan menghapuskan maklumat peribadi anda dengan mendaftar masuk ke dalam akaun Dropbox anda dan pergi ke halaman tetapan akaun anda. Ketahui lebih lanjut di sini tentang menguruskan maklumat akaun anda secara umum, atau klik di sini untuk mengetahui cara mengubah maklumat profil anda.

Pemegangan. Apabila anda mendaftar akaun dengan kami, kami akan memegang maklumat yang anda simpan pada Perkhidmatan kami selagi akaun anda wujud atau selagi kami memerlukannya untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda. Jika anda menghapuskan akaun anda, kami akan memulakan penghapusan maklumat ini selepas 30 hari. Ketahui lebih lanjut di sini. Tetapi sila ambil perhatian: (1) mungkin akan terdapat kelewatan dalam menghapuskan maklumat ini daripada pelayan dan storan sandaran kami; dan (2) kami boleh memegang maklumat ini jika perlu bagi mematuhi kewajipan undang-undang kami, menyelesaikan pertikaian, atau menguatkuasakan perjanjian kami.

Di mana

Di seluruh dunia. Bagi menyediakan Perkhidmatan kepada anda, kami boleh menyimpan, memproses, dan menyampaikan data di Amerika Syarikat dan lokasi-lokasi di seluruh dunia—termasuk lokasi di luar negara anda. Maklumat juga boleh disimpan secara setempat pada peranti yang anda gunakan untuk mengakses Data.

EU-U.S. Privacy Shield dan Swiss-U.S. Privacy Shield. Semasa memindahkan data dari Kesatuan Eropah, Kawasan Ekonomi Eropah, United Kingdom dan Switzerland, Dropbox bergantung pada pelbagai mekanisme undang-undang, termasuk kontrak dengan pelanggan dan sekutu kami. Dropbox mematuhi Rangka Kerja Privacy Shield EU-U.S. dan Swiss–U.S. seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat berkenaan pengumpulan, penggunaan, dan pemegangan data peribadi yang dipindahkan dari Kesatuan Eropah, Kawasan Ekonomi Eropah, United Kingdom dan Switzerland ke Amerika Syarikat. Dropbox telah memperakui kepada Jabatan Perdagangan bahawa ia mematuhi Prinsip Perisai Privasi berkenaan dengan data tersebut. Anda boleh dapatkan persijilan Privacy Shield Dropbox di sini. Anda juga boleh ketahui lebih lanjut tentang Privacy Shield di https://www.privacyshield.gov.

Dropbox tertakluk kepada penyeliaan oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) A.S. JAMS adalah organisasi bebas yang terletak di AS yang bertanggungjawab untuk menyemak dan menyelesaikan aduan tentang pematuhan Privacy Shield kami—tanpa mengenakan caj kepada anda. Kami minta supaya anda mengemukakan sebarang aduan seperti itu secara langsung kepada kami terlebih dahulu melalui privacy@dropbox.com. Jika anda tidak berpuas hati dengan jawapan kami, sila hubungi JAMS di https://www.jamsadr.com/eu-us-privacy-shield. Sekiranya aduan anda masih tidak diselesaikan oleh JAMS, anda berhak ke atas penyelesaian timbang tara di bawah Privacy Shield dan prinsipnya.

Kawalan dan Akses Data Anda

Anda mempunyai kawalan ke atas data peribadi anda dan cara ia dikumpulkan, digunakan, dan dikongsi. Sebagai contoh, anda boleh:

  • Padamkan Perkara Anda dalam akaun Dropbox anda. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai cara memadam fail yang disimpan di Dropbox di sini.
  • Mengubah atau membetulkan data peribadi. Anda boleh menguruskan akaun anda dan kandungan di dalamnya, serta menyunting sesetengah data peribadi anda, melalui halaman tetapan akaun anda.
  • Mengakses dan mengambil data anda di tempat lain. Anda boleh memuat turun salinan Barang Anda dalam format bacaan komputer seperti yang digariskan di sini. Anda juga boleh minta kami salinan data peribadi yang anda berikan kepada kami. Ketahui caranya di sini.
  • Membantah pemprosesan data peribadi anda. Bergantung kepada aktiviti pemprosesan, anda boleh meminta kami menghentikan atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda. Jika anda ingin mengemukakan bantahan, sila e-mel kepada kami di privacy@dropbox.com.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara untuk mengawal dan mengakses data peribadi anda, sila lihat Soalan Lazim kami.

Perubahan

Jika kami terlibat dalam rombakan semula, penggabungan, pengambilalihan, atau penjualan aset kami, data anda boleh dipindahkan sebagai sebahagian daripada urus niaga tersebut. Kami akan memaklumkan anda (contohnya, melalui mesej kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda) berkenaan sebarang urus niaga seperti itu dan menggariskan pilihan anda dalam peristiwa itu.

Kami boleh menyemak semula Dasar Privasi ini dari masa ke masa, dan akan menyiarkan versi terkini di laman web kami. Jika semakan tersebut mengurangkan hak-hak anda, kami akan memaklumkan anda.

Maklumat hubungan

Dropbox sebagai pengawal atau pemproses. Jika anda tinggal di Amerika Utara (Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico), Dropbox, Inc. bertindak sebagai pembekal perkhidmatan anda. Bagi semua pengguna lain, Dropbox International Unlimited Company bertindak sebagai pengawal data peribadi anda. Jika anda adalah pelanggan Dropbox Business atau Education di luar Amerika Utara, Dropbox bertindak sebagai pemproses data anda..

Ada soalan atau kebimbangan mengenai Dropbox, Perkhidmatan, dan privasi kami? Hubungi Pegawai Perlindungan Data kami di privacy@dropbox.com. Jika mereka tidak dapat menjawab pertanyaan anda, anda berhak untuk menghubungi pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda.

Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.

Perjanjian Dropbox Business

Disiarkan: 25 Julai 2019

Berkuat kuasa: 24 September 2019

Perjanjian Dropbox Business ini ("Perjanjian Perniagaan") dibuat antara Dropbox International Unlimited Company jika organisasi anda terletak di luar Amerika Syarikat, wilayah dan pemilikannya, Kanada dan Mexico ("Amerika Utara") atau, jika organisasi anda terletak di Amerika Utara, dengan Dropbox, Inc., sebuah perbadanan Delaware (setiap satu, "Dropbox") dan organisasi yang bersetuju dengan terma-terma ini ("Pelanggan"). Perjanjian ini menentukan akses kepada dan penggunaan Perkhidmatan dan Perkhidmatan Beta. Dengan mengklik "Saya bersetuju," menandatangani kontrak anda untuk Perkhidmatan, atau menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju dengan Perjanjian ini sebagai Pelanggan.

Memandangkan Dropbox, Inc. memproses Data Pelanggan yang tertakluk kepada Undang-Undang Perlindungan Data EU bagi pihak Pelanggan, dengan mengklik "Saya bersetuju," anda turut bersetuju dengan Perjanjian Pemprosesan Data dan Fasal Kontrak Standard EU, seperti yang ditakrifkan di bawah, dengan Dropbox, Inc. bagi pemindahan Data Peribadi kepada pemproses.

Jika anda bersetuju dengan Perjanjian ini dan, jika berkenaan, Perjanjian Pemprosesan Data, untuk penggunaan Perkhidmatan oleh sebuah organisasi, anda sedang bersetuju bagi pihak organisasi tersebut. Anda mesti mempunyai kuasa untuk mengikat organisasi tersebut dengan terma-terma ini, jika tidak anda tidak seharusnya mendaftar untuk Perkhidmatan.

  1. Perkhidmatan.
    1. Peruntukan. Perjanjian menentukan akses kepada, dan penggunaan Perkhidmatan dan Perisian yang dibeli di bawah Borang Pesanan. Pelanggan dan Pengguna Akhir boleh mengakses dan menggunakan Perkhidmatan dengan mematuhi Perjanjian
    2. Pengubahsuaian. Dropbox boleh mengemas kini Perkhidmatan dari masa ke masa. Jika Dropbox mengubah Perkhidmatan dalam cara yang merosotkan kefungsiannya dengan ketara, Dropbox akan memaklumkan Pelanggan melalui alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun, dan Pelanggan boleh memberi notis dalam tempoh tiga puluh hari selepas perubahan untuk menamatkan Perjanjian ini. Hak penamatan ini tidak akan terpakai kepada kemas kini yang dilakukan terhadap ciri-ciri yang disediakan dalam fasa beta atau penilaian. Untuk ciri-ciri baru tertentu yang penting, Dropbox boleh memberitahu Pentadbir atau Pengguna Akhir ciri-ciri baru melalui e-mel dengan syarat bahawa pilihan untuk berhenti melanggan daripada menerima e-mel tersebut akan tersedia kepada mana-mana penerima yang berpotensi.
    3. Perisian.
      1. Secara Umum. Sesetengah Perkhidmatan membolehkan Pelanggan dan Pengguna Akhir memuat turun Perisian yang boleh mengemas kini secara automatik. Jika mana-mana komponen Perisian ditawarkan di bawah lesen sumber terbuka, Dropbox akan menyediakan lesen itu kepada Pelanggan dan sehingga takat peruntukan lesen itu memberi Pelanggan hak tambahan, peruntukan tersebut dengan jelas akan mengatasi sesetengah terma Perjanjian berkenaan dengan komponen Perisian.
      2. Lesen. Dropbox dengan ini memberi lesen terhad tidak eksklusif kepada Pelanggan sepanjang Terma untuk menggunakan Perisian semata-mata berhubungan dengan Perkhidmatan dan menurut Perjanjian. Lesen ini tidak boleh dipindah milik (tertakluk kepada Bahagian 14.8), tidak boleh ditarik balik (kecuali seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 9), tidak boleh disublesenkan, dan akan dibayar sepenuhnya semasa pembayaran Yuran oleh Pelanggan.
    4. Domain Pelanggan. Sebelum menyediakan Perkhidmatan, Dropbox boleh menghendaki Pelanggan untuk mengesahkan bahawa Pelanggan memiliki dan mengawal Domain Pelanggan. Jika Pelanggan tidak memiliki atau mengawal Domain Pelanggan, maka Dropbox tidak akan mempunyai kewajipan untuk menyediakan Perkhidmatan kepada Pelanggan.
  2. Kewajipan Pelanggan.
    1. Pentadbiran Perkhidmatan oleh Pelanggan. Pelanggan boleh menentukan Pengguna Akhir sebagai Pentadbir, termasuk melalui pelbagai pentadbir, melalui Konsol Pentadbir. Pentadbir boleh: (a) mengakses, mendedahkan, menyekat atau mengalih keluar Data Pelanggan di dalam atau daripada Akaun Pengguna Akhir; dan (b) memantau, menyekat, atau menamatkan akses kepada Akaun Pengguna Akhir. Pentadbir Akaun Pengguna Akhir boleh mengurus seperti yang diterangkan dalam ayat yang terdahulu termasuk Akaun Pengguna Akhir Pentadbir peringkat lebih rendah. Pelanggan bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan kata laluan dan Akaun Pentadbir, dan menguruskan akses kepada Akaun Pentadbir. Tanggungjawab Dropbox tidak meliputi pengurusan atau pentadbiran dalaman bagi Perkhidmatan untuk Pelanggan.
    2. Pentadbiran Pihak Ketiga. Pelanggan mengakui bahawa, jika Pelanggan membeli Perkhidmatan melalui penjual dan melantik mana-mana kakitangan penjual sebagai Pentadbir bagi akaun Perkhidmatan Pelanggan, penjual itu mungkin dapat mengawal maklumat akaun, termasuk Data Pelanggan, dan mengakses akaun Perkhidmatan Pelanggan seperti yang diterangkan di atas.
    3. Penggunaan atau Akses Tidak Bertauliah. Pelanggan akan menghalang penggunaan Perkhidmatan yang tidak bertauliah oleh Pengguna Akhirnya dan menamatkan sebarang penggunaan atau akses tidak bertauliah kepada Perkhidmatan. Akaun Pengguna Akhir hanya boleh diperuntukkan, didaftarkan, dan digunakan oleh seorang Pengguna Akhir. Perkhidmatan tidak ditujukan kepada Pengguna Akhir di bawah umur 13 tahun. Pelanggan akan memastikan bahawa ia tidak membenarkan mana-mana indvidu di bawah 13 tahun untuk menggunakan Perkhidmatan. Pelanggan akan segera memaklumkan Dropbox berkenaan sebarang penggunaan atau akses kepada Perkhidmatan yang tidak bertauliah.
    4. Batasan. Pelanggan tidak akan: (a) menjual, menjual semula, atau menyewakan Perkhidmatan atau Perisian; (b) menggunakan Perkhidmatan atau Perisian untuk aktiviti di mana penggunaan atau kegagalan Perkhidmatan atau Perisian boleh menyebabkan kerosakan harta benda, kematian, atau kecederaan diri; (c) menyongsangkan kejuruteraan Perkhidmatan atau Perisian, ataupun mencuba atau membantu orang lain untuk berbuat demikian, melainkan batasan ini dilarang oleh undang-undang; (d) menggunakan Perkhidmatan atau Perisian, termasuk mengeksport atau mengeksport semula Data Pelanggan, yang melanggar Undang-undang Kawalan Eksport; atau (e) mewujudkan akaun Dropbox Business sebagai individu untuk tujuan kegunaan peribadi, keluarga, atau seisi rumah.
    5. Pematuhan.
      1. Secara Umum. Pelanggan dan Pengguna Akhir mereka mesti menggunakan Perkhidmatan dengan mematuhi Dasar Penggunaan Boleh Diterima. Pelanggan akan mematuhi undang-undang dan peraturan yang boleh dikenakan terhadap penggunaan Perkhidmatan oleh Pelanggan.  Pelanggan mesti bersetuju bahawa: (i) Perkhidmatan adalah wajar untuk tujuannya, dengan mengambil kira sifat Data Pelanggan; dan (ii) syarat teknikal dan organisasi yang dikenakan kepada Dropbox di bawah Undang-undang Perlindungan Data EU akan ditunaikan oleh Langkah-langkah Keselamatan dan Perjanjian.
      2. Pengguna terakhir. Pelanggan bertanggungjawab untuk menggunakan Perkhidmatan oleh Pengguna Akhirnya. Pelanggan akan memperoleh dan mengekalkan sebarang keizinan yang diperlukan daripada Pengguna Akhir untuk membenarkan Pentadbir terlibat dalam aktiviti yang diterangkan dalam Perjanjian dan untuk membenarkan Dropbox menyampaikanPerkhidmatan.
      3. Tindakan Pelanggan. Pelanggan tidak akan mengambil sebarang tindakan yang akan menyebabkan Dropbox melanggar Undang-undang Perlindungan Data EU, Akta Amalan Rasuah Asing AS 1977, sebagaimana yang dipinda, Akta Rasuah UK 2010, atau apa-apa undang-undang anti rasuah atau anti pengubahan wang haram.
      4. HIPAA. Pelanggan tidak akan menyimpan, menghantar ataupun memproses sebarang maklumat melalui Perkhidmatan yang termasuk dalam takrifan "Maklumat Kesihatan Terlindung" di bawah Peraturan Privasi HIPAA (45 C.F.R Bahagian 164.051), melainkan Pelanggan dan Dropbox memetrai Perjanjian Sekutu Perniagaan (BAA) HIPAA secara berasingan, yang mana boleh dilakukan melalui Konsol Pentadbir.
    6. Aplikasi dan Integrasi Pihak Ketiga. Jika Pelanggan menggunakan mana-mana perkhidmatan atau aplikasi pihak ketiga, seperti perkhidmatan yang menggunakan Dropbox API, bersama-sama dengan Perkhidmatan: (a) Dropbox tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan atau kelalaian pihak ketiga, termasuk akses kepada atau penggunaan Data Pelanggan oleh pihak ketiga; dan (b) Dropbox tidak menjamin atau menyokong mana-mana perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga. Pelanggan akan mematuhi sebarang batasan API yang berkaitan dengan pelan Perkhidmatan yang dibeli oleh Pelanggan.
  3. Data Pelanggan.
    1. Data Pelanggan. Dropbox dan Subkontraktornya hanya akan mengakses, menggunakan, menyimpan, dan memindahkan Data Pelanggan untuk menyampaikan Perkhidmatan dan untuk memenuhi kewajipan Dropbox dalam Perjanjian. Mana-mana kakitangan Dropbox yang mempunyai akses kepada Data Pelanggan akan terikat dengan kewajipan kerahsiaan yang sesuai.
    2. Langkah Keselamatan. Dropbox akan menggunakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi piawaian industri untuk memindah, menyimpan, dan Memroses Data Pelanggan yang, sekurang-kurangnya, akan mematuhi Langkah-langkah Keselamatan. Dropbox boleh mengemaskini Langkah-langkah Keselamatan dari semasa ke semasa. Dropbox akan menyediakan Pelanggan dengan sekurang-kurangnya enam puluh hari sebelum notis jika Dropbox mengemaskini Langkah-langkah Keselamatan dengan cara yang secara keseluruhannya mengurangkan ciri keselamatan pentadbiran, teknikal, atau fizikal Perkhidmatan yang diambil secara keseluruhan. Dalam tempoh lima hari bekerja selepas menerima notis ini, Pelanggan boleh memilih untuk menamatkan Perjanjian dan Borang Pesanan yang berkaitan dengan memberikan notis bertulis kepada Dropbox.
    3. Permintaan Pihak Ketiga.
      1. Tanggungjawab Pelanggan. Pelanggan bertanggungjawab untuk memberi respons kepada Permintaan Pihak Ketiga melalui aksesnya kepada maklumat. Pelanggan akan berusaha untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki untuk memberi respons kepada Permintaan Pihak Ketiga dan akan menghubungi Dropbox hanya jika ia tidak dapat memperoleh maklumat seperti itu walaupun telah berusaha keras.
      2. Tanggungjawab Dropbox. Jika Dropbox menerima Permintaan Pihak Ketiga, Dropbox akan melakukan usaha yang sewajarnya, sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang dan terma Permintaan Pihak Ketiga, untuk: (i) segera memaklumkan Pelanggan tentang penerimaan Permintaan Pihak Ketiga oleh Dropbox; (ii) mematuhi permintaan Pelanggan yang munasabah berkenaan usahanya untuk membangkang Permintaan Pihak Ketiga; dan (iii) menyediakan Pelanggan dengan maklumat atau peralatan yang diperlukan oleh Pelanggan untuk memberi respons kepada Permintaan Pihak Ketiga, sekiranya Pelanggan gagal memberi respons kepada Permintaan Pihak Ketiga. Jika Dropbox dilarang daripada memberitahu Pelanggan Permintaan Pihak Ketiga atau Pelanggan gagal untuk memberi respon segera kepada mana-mana Permintaan Pihak Ketiga, maka Dropbox boleh, namun tidak berkewajipan, untuk berbuat demikian, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berlaku.
    4. Perkongsian Data Pelanggan. Perkhidmatan ini membolehkan Pengguna Akhir untuk berkongsi Data Pelanggan, termasuk kepada Pengguna Akhir Pengguna lain dan kepada pihak ketiga. Penerima Data Pelanggan yang dikongsi boleh mengakses, melihat, memuat turun, dan berkongsi Data Pelanggan ini termasuk dalam dan melalui akaun Perkhidmatan mereka sendiri. Pelanggan memahami: (a) ia hanya Pelanggan, dan Pengguna Akhirnya, pilihan untuk berkongsi Data Pelanggan; (b) Dropbox tidak dapat mengawal pihak ketiga dengan siapa Pelanggan telah berkongsi Data Pelanggan; dan (c) Pelanggan dan Pengguna Akhirnya bertanggungjawab sepenuhnya untuk penggunaan Perkhidmatan mereka termasuk apa-apa perkongsian Data Pelanggan melalui Perkhidmatan.
  4. Pemindahan Data.
    1. Pemindahan Data. Pelanggan bersetuju bahawa Dropbox dan Subkontraktornya boleh memindahkan Data Pelanggan dan mengakses, menggunakan, dan menyimpan Data Pelanggan di lokasi selain negara Pelanggan.
    2. Perjanjian Pemprosesan Data. Selagi Data Pelanggan tertakluk kepada Undang-undang Perlindungan Data EU dan diproses oleh Dropbox atas nama Pelanggan, Pelanggan dan Dropbox bersetuju dengan Perjanjian Pemprosesan Data. Perjanjian Pemprosesan Data hanya terpakai kepada Perkhidmatan, dan tidak terpakai kepada Perkhidmatan Beta.
    3. EU-A.S. dan Switzerland-A.S. Program Perisai Privasi. Dropbox disahkan dan mematuhi EU-A.S. dan Switzerland-A.S. Program Perisai Privasi, seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat mengenai pengumpulan, penggunaan, dan pengekalan Data Peribadi yang dipindahkan dari EEA, Switzerland, dan United Kingdom (sehingga tidak lagi menjadi sebahagian dari EEA) kepada Amerika Syarikat bergantung kepada Perisai Privasi. Jika Program Perisai Privasi tidak sah, Dropbox akan menggunakan usaha yang munasabah secara komersial untuk mematuhi mekanisme pemindahan data gantian atau pengganti.
  5. Pembayaran.
    1. Yuran. Pelanggan akan membayar Dropbox atau penjual Pelanggan semua Yuran yang berkenaan untuk Perkhidmatan, dalam mata wang yang dinyatakan dalam Borang Pesanan. Pelanggan membenarkan Dropbox, atau penjual Pelanggan, untuk mengecaj Pelanggan bagi semua Yuran yang berkenaan menggunakan kaedah pembayaran pilihan Pelanggan. Yuran tidak akan dikembalikan kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang atau seperti yang dibenarkan secara khusus dalam Perjanjian ini.
    2. Pembayaran. Pelanggan akan membayar invois kepada Dropbox mengikut jadual pembayaran seperti yang dinyatakan dalam Borang Pesanan. Dropbox boleh menggantung atau menamatkan Perkhidmatan jika Yuran tertunggak. Pelanggan akan menyediakan maklumat pengebilan dan hubungan yang lengkap dan tepat kepada Dropbox atau penjual Pelanggan.
    3. Cukai. Yuran tidak termasuk cukai dan Pelanggan bertanggungjawab ke atas semua Cukai. Dropbox, atau penjual Pelanggan, akan mengecaj Cukai apabila dikehendaki untuk berbuat demikian. Jika Pelanggan memberi Dropbox atau penjualnya sijil pengecualian cukai yang sah, Dropbox atau penjual tidak akan mengutip cukai yang dilindungi oleh sijil itu.
    4. Cukai Pegangan. Pelanggan akan membayar Dropbox atau penjualnya nilai bersih daripada sebarang Cukai Pegangan yang berkenaan. Pelanggan dan Dropbox, atau penjual Pelanggan seperti yang berkenaan, akan bekerjasama untuk mengelakkan sebarang Cukai Pegangan jika pengecualian, atau pun triti potongan kadar pegangan tersedia. Jika Dropbox atau penjual Pelanggan layak mendapat pengecualian cukai, atau triti potongan kadar pegangan, Dropbox atau penjual Pelanggan akan menyediakan Pelanggan dengan bukti dokumen yang sewajarnya. Pelanggan akan menyediakan bukti yang sewajarnya kepada Dropbox atau penjual Pelanggan bahawa ia telah membayar jumlah yang dipegang atau dipotong kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
    5. Pembaharuan Automatik dan Percubaan. JIKA AKAUN PELANGGAN DITETAPKAN KEPADA PEMBAHARUAN AUTOMATIK ATAU DALAM TEMPOH PERCUBAAN DAN PELANGGAN TELAH MEMBERIKAN KAEDAH PEMBAYARAN KEPADA DROPBOX UNTUK PERKHIDMATAN, DROPBOX (ATAU PENJUAL PELANGGAN) BOLEH MENGECAJ SECARA AUTOMATIK PADA AKHIR TEMPOH PERCUBAAN ATAUPUN UNTUK PEMBAHARUAN, MELAINKAN PELANGGAN MEMAKLUMKAN DROPBOX (ATAU PENJUAL PELANGGAN, JIKA BERKENAAN) BAHAWA PELANGGAN INGIN MEMBATALKAN ATAU MELUMPUHKAN PEMBAHARUAN AUTOMATIK. Dropbox boleh menyemak semula kadar harga Perkhidmatan dengan memberi Pelanggan notis selewat-lewatnya tiga puluh hari sebelum caj yang seterusnya.
    6. Pesanan Pembelian. Jika Pelanggan memerlukan penggunaan pesanan pembelian atau nombor pesanan pembelian, Pelanggan: (i) harus menyediakan nombor pesanan pembelian semasa pembelian; dan (ii) bersetuju bahawa mana-mana terma dan syarat dalam pesanan pembelian Pelanggan tidak akan dikenakan kepada Perjanjian ini dan adalah batal dan tidak sah. Jika Pelanggan membeli melalui penjual, sebarang terma dan syarat daripada penjual Pelanggan atau dalam pesanan pembelian antara Pelanggan dan penjualnya yang bercanggah dengan Perjanjian adalah terbatal dan tidak sah.
  6.   Penggantungan.
    1. Berkenaan Akaun Pengguna Akhir oleh Dropbox. Jika Pengguna Akhir: (a) melanggar Perjanjian ini; atau (b) menggunakan Perkhidmatan dalam cara yang dipercayai oleh Dropbox secara munasabah akan menyebabkan liabiliti, maka Dropbox boleh meminta supaya Pelanggan menggantung atau menamatkan akaun Pengguna Akhir berkenaan. Jika Pelanggan gagal untuk segera menggantung atau menamatkan akaun Pengguna Akhir, maka Dropbox boleh berbuat demikian.
    2. Kecemasan Keselamatan. Walau apa pun dalam Perjanjian ini, jika terdapat Kecemasan Keselamatan, maka Dropbox boleh menggantung penggunaan Perkhidmatan secara automatik. Dropbox akan melakukan usaha dagangan yang wajar untuk mengukur penggantungan itu dengan teliti seperti yang diperlukan untuk mengelakkan atau menamatkan Kecemasan Keselamatan.
  7. Hak Harta Intelek.
    1. Pemilikan Hak. Melainkan seperti yang dinyatakan dengan jelas di sini, Perjanjian ini tidak memberi: (a) Dropbox sebarang Hak Harta Intelek ke atas Data Pelanggan; atau (b) Pelanggan sebarang Hak Harta Intelek ke atas Perkhidmatan atau tanda dagangan dan ciri-ciri penjenamaan Dropbox.
    2. Keizinan Terhad. Pelanggan hanya memberi Dropbox hak terhad yang diperlukan sewajarnya untuk Dropbox menyediakan Perkhidmatan. Keizinan terhad ini juga dilanjutkan kepada Subkontraktor atau Subpemproses.
    3. Cadangan. Dropbox boleh menggunakan, mengubah suai, dan memasukkan ke dalam produk dan perkhidmatannya, lesen dan sublesen, sebarang maklum balas, komen, atau cadangan berkenaan Perkhidmatan yang dihantar oleh Pelanggan atau Pengguna Akhir kepada Dropbox atau yang dikirimkan dalam forum Dropbox tanpa sebarang kewajipan terhadap Pelanggan.
  8.      Tempoh.
    1. Tempoh Perjanjian. Perjanjian akan akan kekal berkuat kuasa sepanjang Tempoh.
    2. Tempoh Perkhidmatan. Dropbox akan menyampaikan Perkhidmatan kepada Pelanggan sepanjang Tempoh Perkhidmatan. Melainkan pihak-pihak bersetuju sebaliknya secara bertulis, Akaun Pengguna Akhir yang dibeli semasa mana-mana Tempoh Perkhidmatan akan mempunyai tempoh pengakhiran yang diprorata pada hari terakhir Tempoh Perkhidmatan sedia ada yang sudah wujud.
    3. Pembaharuan Automatik. Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Borang Pesanan, berikutan Tempoh Mula Perkhidmatan atau Tempoh Pembaharuan, langganan kepada Perkhidmatan akan diperbaharui secara automatik untuk Tempoh Pembaharuan, melainkan salah satu Pihak memberi pihak satu lagi notis penamatan bertulis sekurang-kurangnya tiga puluh hari dari tarikh luput tempoh Perkhidmatan semasa. Jika Pelanggan telah memberikan kaedah pembayaran kepada Dropbox untuk caj berulang seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 5.5, Pelanggan boleh memilih untuk menamatkan Perjanjian ini melalui Konsol Pentadbir sehari sebelum Tempoh Pembaharuan bermula.
  9. Penamatan.
    1. Secara umum. Mana-mana Pihak boleh menamatkan Perjanjian, termasuk semua Borang Pesanan, sekiranya: (i) Pihak satu lagi telah melanggar Perjanjian dan gagal untuk memulihkan pelanggaran tersebut dalam tempoh tiga puluh hari setelah menerima notis bertulis; atau (ii) Pihak satu lagi menghentikan operasi perniagaan mereka atau tertakluk kepada prosiding ketaksolvenan dan prosiding itu tidak diselesaikan dalam tempoh sembilan puluh hari. Dropbox boleh menamatkan Perjanjian ini dan menggantung akses Pelanggan kepada Perkhidmatan jika perlu berbuat demikian mengikut undang-undang atau disebabkan oleh pelanggaran terang-terangan oleh Pelanggan berkenaan Dasar Penggunaan Boleh Diterima.
    2. Kesan daripada Penamatan. Jika Perjanjian tamat: (a) kecuali seperti yang dinyatakan dalam Bahagian ini, hak-hak dan lesen yang diberikan oleh Dropbox kepada Pelanggan akan tamat serta-merta; (b) Pelanggan boleh, sebelum penamatan, memohon waktu tambahan yang munasabah untuk mengeksport Data Simpanan mereka, dengan syarat Dropbox boleh mengecaj Pelanggan untuk akses lanjutan ini berdasarkan yuran standard Dropbox sewaktu itu; dan (c) Dropbox akan menghapuskan sebarang Akaun dan Data Simpanan Pengguna Akhir dalam akaun Pelanggan dalam tempoh yang munasabah selepas menerima permintaan Pentadbir untuk berbuat demikian sebelum penamatan Perkhidmatan. Dropbox boleh menyediakan arahan kepada Pelanggan berkenaan cara untuk menyerahkan permintaan Pentadbir yang diterangkan dalam fasal (c) ayat sebelum ini dan Pelanggan bertanggungjawab untuk mengikuti arahan ini untuk memulakan penghapusan.
    3. Survival. Bahagian yang selanjutnya akan terus berkuat kuasa selepas peluputan atau penamatan Perjanjian: 3.3 (Permintaan Pihak Ketiga), 5 (Pembayaran), 7 (Hak Harta Intelek), 9.2 (Kesan daripada Penamatan), 9.3 (Survival), 10 (Ganti Rugi), 11 (Penafian), 12 (Pembatasan Liabiliti), 13 (Pertikaian), dan 14 (Pelbagai). Walau apa pun yang tersebut di atas, Bahagian 3.3 (Permintaan Pihak Ketiga) tidak akan berkuat kuasa selepas penamatan jika Dropbox telah menggunakan hak untuk menamatkan Perjanjian.
  10. Ganti Rugi.
    1.         Oleh Pelanggan. Pelanggan akan melindungi, membela, dan tidak memudaratkan Dropbox daripada dan terhadap semua liabiliti, kerosakan, dan kos (termasuk kos penyelesaian dan yuran guaman yang munasabah) yang timbul daripada mana-mana Tuntutan terhadap Dropbox dan Sekutu mereka berkaitan: (a) Data Pelanggan; (b) Domain Pelanggan; atau (c) penggunaan Perkhidmatan yang melanggar Perjanjian oleh Pelanggan atau Pengguna Akhir Pelanggan.
    2. Oleh Dropbox. Dropbox akan melindungi, membela, dan tidak memudaratkan Pelanggan daripada dan terhadap semua liabiliti, kerosakan, dan kos (termasuk kos penyelesaian dan yuran guaman yang munasabah) yang timbul daripada mana-mana Tuntutan terhadap Pelanggan setakat atas dasar dakwaan bahawa teknologi Dropbox yang digunakan untuk menyampaikan Perkhidmatan kepada Pelanggan melanggar atau menyalah guna sebarang hak cipta, rahsia dagangan, paten A.S., atau hak tanda dagangan pihak ketiga. Dalam apa jua keadaan sekalipun Dropbox tiada kewajipan atau liabiliti di bawah bahagian ini yang timbul daripada: (a) penggunaan mana-mana Perkhidmatan dalam bentuk yang diubah suai atau kombinasi bersama material yang tidak dibekalkan oleh Dropbox; dan (b) sebarang kandungan, maklumat, atau data yang disediakan oleh Pelanggan, Pengguna Akhir, atau pihak ketiga yang lain.
    3. Kemungkinan Pelanggaran. Jika Dropbox percaya bahawa Perkhidmatan atau Perisian melanggar atau boleh didakwa melanggar Hak Harta Intelektual pihak ketiga, maka Dropbox boleh: (a) mendapatkan hak untuk Pelanggan, atas tanggungan Dropbox, untuk terus menggunakan Perkhidmatan atau Perisian; (b) menyediakan tukar ganti kefungsian serupa yang tidak melanggar; atau (c) mengubah suai Perkhidmatan atau Perisian supaya ia tidak lagi melanggar. Jika Dropbox mendapati bahawa pilihan yang diterangkan dalam bahagian ini adalah tidak wajar dari segi dagangan, maka Dropbox boleh menggantung atau menamatkan penggunaan Pelanggan daripada Perkhidmatan atau Perisian yang terlibat, dengan pulangan yuran prabayar prorata untuk Perkhidmatan atau Perisian.
    4. Secara Umum. Pihak yang meminta ganti rugi akan segera memaklumkan pihak yang satu lagi mengenai tuntutan dan bekerjasama dengan Pihak itu dalam membela tuntutan. Pihak yang menuntut ganti rugi akan mempunyai kawalan penuh dan berkuasa ke atas pembelaan, kecuali apabila: (a) sebarang penyelesaian yang menghendaki Pihak yang menuntut ganti rugi untuk mengakui liabiliti memerlukan keizinan bertulis terlebih dahulu, tanpa ditahan atau ditangguh tanpa sebab munasabah; dan (b) Pihak satu lagi boleh menyertai pembelaan dengan peguam bela sendiri atas tanggungannya sendiri. GANTI RUGI DI ATAS ADALAH SATU-SATUNYA REMEDI DROPBOX DAN PELANGGAN DI BAWAH PERJANJIAN UNTUK PELANGGARAN OLEH SATU SAMA LAIN BERKENAAN HAK HARTA INTELEK PIHAK KETIGA.
  11. Penafian.
    1.      Secara Umum. PERKHIDMATAN DAN PERISIAN DISEDIAKAN "SEBAGAIMANA SEDIA ADA" SELUAS YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, KECUALI SEPERTI YANG DINYATAKAN DENGAN JELAS DALAM PERJANJIAN, MANA-MANA PELANGGAN ATAU DROPBOX DAN SEKUTUNYA, PEMBEKAL, DAN PENGEDAR TIDAK MEMBUAT SEBARANG JAMINAN DALAM APA JUA BENTUK, SAMA ADA NYATA, TERSIRAT, BERKANUN ATAU SEBALIKNYA, TERMASUK JAMINAN KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK PENGGUNAAN TERTENTU, ATAU KETIDAKLANGGARAN. PELANGGAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ATAU PERISIAN MENURUT TERMA YANG DINYATAKAN DAN MENYANDARKAN SEBARANG DATA YANG DISIMPAN DALAM PERKHIDMATAN.
    2. Perkhidmatan Beta.
      1. Gunakan Dalam Budi Bicara Pelanggan. Walau apa pun yang bertentangan dalam Perjanjian: (a) Pelanggan boleh memilih untuk menggunakan Perkhidmatan Beta mengikut budi bicara mutlaknya; (b) Perkhidmatan Beta mungkin tidak disokong dan boleh berubah pada bila-bila masa tanpa notis; (c) Perkhidmatan Beta mungkin tidak begitu boleh diharapkan atau tersedia seperti Perkhidmatan; (d) Perkhidmatan Beta belum tertakluk kepada Langkah-Langkah Keselamatan dan pengauditan yang sama seperti Perkhidmatan; dan (e) DROPBOX TIADA LIABILITI HASIL DARIPADA ATAU BERHUBUNG DENGAN PERKHIDMATAN BETA - GUNAKAN ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
      2. Maklum balas. Dropbox menawarkan Perkhidmatan Beta untuk mendapatkan maklum balas pengguna. Sebagai pertukaran untuk menggunakan Perkhidmatan Beta, Pelanggan Bersetuju bahawa Dropbox boleh menghubungi Pelanggan dan Pengguna Akhirnya untuk mendapatkan maklum balas mengenai Perkhidmatan Beta. Pelanggan bersetuju untuk: (i) dan dengan ini, memberikan kepada Dropbox semua hak, pangkat, dan kepentingan dalam sebarang maklum balas; dan (ii) menyediakan Dropbox apa-apa bantuan munasabah yang diperlukan untuk mendokumen dan mengekalkan hak Dropbox dalam maklum balas. Maklum balas ini mungkin termasuk ulasan lisan atau bertulis, cadangan, laporan ralat, dan analisis.
      3. Sulit. Perkhidmatan Beta adalah rahsia sehingga dilancarkan secara rasmi oleh Dropbox. Pelanggan akan mengambil langkah yang munasabah untuk menyimpan maklumat berkenaan dengan Perkhidmatan Beta yang rahsia, termasuk sekurang-kurangnya langkah-langkah yang diambil oleh Pelanggan untuk melindungi maklumat sulitnya sendiri yang serupa. Pelanggan tidak akan mendedahkan maklumat berkenaan Perkhidmatan Beta kepada mana-mana pihak ketiga dan akan menyimpan ciri-ciri dan fungsi baru secara rahsia sehingga dilancarkan secara rasmi oleh Dropbox. Pelanggan boleh mendedahkan maklumat berkenaan Perkhidmatan Beta setakat yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan jika Pelanggan memberikan notis awal Dropbox munasabah, setakat yang dibenarkan, maka Dropbox boleh berusaha untuk mencegah atau mengehadkan pendedahan itu.
  12. Pembatalan Liabiliti.
    1.     Pembatasan berkenaan Liabiliti Tidak Langsung. SELUAS YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, KECUALI UNTUK KEWAJIPAN TUNTUTAN GANTI RUGI DROPBOX ATAU PELANGGAN, MANA-MANA PELANGGAN ATAU DROPBOX DAN SEKUTU, PEMBEKAL, DAN PENGEDARNYA TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN DI BAWAH PERJANJIAN INI KE ATAS (I) KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, KHAS, TIDAK SENGAJA, SAMPINGAN, TELADAN, ATAU PUNITIF, ATAU (II) KERUGIAN PENGGUNAAN, DATA, PERNIAGAAN, PENDAPATAN, ATAU KEUNTUNGAN (DALAM SETIAP SITUASI SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK), SEKALI PUN JIKA PIHAK ITU MENGETAHUI ATAU SEPATUTNYA MENGETAHUI BAHAWA KEROSAKAN SEPERTI ITU BOLEH TERJADI DAN SEKALI PUN JIKA REMEDI GAGAL MEMENUHI TUJUAN ASALNYA.
    2.       Pembatasan berkenaan Jumlah Liabiliti. SELUAS YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, LIABILITI AGREGAT DROPBOX DI BAWAH PERJANJIAN INI TIDAK AKAN MELEBIHI KURANG DARIPADA $100,000 ATAU JUMLAH YANG DIBAYAR OLEH PELANGGAN KEPADA DROPBOX DALAM TEMPOH DUA BELAS BULAN SEBELUM TERJADINYA PERISTIWA YANG MENIMBULKAN LIABILITI.
  13. Pertikaian.
    1.         Penyelesaian Tidak Formal. Sebelum menfailkan tuntutan, setiap Pihak bersetuju untuk cuba menyelesaikan pertikaian dengan menghubungi Pihak yang lain melalui prosedur notis dalam Bahagian 14.6. Jika pertikaian tidak diselesaikan dalam tempoh tiga puluh hari daripada notis, Pelanggan atau Dropbox boleh membawa prosiding rasmi.
    2. Timbang tara. Pelanggan dan Dropbox bersetuju untuk menyelesaikan sebarang tuntutan berkaitan dengan Perjanjian atau Perkhidmatan melalui timbang tara muktamad dan terikat, kecuali seperti yang dinyatakan di bawah. American Arbitration Association (AAA) akan melaksanakan timbang tara di bawah Commercial Arbitration Rules mereka. Timbang tara ini akan diadakan di San Francisco (CA), atau mana-mana lokasi lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak secara bertulis.
    3. Pengecualian terhadap Timbang Tara. Mana-mana Pihak boleh membawa tuntutan mahkamah di mahkamah persekutuan atau wilayah San Francisco County, California semata-mata demi relief injunksi untuk menghentikan penggunaan tidak bertauliah atau penyalahgunaan Perkhidmatan atau pelanggaran Hak Harta Intelek tanpa terlebih dahulu terlibat dalam proses notis pertikaian tidak rasmi seperti yang diterangkan di atas. Kedua-dua Pelanggan dan Dropbox bersetuju dengan tempat dan bidang kuasa peribadi di sana.
    4. TIADA TUNTUTAN KUMPULAN. Pelanggan hanya boleh menyelesaikan pertikaian dengan Dropbox atas dasar individu dan tidak akan membawa tuntutan dalam kumpulan, gabungan, atau tuntutan berwakil. Timbang tara kumpulan, tuntutan kumpulan, tuntutan peguam negara secara sulit, dan gabungan dengan timbang tara yang lain tidak dibenarkan.
  14. Pelbagai.
    1. Pengubahsuaian Terma. Dropbox boleh menyemak Perjanjian ini dari masa ke semasa dan versi terkini akan sentiasa disiarkan di laman web Dropbox Business. Jika semakan, mengikut budi bicara Dropbox, adalah material, Dropbox akan memaklumkan Pelanggan (dengan, sebagai contoh, menghantar e-mel kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun berkenaan). Semakan lain mungkin akan disiarkan di blog Dropbox atau halaman terma, dan Pelanggan bertanggungjawab untuk menyemak kiriman-kiriman ini dengan kerap. Dengan meneruskan akses atau menggunakan Perkhidmatan selepas semakan berkuat kuasa, Pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian yang disemak semula. Jika Pelanggan tidak bersetuju dengan terma Perjanjian yang disemak semula, Pelanggan boleh menamatkan Perkhidmatan dalam tempoh tiga puluh hari selepas penerimaan notis perubahan
    2. Keseluruhan Perjanjian. Perjanjian akan menggantikan sebarang perjanjian atau persefahaman sebelum ini antara Pihak-pihak, dan membentuk keseluruhan perjanjian antara Pihak-pihak berkaitan dengan isi kandungan ini. Semua lampiran untuk Perjanjian Perniagaan ini, Perjanjian Pemprosesan Data, Invois Pelanggan, dan Borang Pesanan yang dilaksanakan oleh Pihak-pihak, dengan ini dimasukkan ke dalam Perjanjian oleh rujukan ini.
    3. Pentakrifan Terma yang Bercanggah. Jika terdapat percanggahan antara dokumen yang membentuk Perjanjian Perniagaan, dokumen ini akan mempunyai kuasa mengikut turutan yang berikut: invois, Addenda Perkhidmatan, Borang Pesanan, Perjanjian. Terma dan syarat Perjanjian akan dianggap sebagai maklumat sulit Dropbox, dan Pelanggan tidak akan mendedahkan maklumat ini kepada mana-mana pihak ketiga. Pelanggan bersetuju bahawa sebarang terma dan syarat dalam pesanan pembelian Pelanggan tidak akan diguna pakai dalam Perjanjian dan terbatal dan tidak sah. Jika Pengguna Akhir dikehendaki untuk mengklik lalu terma perkhidmatan untuk menggunakan Perkhidmatan, terma yang diklik lalu adalah subordinat kepada Perjanjian dan Perjanjian akan mengawal jika terdapat percanggahan.
    4. Undang-undang Pentadbiran. PERJANJIAN INI AKAN DITADBIR OLEH UNDANG-UNDANG CALIFORNIA KECUALI JIKA BERCANGGAH DENGAN PRINSIP UNDANG-UNDANG.
    5. Kebolehasingan. Peruntukan yang tidak boleh dikuatkuasakan akan diubah suai untuk menggambarkan niat pihak-pihak dan hanya untuk setakat yang diperlukan untuk menjadikannya boleh dikuatkuasakan, dan peruntukan selebihnya daripada Perjanjian ini akan kekal berkuat kuasa.
    6. Notis. Notis mestilah dihantar melalui e-mel, mel udara kelas pertama, atau kurier semalaman dan akan dianggap telah dihantar setelah diterima. Notis kepada Pelanggan juga boleh dihantar kepada alamat e-mel akaun yang berkenaan dan akan dianggap telah diterima setelah dihantar. Notis kepada Dropbox mestilah dihantar kepada Dropbox Legal di contractnotices@dropbox.com, dengan satu salinan kepada Dropbox, Inc., P.O. Box 77767, San Francisco, CA 94107, attn.: Legal Department.
    7. Penepian. Penepian bagi sebarang kelalaian bukanlah penepian bagi kelalaian yang berikutnya.
    8. Penyerahan. Pelanggan tidak boleh menyerahkan atau memindahkan Perjanjian atau sebarang hak atau kewajipan di bawah Perjanjian tanpa kebenaran bertulis daripada Dropbox, kecuali Pelanggan boleh memberikan Perjanjian kepada entiti yang masih hidup berkaitan dengan penggabungan, pengambilalihan, atau penjualan semua atau sebahagian besarnya semua asetnya dengan memberikan notis bertulis kepada Dropbox. Dropbox tidak boleh menyerahkan Perjanjian tanpa memberikan notis kepada Pelanggan, kecuali Dropbox boleh menyerahkan Perjanjian atau sebarang hak atau kewajipan di bawah Perjanjian kepada Sekutu atau yang berhubung dengan penggabungan, pengambilalihan, rombakan semula organisasi, atau penjualan semua atau hampir semua asetnya tanpa memberikan notis. Sebarang cubaan lain untuk memindah atau menyerahkan adalah tidak sah.
    9. Tiada Agensi. Dropbox dan Pelanggan bukanlah rakan kongsi atau ejen yang sah, tetapi merupakan kontraktor bebas.
    10. Subkontrak. Dropbox akan kekal bertanggungjawab ke atas semua tindakan atau kelalaian Subkontaktor atau Subpemproses miliknya, dan ke atas sebarang kewajipan yang disubkontrakkan.
    11. Force Majeure. Kecuali atas kewajipan pembayaran, mana-mana Dropbox atau Pelanggan tidak akan bertanggungjawab ke atas prestasi yang tidak memuaskan setakat yang disebabkan oleh keadaan di luar kawalan munasabah mana-mana Pihak (sebagai contoh, malapetaka semula jadi, peperangan atau keganasan, rusuhan, mogok buruh, tindakan kerajaan, dan gangguan Internet).
    12. Tiada Waris Pihak Ketiga. Tiada waris pihak ketiga dalam Perjanjian ini. Tanpa membataskan bahagian ini, seorang Pengguna Akhir Pelanggan bukanlah waris pihak ketiga kepada hak Pelanggan di bawah Perjanjian.
  15. Pentakrifan.
    • "Dasar Penggunaan Boleh Diterima" bermakna dasar penggunaan boleh diterima Dropbox yang dinyatakan di pautan yang berikut, atau pautan lain yang disediakan oleh Dropbox: https://www.dropbox.com/terms#acceptable_use.
    • "Data Akaun" bermakna maklumat akaun dan hubungan yang diserahkan kepada Perkhidmatan oleh Pelanggan atau Pengguna Akhir.
    • "Pentadbir" bermakna Pengguna Akhir teknikal yang ditetapkan oleh Pelanggan yang mentadbir Perkhidmatan untuk Pengguna Akhir bagi pihak Pelanggan melalui pelbagai peringkat.
    • "Akaun Pentadbir" bermakna akaun pentadbiran yang disediakan kepada Pelanggan oleh Dropbox untuk tujuan mentadbir Perkhidmatan.
    • "Konsol Pentadbir" bermakna alat dalam talian yang disediakan oleh Dropbox kepada Pelanggan untuk digunakan dalam mentadbir Perkhidmatan.
    • "Sekutu" bermakna mana-mana entiti yang mengawal, dikawal oleh, atau di bawah kawalan bersama dengan satu Pihak, di mana "kawalan" bermaksud keupayaan untuk mengarahkan pengurusan dan dasar sesebuah entiti.
    • "Perjanjian" bermaksud, secara kolektifnya, Perjanjian Perniagaan ini setiap Borang Pesanan yang berkenaan, Perjanjian Pemprosesan Data dan jika berkenaan, Perjanjian Gabungan Perniagaan HIPAA dan sebarang Addenda Perkhidmatan yang dimeterai oleh Pihak-Pihak.
    • "Perkhidmatan Beta" bermakna perkhidmatan atau ciri-ciri yang dikenali sebagai alpha, beta, pratonton, akses awal, atau penilaian, atau perkataan atau frasa dengan maksud yang serupa.
    • "Tuntutan" bermakna tuntutan oleh pihak ketiga, termasuk denda kawal selia.
    • "Data Pelanggan" bermakna Data yang Disimpan, Data Akaun, dan mesej, komen, data berstruktur, imej, dan kandungan lain yang diserahkan kepada Perkhidmatan oleh Pelanggan atau Pengguna Akhir.
    • "Domain Pelanggan" bermaksud nama domain Internet Pelanggan.
    • "Perjanjian Pemprosesan Data" bermakna perjanjian dengan Dropbox berkaitan dengan pematuhan Undang-undang Perlindungan Data EU yang dinyatakan di pautan berikut: https://assets.dropbox.com/documents/en/legal/dfb-data-processing-agreement.pdf atau pautan lain yang mungkin disediakan oleh Dropbox.
    • "EEA" bermaksud Kawasan Ekonomi Eropah.
    • "Tarikh Kuat Kuasa" bermakna tarikh Perjanjian ini diterima oleh Pelanggan.
    • "Pengguna Akhir" bermakna pengguna akaun Perkhidmatan Pelanggan. Pengguna Akhir boleh merangkumi kakitangan dan perunding Pelanggan dan Sekutunya.
    • "Akaun Pengguna Akhir" bermakna akaun yang dihos oleh Dropbox yang diwujudkan oleh Pelanggan melalui Perkhidmatan untuk Pengguna Akhir.
    • "Undang-undang Perlindungan Data EU" bermakna, setakat mana yang berkuat kuasa dan berkenaan dari masa ke masa, undang-undang yang melaksanakan Akta Perlindungan Data Peribadi EU (2016/679) dan mana-mana undang-undang terlaksana di setiap negara anggota EU.
    • "EU-US Privacy Shield Program" bermakna rangka kerja EU-US Privacy Shield Program dan prinsipnya seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Perdagangan AS dan Suruhanjaya Eropah berkenaan dengan pengumpulan, penggunaan, dan pemegangan data peribadi dari negara anggota EU.
    • "Ciri Terkecuali"bermakna atau perkhidmatan atau ciri-ciri yang disenaraikan di sini https://assets.dropbox.com/documents/en-us/legal/dfb-services-exceptions.pdf, yang mana senarai boleh dikemas kini dari masa ke semasa oleh Dropbox, dengan syarat ciri-ciri bukan Beta yang digabungkan ke dalam Perkhidmatan bermula dari Tarikh Kuat Kuasa tidak akan dialihkan kepada senarai Ciri Terkecuali sepanjang Tempoh.
    • "Undang-undang Kawalan Eksport" bermakna semua undang-undang dan peraturan kawalan eksport dan eksport semula yang berkenaan, termasuk Export Administration Regulations ("EAR") yang diselia oleh Jabatan Perdagangan A.S., sekatan dagangan dan ekonomi yang diselia oleh Treasury Department's Office of Foreign Assets Control, dan International Traffic in Arms Regulations ("ITAR") yang diselia oleh Department of State.
    • "Yuran" bermakna jumlah yang diinvois kepada Pelanggan oleh Dropbox untuk Perkhidmatan.
    • "Perjanjian Bersekutu Perniagaan HIPAA" bermaksud perjanjian antara Pelanggan dan Dropbox yang memperincikan kewajipan Pihak masing-masing mengenai "Maklumat Kesihatan Dilindungi" di bawah Peraturan Privasi HIPAA (45 C.F.R. Seksyen 164.051).
    • "Tempoh Mula Perkhidmatan" bermakna tempoh bagi Perkhidmatan yang berkenaan bermula pada Tarikh Peruntukan dan berterusan sepanjang tempoh yang dinyatakan dalam Borang Pesanan.
    • "Hak Harta Intelektual" bermakna hak sedunia semasa dan akan datang di bawah paten, hak cipta, rahsia dagangan, tanda dagangan, hak moral, dan hak-hak lain yang serupa.
    • "Borang Pesanan" bermakna dokumen pemesanan, atau halaman pesanan, untuk Perkhidmatan.
    • "Data Peribadi" "Proses," dan "Memproses" mempunyai maksud di sebalik terma dalam Undang-undang Perlindungan Data EU.
    • "Tarikh Peruntukan" adalah tarikh Dropbox menyediakan Perkhidmatan kepada Pelanggan.
    • "Tempoh Pembaharuan" bermakna, melainkan dipersetujui dalam tempoh lain secara bertulis oleh Pihak-pihak, tempoh pembaharuan dua belas bulan berikutan sama ada Tempoh Mula Perkhidmatan ataupun Tempoh Pembaharuan sebelumnya. Tempoh Pembaharuan dinyatakan dalam Borang Pesanan.
    • "Kecemasan Keselamatan" bermakna: (i) penggunaan Perkhidmatan yang mengganggu atau boleh mengganggu Perkhidmatan, penggunaan Perkhidmatan oleh pelanggan lain, atau infrastruktur yang digunakan untuk menyampaikan Perkhidmatan; atau (ii) akses tidak bertauliah oleh pihak ketiga kepada Perkhidmatan.
    • "Langkah-langkah Keselamatan" bermakna langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang diterangkan di https://assets.dropbox.com/documents/en/legal/security-measures.pdf atau pautan lain yang mungkin disediakan oleh Dropbox.
    • "Perkhidmatan" bermakna perkhidmatan yang dipesan oleh Pelanggan. pada Borang Pesanan. Jika Pelanggan memesan Dropbox Business, Perkhidmatan diterangkan di https://www.dropbox.com/business/plans-comparison, atau pautan lain yang mungkin disediakan oleh Dropbox. Sebarang Perkhidmatan lain akan dirujuk dalam Borang Pesanan yang berkenaan.
    • "Addendum Perkhidmatan" bermaksud dokumen yang dilampirkan kepada Borang Pesanan yang menyenaraikan Perkhidmatan tertentu dan termasuk terma dan syarat yang khusus kepada Perkhidmatan tersebut.
    • "Tempoh Perkhidmatan"bermakna Tempoh Mula Perkhidmatan dan semua Terma Pembaharuan untuk Perkhidmatan yang berkenaan.
    • "Perkhidmatan"bermaksud kadar, storan, Pengguna Akhir atau had lain ke atas Pelanggan menggunakan Perkhidmatan seperti yang diterangkan dalam Borang Pesanan yang berkenaan.
    • "Perisian" bermakna perisian klien yang disediakan sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan sama ada secara langsung oleh Dropbox atau melalui saluran pengedaran pihak ketiga seperti kedai aplikasi.
    • "Data yang Disimpan" bermakna fail yang dimuat naik ke Perkhidmatan menggunakan Perisian oleh Pelanggan atau Pengguna Akhir.
    • "Subkontraktor" bermakna entiti yang disubkontrakkan sebarang kewajipannya oleh Dropbox di bawah Perjanjian.
    • "Subpemproses" bermakna entiti yang bersetuju untuk Memproses Data Pelanggan bagi pihak Dropbox, atau bagi pihak subpemproses Dropbox yang lain, bagi menyampaikan Perkhidmatan.
    • "Cukai" bermakna sebarang cukai jualan, guna, nilai tambah, barangan dan perkhidmatan, penggunaan, eksais, setem tempatan, atau cukai lain, (termasuk tetapi tidak terhad kepada ISS, CIDE, PIS, CONFINS), duti atau caj lain dalam apa jua bentuk atau sifat tidak termasuk cukai berdasarkan pendapatan bersih Dropbox, yang berkaitan dengan Perkhidmatan atau Perisian, termasuk sebarang penalti atau faedah yang berkaitan.
    • "Tempoh" bermakna tempoh Perjanjian, yang akan bermula pada Tarikh Kuat Kuasa dan diteruskan sehingga yang mana lebih awal: (i) penghujung Tempoh Perkhidmatan yang berkenaan; atau (ii) Perjanjian ditamatkan seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini.
    • "Permintaan Pihak Ketiga" bermakna permintaan daripada pihak ketiga untuk rekod berkenaan dengan penggunaan Perkhidmatan oleh Pengguna Akhir termasuk maklumat dalam atau daripada Akaun Pengguna Akhir, atau daripada akaun Perkhidmatan milik Pelanggan. Permintaan Pihak Ketiga boleh termasuk waran geledah yang sahih, perintah mahkamah, atau sepina, atau mana-mana permintaan lain di mana terdapat kebenaran bertulis daripada Pengguna Akhir, ataupun wakil bertauliah Pengguna Akhir, yang membenarkan pendedahan.
    • "Cukai Pegangan" bermakna sebarang cukai pendapatan yang dikenakan ke atas Dropbox atau penjual Pelanggan di mana Pelanggan dikehendaki oleh undang-undang untuk memegang atau memotong pembayaran kepada Dropbox atau penjual Pelanggan.

Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.

Dasar DMCA Dropbox

Dropbox (“Dropbox”) menghormati hak milik intelektual orang lain dan menghendaki penggunanya untuk melakukan yang sama. Selaras dengan Digital Millennium Copyright Act bagi tahun 1998, yang mana teksnya boleh didapati di laman web Pejabat Hak Cipta A.S. di http://www.copyright.gov/legislation/dmca.pdf, Dropbox akan memberi respons dengan pantas terhadap dakwaan pelanggaran hak cipta yang dilakukan menggunakan perkhidmatan Dropbox dan/atau laman web Dropbox (“Tapak”) jika dakwaan tersebut dilaporkan kepada Ejen Hak Cipta Khusus Dropbox yang dikenal pasti dalam notis contoh di bawah.

Jika anda adalah pemilik hak cipta, dibenarkan untuk bertindak bagi pihak pemilik, atau dibenarkan untuk bertindak di bawah sebarang hak eksklusif di bawah hak cipta, sila laporkan dakwaan pelanggaran hak cipta yang berlaku pada atau melalui Tapak dengan melengkapkan Notis Dakwaan Pelanggaran DMCA berikut dan menghantarkannya ke Ejen Hak Cipta Khusus Dropbox. Selepas menerima Notis seperti yang diterangkan di bawah, Dropbox akan mengambil apa-apa tindakan, mengikut budi bicaranya sendiri, yang dianggap sesuai, termasuk pembuangan kandungan yang dicabar daripada Tapak.

Notis Dakwaan Pelanggaran DMCA ("Notis")

  1. Kenal pasti karya hak cipta yang anda dakwa telah dilanggar, atau - jika karya berhak cipta telah diliputi oleh Notis ini - anda boleh memberi senarai wakil karya berhak cipta yang anda dakwa telah dilanggar.

  2. Kenal pasti bahan atau pautan yang anda dakwa melanggar (atau menjadi bahan bagi aktiviti yang melanggar) dan yang akses kepadanya telah dinyahdayakan, termasuk pada minimum, jika berkenaan, URL pautan yang dipaparkan di Tapak atau lokasi sebenarnya di mana bahan tersebut boleh didapati.

  3. Berikan ahli gabungan syarikat anda (jika berkenaan), alamat mel, nombor telefon, dan, jika ada, alamat e-mel.

  4. Masukkan kedua-dua pernyataan yang berikut dalam isi Notis itu:
    • “I hereby state that I have a good faith belief that the disputed use of the copyrighted material is not authorized by the copyright owner, its agent, or the law (e.g., as a fair use).” (“Saya dengan ini menyatakan bahawa saya mempunyai kepercayaan dengan niat baik bahawa pertikaian penggunaan bahan hak cipta tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta, ejennya, atau undang-undang (contohnya, sebagai penggunaan yang adil).”)

    • “I hereby state that the information in this Notice is accurate and, under penalty of perjury, that I am the owner, or authorized to act on behalf of, the owner, of the copyright or of an exclusive right under the copyright that is allegedly infringed.” (“Saya dengan ini menyatakan bahawa maklumat dalam Notis ini adalah tepat dan, di bawah hukuman sumpah bohong, bahawa saya merupakan pemilik, atau diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik, hak cipta atau hak eksklusif di bawah hak cipta yang didakwa telah dilanggar.”)

  5. Berikan nama penuh anda yang sah dan tandatangan elektronik atau fizikal anda.

Hantarkan Notis ini, dengan semua item dilengkapkan, kepada Ejen Hak Cipta Khusus Dropbox:

Copyright Agent
Dropbox Inc.
333 Brannan Street
San Francisco, CA 94107

Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.

Dasar Penggunaan Dropbox Yang Boleh Diterima

Dropbox digunakan oleh jutaan orang, dan kami berbangga dengan kepercayaan yang diberikan kepada kami. Sebagai balasan, kami percaya anda menggunakan perkhidmatan kami dengan penuh tanggungjawab.

Anda bersetuju untuk tidak menyalahgunakan perkhidmatan Dropbox ("Perkhidmatan") atau membantu orang lain untuk berbuat demikian. Sebagai contoh, anda tidak boleh cuba melakukan mana-mana yang berikut berhubung dengan Perkhidmatan:

  • menyiasat, mengimbas atau menguji kerentanan mana-mana sistem atau rangkaian, melainkan ia dilakukan dengan mematuhi Program Bug Bounty kami;
  • pelanggaran atau sebaliknya memintasi sebarang langkah keselamatan atau pengesahan;
  • mengakses, mengusik, atau menggunakan kawasan atau bahagian Perkhidmatan yang bukan untuk umum, atau kawasan Perkhidmatan kongsian yang anda tidak diundang;
  • mengganggu atau mengendalakan sebarang pengguna, hos, atau rangkaian, sebagai contoh dengan menghantar virus, pemuatan yang berlebihan, pembanjiran, penspaman, atau pengeboman mel pada mana-mana bahagian Perkhidmatan;
  • mengakses, mencari, atau mencipta akaun untuk Perkhidmatan dengan sebarang cara lain daripada antara muka kami yang disokong secara awam (contohnya, "mengikis" atau mencipta akaun secara pukal);
  • menghantar komunikasi yang tidak diminta, promosi atau iklan, atau spam;
  • menghantar maklumat yang diubah, memperdaya atau kenal pasti bersumber palsu, termasuk "spoofing" atau "phishing";
  • menggalakkan atau mengiklankan produk atau perkhidmatan selain milik anda sendiri tanpa pengesahan yang sewajarnya;
  • menyalahgunakan rujukan atau promosi untuk mendapatkan lebih banyak ruang simpanan daripada yang berhak diterima;
  • memintas had ruang simpanan;
  • menjual Perkhidmatan melainkan dibenarkan untuk berbuat demikian;
  • menyiar atau berkongsi bahan-bahan lucah atau tidak senonoh yang melanggar undang-undang, ataupun yang mengandungi aksi keganasan melampau atau aktiviti pengganas, termasuk propaganda keganasan;
  • menyaran ketaksuban atau kebencian terhadap mana-mana orang atau sekumpulan orang berdasarkan bangsa, agama, etnik, jantina, identiti jantina, kecenderungan seksual, kehilangan upaya atau kecacatan mereka;
  • menganiayai atau menyalahgunakan kakitangan atau wakil atau ejen Dropbox yang sedang melaksanakan perkhidmatan bagi pihak Dropbox;
  • melanggar undang-undang dalam apa jua cara, termasuk menyimpan, menyiar atau berkongsi bahan yang palsu, fitnah, atau mengelirukan; atau
  • melanggar privasi atau melanggar hak orang lain.