Langkau ke kandungan utama

5 tip untuk bekerja dari rumah dengan berkesan

Bacaan 5 min

27 Okt 2024

Cara bekerja dari rumah dengan berkesan

Menjadi pekerja jarak jauh mungkin diimpikan oleh kebanyakan orang—tidak perlu ulang-alik, waktu mula yang lebih lewat dan bebas berpakaian. Tetapi hari kerja yang santai dan fleksibel ini mempunyai kesukaran yang tersendiri.

Bekerja dari rumah, walaupun anda tidak terfikir, ialah satu kemahiran. Anda perlu mencari keseimbangan yang sesuai untuk memanfaatkan diri anda dan pasukan anda sepenuhnya—itu bermakna, tidak wujud istilah anda bangun tidur dua minit sebelum jam 9 pagi dan terbiasa dengan memakai baju tidur anda sepanjang hari.

Menjatuhkan standard anda dalam hal ini boleh menjejaskan keseluruhan set minda kerja anda, dan walaupun persekitaran anda mungkin berbeza, anda mahu memastikan sikap kerja keras anda kekal utuh.

Bekerja dari rumah pada masa kini ialah cabaran yang unik—anda tidak menerima hubungan bersemuka yang sama dengan pasukan anda seperti yang anda lakukan jika anda berada di pejabat. Jangan anggap hal itu sebagai satu perkara negatif,—anda tetap boleh menjadi pasukan kolaboratif sepenuhnya tanpa memerlukan kehadiran fizikal masing-masing.

Tingkatkan produktiviti dan kerjasama dengan Dropbox

Peroleh ganjaran daripada bekerja dari jauh. Alat kami membantu anda kekal berhubung, selamat dan teratur dari mana-mana sahaja.

Seorang individu bekerja di meja dengan komputer riba dan buku nota, di rumah, mewakili persediaan kerja dari rumah yang berkesan.

Adakah bekerja dari rumah benar-benar berkesan?

Tanggapan oleh syarikat anda, atau mana-mana syarikat, mengenai bekerja dari jauh kemungkinan besar disebabkan oleh cara kita semua biasa bekerja. Kebijaksanaan konvensional menunjukkan bahawa kehadiran ke pejabat pada pukul lapan pagi membawa kepada hari kerja yang berjaya, jadi mengapa membuang masa?

Terdapat banyak sebab pengurus atau penyelia berasa mereka perlu takut pada kerja dari jauh. Jika pasukan anda sedang membincangkan isu ini, pertimbangkan kebimbangan berikut dan cara penyelesaian isu ini:

 

Kebimbangan 1: Kita tidak boleh berkongsi fail dengan selamat di luar pejabat

Dengan perkongsian fail selamat melalui Dropbox, anda boleh melakukannya. Akaun dan fail anda disimpan dengan selamat dan terjamin, dengan berbilang lapisan keselamatan. Akses yang tidak sah dihentikan dan anda boleh melaraskan tetapan keselamatan anda agar sesuai dengan anda dan pasukan anda, termasuk penggunaan pengesahan berbilang faktor.

Selain itu, anda boleh mengakses fail anda menggunakan PC, web, peranti mudah alih atau aplikasi pihak ketiga yang disambungkan. Jadi walaupun pasukan anda tidak mempunyai stesen kerja di pejabat, Dropbox tetap memastikan mereka kekal berhubung.

Konsol pentadbir Dropbox dengan kekuatan kata laluan, verifikasi dua langkah, tetapan penyulitan dan pemantauan untuk kandungan yang dikongsikan.

Tip teratas untuk bekerja jarak jauh

Yakin untuk memulakan kerja dari rumah? Berikut ialah beberapa tip untuk melakukannya dengan betul.

 

1. Jangan terlalu banyak melakukan perubahan

Itu bermakna, menetapkan masa bangun yang sama. Tidur ialah komponen yang amat penting dalam keseluruhan kesihatan dan kecergasan mental kita, jadi jika anda menukar set masa tidur jam 11 malam dengan mana-mana masa antara 1–3 pagi, kesan buruk akan dapat dilihat dengan segera. 

Sasarkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam tidur malam dan jangan cuba menetapkan penggera lebih lewat. Sebaik sahaja anda mula membuat peruntukan untuk perkara yang otak anda kaitkan dengan tingkah laku hujung minggu, itulah saatnya anda mula memutuskan sambungan daripada set minda kerja yang telah anda asah selama bertahun-tahun dan semua tabiat kerja penting itu mula menghilang.

 

2. Kekalkan etika berpakaian anda

Apa-apa pun alasannya, cuba berpakaian seperti anda mahu ke tempat kerja. Kebanyakan pejabat moden sangat santai tentang hal ini, jadi pakailah jean yang selesa dan kemeja-T kegemaran anda yang membuatkan anda selesa.

Keadaan selesa seperti itu turut bermakna yang anda melitupi diri anda secara fizikal dengan pakaian yang mengaitkan anda dengan keadaan santai, bukan kerja keras. Pendek kata, memakai pakaian "kerja"—walaupun pakaian kasual—boleh membantu anda berada dalam set minda yang betul untuk melakukan kerja. Anda akan kagum apabila melihat perbezaan yang terjadi disebabkan oleh pemilihan pakaian anda.

 

3. Cipta rutin berulang-alik

Tiada orang suka berulang-alik, tetapi ulang-alik berfungsi sebagai saat penting dalam hari anda. Walaupun mungkin tidak menyenangkan, perjalanan yang lama dengan kereta api atau bas memberikan perbezaan yang jelas antara kehidupan kerja dengan kehidupan di rumah.

Beri diri anda masa untuk menetapkan minda anda. Jika anda sentiasa mendengar muzik ketika berulang-alik, nikmati beberapa lagu selama 15 minit. Jika anda sentiasa membaca buku ketika dalam perjalanan, baca satu bab baharu. Semuanya berkaitan psikologi untuk menyediakan diri anda agar dapat melakukan kerja yang terbaik.

Jangan lupa untuk kekal aktif dan keluar dari ruang kerja—hanya kerana pejabat sudah tiada, bukan bermakna dunia juga sudah tiada. Mulakan dan akhiri hari anda dengan berjalan-jalan seolah-olah berulang-alik, juga untuk membantu anda mengosongkan minda dan bersedia untuk hari itu atau mula mengakhiri hari anda.

 

4. Cuba pendekatan baharu

Salah satu aspek yang paling sukar apabila bekerja dari jauh adalah untuk menzahirkan tabiat kerja pejabat tradisional anda kepada persekitaran rumah anda, tetapi mengapa hadkan diri anda melakukan perkara yang selalu anda buat? Bercakap dengan pasukan anda, fikirkan cara yang terbaik untuk semua orang dan lihat perubahan yang boleh anda buat untuk bekerjasama dengan lebih baik walaupun berjauhan. Jika anda juga ingin menjadi sebuah syarikat yang mengamalkan kerja dari jauh sepenuhnya, anda perlu ingat bahawa pasukan teras seperti sumber manusia dan kewangan perlu dihubungkan dengan mudah kepada semua pekerja juga, jadi pastikan komunikasi seluruh syarikat kekal lancar.

Anda juga perlu mematikan pemberitahuan berkaitan kerja sebaik sahaja kerja anda selesai untuk hari itu. Kadangkala, pekerja berasa tertekan untuk menggunakan pendekatan komunikasi yang sentiasa aktif semasa bekerja dari rumah. Tetapi strategi seluruh syarikat seperti mesyuarat tidak serentak boleh memastikan pekerja jarak jauh tidak berasa seolah-olah mereka perlu membalas mesej di luar waktu kerja.

 

5. Berhubung dengan rakan sekerja anda

Zoom, Slack (kedua-dua integrasi Dropbox), persidangan video, atau panggilan telefon gaya lama—tiada sebab anda tidak boleh kekal berhubung dengan pasukan anda hanya kerana anda tidak berada di dalam bilik yang sama.

Selain itu, apabila anda bekerja dan fokus, anda tidak banyak bercakap. Sama ada pejabat anda melaksanakan kerja dari jauh atau tidak, anda hendaklah sentiasa memasang perisian pemesejan segera untuk membolehkan pasukan anda dapat berinteraksi tanpa perlu ke hulur ke hilir di pejabat.

Bolehkah kerja jarak jauh memberikan manfaat pada pasukan?

Perubahan pemandangan tidak sesekali menyukarkan sesiapa. Kefleksibelan yang ditawarkan oleh bekerja dari jauh—iaitu, membolehkan anda menempah tukang paip ketika waktu makan tengah hari anda atau pergi bertemu doktor gigi untuk janji temu tengah hari—juga boleh meningkatkan kepuasan pekerja dan budaya syarikat dengan ketara.

Bukan itu sahaja, hampir separuh daripada pekerja mengatakan keupayaan untuk bekerja dari jauh—sama ada sepenuh masa atau separuh masa—berada dalam kedudukan atas dalam senarai perkara yang diperlukan oleh mereka apabila mereka mencari kerja. Jadi dengan menawarkan peluang bekerja dari rumah dan untuk pekerja mempunyai keseimbangan antara kerja dengan kehidupan yang baik, anda juga akan menarik bakat baharu.

Untuk menjadikan kerja dari rumah lebih berkesan, anda memerlukan perisian yang betul. Dropbox menyediakan set lengkap alat produktiviti dan kerjasama untuk membantu anda dan pasukan anda bekerja dengan baik—di mana-mana sahaja anda berada. Daripada akaun pasukan dan peribadi yang berasingan untuk membezakan fail “kerja” daripada fail “kehidupan” anda, hingga semakan video berasaskan pelayar—Dropbox mempunyai segala yang anda perlukan untuk bekerja dari rumah dengan berjaya.

Terokai sumber berkaitan

Empat rakan sekerja—dua orang duduk, dua orang berdiri—bekerjasama menggunakan komputer riba dan tablet untuk suatu projek.

Benarkah penyuntingan masa nyata dapat meningkatkan produktiviti dan kerjasama?

Penyuntingan langsung dapat menambahkan dimensi baharu untuk projek pasukan anda. Daripada meningkatkan kerjasama hingga meningkatkan produktiviti, ketahui cara penyuntingan langsung boleh membuka potensi pasukan anda.

Seorang individu bersambung kepada VPN melalui komputer ribanya.

Apakah itu VPN dan bagaimanakah VPN berfungsi? Semua yang perlu anda ketahui

Memastikan anda, keluarga dan perniagaan anda selamat dalam talian menjadi semakin penting setiap hari. Ketahui maksud VPN, cara VPN melindungi aktiviti anda dalam talian dan memastikan pelayaran dalam talian selamat. 

Seorang remaja menunjukkan telefon mudah alihnya kepada datuk dan neneknya.

Apakah itu pengkomputeran awan dan bagaimanakah pengkomputeran awan berfungsi?

Kebanyakan orang kini sudah biasa dengan "awan", tetapi apakah maksud awan? Ketahui maksud pengkomputeran awan dan kepentingan pengkomputeran awan untuk perniagaan dan juga untuk individu.