Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja dan versi bahasa Inggeris akan digunakan sekiranya terdapat apa-apa percanggahan, dengan syarat apa-apa kesilapan dalam penterjemahan tidak akan ditafsirkan dengan cara yang merugikan pengguna.
Terma Perkhidmatan Dropbox
Disiarkan: 29 Oktober 2021
Berkuat kuasa: 14 Januari 2022
Terima kasih kerana menggunakan Dropbox! Misi kami ialah untuk mencipta cara kerja yang lebih terbuka dengan menyediakan pelantar yang intuitif dan tersepadu untuk memastikan kandungan anda selamat dan boleh diakses, sambil membantu anda dan orang yang bekerja bersama anda kekal teratur dan selaras. Terma perkhidmatan ini (“Terma”) merangkumi penggunaan dan akses anda kepada perkhidmatan, perisian klien dan laman web ("Perkhidmatan") kami. Jika anda menetap di luar Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico (“Amerika Utara”) perjanjian anda adalah dengan Dropbox International Unlimited Company. Jika anda menetap di Amerika Utara, perjanjian anda adalah dengan Dropbox, Inc. Dasar Privasi kami menerangkan cara kami mengumpulkan dan menggunakan maklumat anda dan Dasar Penggunaan Boleh Diterima kami menggariskan tanggungjawab anda semasa menggunakan Perkhidmatan kami. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma ini, Dasar Privasi, dan Dasar Penggunaan Boleh Diterimakami.
Barang Anda & Keizinan Anda
Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, anda memberi kami perkara seperti fail, kandungan, mesej, kenalan anda dan sebagainya (“Barang Anda”). Barang Anda adalah milik anda. Terma ini tidak memberi kami apa-apa hak kepada Barang Anda kecuali hak-hak terhad yang membolehkan kami untuk menawarkan Perkhidmatan.
Kami memerlukan keizinan anda untuk melakukan perkara seperti mengehoskan Barang Anda, membuat sandaran, dan berkongsinya apabila diminta oleh anda. Perkhidmatan kami juga menyediakan ciri-ciri kepada anda seperti menulis komen, berkongsi, mencari, pratonton mini imej, pratonton dokumen, pengecaman aksara optik (OCR), penyisihan dan pengaturan mudah, serta pemeribadian untuk membantu mengurangkan kerja remeh. Untuk menyediakan ciri-ciri ini dan yang lain, Dropbox mengakses, menyimpan, dan mengimbas Barang Anda. Anda memberi kami keizinan untuk melakukan perkara-perkara tersebut, dan keizinan ini dilanjutkan kepada firma gabungan kami serta pihak ketiga dipercayai yang bekerja dengan kami.
Tanggungjawab Anda
Penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda mesti mematuhi Dasar Penggunaan Boleh Diterima kami. Kandungan dalam Perkhidmatan mungkin dilindungi oleh hak harta intelek orang lain. Jangan salin, muat naik, muat turun, atau berkongsi kandungan melainkan anda mempunyai hak untuk berbuat demikian.
Dropbox mungkin menyemak tingkah laku dan kandungan anda terhadap pematuhan Terma ini dan Dasar Penggunaan Boleh Diterima kami. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan yang dikirim dan dikongsi oleh orang melalui Perkhidmatan.
Bantu kami memastikan Barang Anda dilindungi. Lindungi kata laluan Perkhidmatan anda, dan pastikan maklumat akaun anda sentiasa dikemas kini. Jangan kongsi kelayakan akaun atau berikan akses akaun anda kepada orang lain.
Anda boleh menggunakan Perkhidmatan kami hanya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, termasuk undang-undang dan peraturan kawalan eksport. Akhirnya, untuk menggunakan Perkhidmatan kami, anda mesti berumur 13 tahun sekiranya anda menetap di Amerika Syarikat, dan 16 tahun jika anda menetap di tempat lain. Jika undang-undang negara anda menghendaki bahawa anda mesti lebih tua agar Dropbox memberikan Perkhidmatan secara sah kepada anda tanpa persetujuan ibu bapa (termasuk penggunaan data peribadi anda), maka anda mesti berumur lebih tua daripada umur tersebut.
Perisian
Sesetengah Perkhidmatan kami membenarkan anda untuk memuat turun perisian klien (“Perisian”) yang boleh dikemas kini secara automatik. Selagi anda mematuhi Terma ini, kami memberikan anda lesen terhad, tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik, dan boleh ditarik balik untuk menggunakan Perisian, semata-mata untuk mengakses Perkhidmatan. Sejauh mana sebarang komponen Perisian boleh ditawarkan di bawah lesen sumber terbuka, kami akan menyediakan lesen itu kepada anda dan peruntukan lesen tersebut boleh mengatasi sesetengah Terma ini dengan nyata. Melainkan batasan berikut dilarang oleh undang-undang, anda bersetuju untuk tidak menyongsangkan kejuruteraan atau menguraikan Perkhidmatan, cuba untuk berbuat demikian, atau membantu sesiapa sahaja untuk berbuat demikian.
Perkhidmatan Beta
Ada kalanya kami mengeluarkan produk dan ciri yang masih diuji dan dinilai ("Perkhidmatan Beta"). "Perkhidmatan Beta" dilabelkan sebagai "alpha", "beta", "pratonton", "akses awal", atau "penilaian" (atau dengan perkataan atau frasa yang bermaksud serupa) dan mungkin tidak begitu boleh diharapkan seperti perkhidmatan Dropbox yang lain. Perkhidmatan Beta disediakan supaya kami dapat mengumpulkan maklum balas pengguna, dan dengan menggunakan Perkhidmatan Beta kami, anda bersetuju bahawa kami boleh menghubungi anda untuk mengumpulkan maklum balas berkenaan.
Perkhidmatan Beta adalah sulit sehingga pelancaran rasmi. Jika anda menggunakan apa-apa Perkhidmatan Beta, anda bersetuju untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat tentang Perkhidmatan tersebut kepada orang lain tanpa keizinan kami.
Ciri Tambahan
Dari semasa ke semasa, Dropbox akan menambahkan ciri tambahan untuk meningkatkan pengalaman pengguna terhadap perkhidmatan simpanan kami tanpa caj tambahan. Walau bagaimanapun, ciri-ciri percuma ini boleh ditarik balik tanpa pemberitahuan lanjut.
Barang Kami
Perkhidmatan ini dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan, serta undang-undang AS dan antarabangsa yang lain. Terma ini tidak memberikan anda apa-apa hak, hak milik, atau kepentingan dalam Perkhidmatan, kandungan orang lain dalam Perkhidmatan, tanda dagangan, logo, dan ciri-ciri jenama Dropbox yang lain. Kami mengalu-alukan maklum balas, tetapi sila ambil perhatian bahawa kami boleh menggunakan komen atau cadangan tanpa sebarang kewajipan kepada anda.
Hak cipta
Kami menghormati harta intelek orang lain dan meminta anda melakukan perkara yang sama. Kami akan menjawab notis dakwaan pelanggaran hak cipta jika ia mematuhi undang-undang, dan notis seperti itu hendaklah dilaporkan menggunakan Dasar Hak Cipta kami. Kami berhak untuk menghapuskan atau melumpuhkan kandungan yang didakwa melanggar dan menamatkan akaun pesalah berulang. Ejen khusus kami untuk notis dakwaan pelanggaran hak cipta dalam Perkhidmatan ialah:
Ejen Hak Cipta
Dropbox, Inc.
1800 Owens St
San Francisco, CA 94158
copyright@dropbox.com
Akaun Berbayar
Pengebilan. Anda boleh meningkatkan ruang storan anda dan menambah ciri berbayar kepada akaun anda (menukar akaun anda kepada “Akaun Berbayar“). Kami akan mengenakan caj kepada anda secara automatik dari tarikh anda menukar kepada Akaun Berbayar dan pada setiap pembaharuan berkala sehingga pembatalan. Jika anda melanggan pelan tahunan, kami akan menghantar e-mel notis kepada anda untuk mengingatkan bahawa pelan anda akan diperbaharui dalam tempoh masa yang munasabah sebelum tarikh pembaharuan itu. Anda bertanggungjawab ke atas semua cukai yang dikenakan, dan kami akan mengenakan cukai apabila dikehendaki berbuat demikian. Sesetengah negara mempunyai undang-undang tempatan mandatori berkenaan hak-hak pembatalan anda, dan perenggan ini tidak akan mengatasi undang-undang tersebut.
Pembatalan. Anda boleh membatalkan Akaun Berbayar Dropbox anda pada bila-bila masa. Bayaran balik hanya akan diberikan jika dikehendaki oleh undang-undang. Sebagai contoh, pengguna yang menetap di Kesatuan Eropah berhak membatalkan langganan Akaun Berbayar mereka dalam tempoh 14 hari dari tarikh mendaftar diri, menaik taraf, atau memperbaharui Akaun Berbayar dengan mengklik di sini.
Penurunan Taraf. Akaun Berbayar anda akan kekal berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan atau ditamatkan di bawah Terma ini. Jika anda menggunakan pelan Dropbox Family, pengurus Keluarga mungkin dapat menurunkan taraf akaun anda pada bila-bila masa. Jika anda tidak membayar Akaun Berbayar anda tepat pada masanya, kami berhak menggantungnya atau membuang ciri-ciri Akaun Berbayar.
Perubahan. Kami mungkin mengubah bayaran yang berkuat kuasa pada tarikh pembaharuan langganan anda, untuk menggambarkan faktor seperti perubahan pada penawaran produk kami, perubahan pada perniagaan kami, atau perubahan keadaan ekonomi. Kami akan memberi anda notis sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal berkaitan perubahan ini melalui mesej kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda dan anda berpeluang membatalkan langganan anda sebelum bayaran baharu berkuat kuasa.
Pasukan Dropbox Business
Alamat e-mel. Jika anda mendaftar akaun Dropbox dengan alamat e-mel yang diperuntukkan oleh organisasi anda, organisasi anda mungkin boleh menyekat penggunaan Dropbox anda sehingga anda beralih kepada akaun dalam pasukan Dropbox Business atau Dropbox Education (secara kolektif disebut "Pasukan Dropbox Business") ataupun sehingga anda mengaitkan akaun Dropbox anda dengan alamat e-mel peribadi.
Menggunakan Dropbox Business Teams. Jika anda menyertai Pasukan Dropbox Business, anda mesti menggunakannya dengan mematuhi terma dan dasar organisasi anda. Sila ambil perhatian bahawa akaun Pasukan Dropbox Business tertakluk pada kawalan organisasi anda. Pentadbir anda mungkin boleh mengakses, mendedahkan, menyekat, atau membuang maklumat dalam atau daripada akaun Pasukan Dropbox Business anda. Mereka juga mungkin boleh menyekat atau menamatkan akses anda kepada akaun Pasukan Dropbox Business. Jika anda menukar akaun Dropbox yang sedia ada menjadi sebahagian daripada Pasukan Dropbox Business, pentadbir anda boleh menghalang anda daripada menyahkaitkan akaun anda daripada Pasukan Dropbox Business kemudian.
Penamatan
Anda bebas untuk berhenti menggunakan Perkhidmatan kami pada bila-bila masa. Kami berhak untuk menggantung atau menamatkan akses anda kepada Perkhidmatan dengan memberi notis kepada anda jika:
- anda melanggar Terma ini,
- penggunaan Perkhidmatan oleh anda akan mendatangkan mudarat atau kerugian kepada kami atau pengguna lain, atau
- anda tidak mempunyai Akaun Berbayar dan telah tidak mengakses Perkhidmatan kami selama 12 bulan berturut-turut.
Kami akan memberikan anda notis awal secara munasabah melalui alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda supaya membetulkan aktiviti yang mendorong kami untuk menghubungi anda dan memberikan anda peluang untuk mengeksport Barang Anda daripada Perkhidmatan kami. Jika selepas notis seperti itu anda gagal untuk mengambil langkah-langkah yang kami minta daripada anda, kami akan menamatkan atau menggantung akses anda kepada Perkhidmatan.
Kami tidak akan memberikan notis atau peluang untuk mengeksport Barang Anda sebelum penamatan atau penggantungan akses kepada Perkhidmatan sekiranya:
- anda melanggar Terma ini secara material,
- berbuat demikian akan mengakibatkan liabiliti undang-undang ke atas kami atau menjejaskan keupayaan kami untuk menyediakan Perkhidmatan kepada pengguna kami yang lain, atau
- kami dilarang daripada berbuat demikian oleh undang-undang.
Pemberhentian Perkhidmatan
Kami boleh membuat keputusan untuk menghentikan Perkhidmatan sebagai respons kepada keadaan tidak diduga yang di luar kawalan Dropbox (sebagai contoh, bencana alam, kebakaran atau letupan), ataupun untuk mematuhi syarat perundangan. Jika kami berbuat demikian, kami akan memberikan anda notis awal sewajarnya supaya anda boleh mengeksport Barang Anda daripada sistem kami (dalam keadaan demikian, kami akan sedapat mungkin memberi anda notis tidak kurang daripada 30 hari). Jika kami menghentikan Perkhidmatan dalam cara ini sebelum tarikh akhir mana-mana tempoh tetap atau minimum yang telah anda bayar, kami akan membayar balik sebahagian daripada bayaran yang telah anda buat tetapi masih belum menerima Perkhidmatan untuknya.
Perkhidmatan "SEBAGAIMANA SEDIA ADA"
Kami berusaha keras untuk menyediakan Perkhidmatan yang baik, tetapi ada beberapa perkara yang tidak dapat dijamin. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, DROPBOX DAN FIRMA GABUNGAN, PEMBEKAL, DAN PENGEDARNYA TIDAK MEMBUAT APA-APA JAMINAN, SAMA ADA SECARA NYATA ATAU TERSIRAT, MENGENAI PERKHIDMATAN. PERKHIDMATAN DISEDIAKAN “SEBAGAIMANA ADANYA.“ KAMI JUGA MENAFIKAN APA-APA JAMINAN KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, DAN KETIDAKLANGGARAN. Sesetengah tempat tidak membenarkan penafian dalam perenggan ini, jadi ia mungkin tidak akan diguna pakai kepada anda. Sebagai contoh, penafian ini tidak mengatasi perlindungan undang-undang, termasuk waranti statutori, yang diberikan kepada pengguna oleh undang-undang EU.
Pembatasan Liabiliti
KAMI TIDAK MENGECUALIKAN ATAU MEMBATASKAN LIABILITI KAMI KEPADA ANDA JIKA IA MENYALAHI UNDANG-UNDANG UNTUK BERBUAT DEMIKIAN—INI TERMASUKLAH APA-APA LIABILITI TERHADAP PENIPUAN ATAU GAMBARAN PALSU DROPBOX ATAU FIRMA GABUNGANNYA DALAM MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN. DI NEGARA-NEGARA YANG JENIS PENGECUALIAN BERIKUT TIDAK DIBENARKAN, KAMI BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA HANYA ATAS KERUGIAN DAN KEROSAKAN YANG BOLEH DIJANGKA SECARA MUNASABAH AKIBAT DARIPADA KEGAGALAN KAMI UNTUK MENGGUNAKAN PENJAGAAN DAN KEMAHIRAN MUNASABAH ATAUPUN PELANGGARAN KONTRAK KAMI DENGAN ANDA. PERENGGAN INI TIDAK AKAN MENJEJASKAN HAK PENGGUNA YANG TIDAK BOLEH DIKETEPIKAN ATAU DIBATASKAN OLEH MANA-MANA KONTRAK ATAU PERJANJIAN. JIKA ANDA PENGGUNA EU ATAU UK, TERMA-TERMA INI TIDAK MENGECUALIKAN LIABILITI DROPBOX ATAS KERUGIAN DAN KEROSAKAN AKIBAT KEGAGALAN KAMI UNTUK MENGGUNAKAN PENJAGAAN DAN KEMAHIRAN SEWAJARNYA DALAM MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KAMI ATAU PELANGGARAN KONTRAK KAMI DENGAN ANDA, SELAGI KERUGIAN DAN KEROSAKAN BOLEH DIJANGKA DENGAN MUNASABAH.
DI NEGARA-NEGARA DI MANA PENGECUALIAN ATAU BATASAN LIABILITI DIBENARKAN, DROPBOX, SEKUTU, PEMBEKAL, ATAU PENGEDAR MEREKA TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN KE ATAS:
- APA-APA KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, PUNITIF, TELADAN, ATAU BERBANGKIT, ATAU
- APA-APA KERUGIAN PENGGUNAAN, DATA, PERNIAGAAN, ATAU KEUNTUNGAN, TANPA MENGIRA TEORI UNDANG-UNDANG.
PENGECUALIAN ATAU BATASAN INI AKAN DIGUNA PAKAI TANPA MENGIRA SAMA ADA DROPBOX ATAU MANA-MANA SEKUTUNYA TELAH DIBERI AMARAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEPERTI ITU.
JIKA ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN UNTUK SEBARANG TUJUAN KOMERSIAL, PERNIAGAAN, ATAU JUALAN SEMULA, DROPBOX, SEKUTU, PEMBEKAL, ATAU PENGEDAR MEREKA TIDAK AKAN ADA SEBARANG LIABILITI KEPADA ANDA KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KERUGIAN PERNIAGAAN, GANGGUAN PERNIAGAAN, ATAUPUN KEHILANGAN PELUANG PERNIAGAAN. DROPBOX DAN SEKUTUNYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KELAKUAN, SAMA ADA DALAM TALIAN ATAU LUAR TALIAN, MANA-MANA PENGGUNA PERKHIDMATAN.
SELAIN DARIPADA JENIS LIABILITI YANG TIDAK BOLEH DIBATASKAN OLEH UNDANG-UNDANG (SEPERTI YANG DITERANGKAN DALAM BAHAGIAN INI), KAMI MEMBATASKAN LIABILITI KAMI KEPADA ANDA KEPADA JUMLAH YANG LEBIH TINGGI DARIPADA US$20 ATAU 100% DARIPADA APA-APA AMAUN YANG TELAH ANDA BAYAR DI BAWAH PELAN PERKHIDMATAN SEMASA ANDA DENGAN DROPBOX. PERUNTUKAN INI TIDAK TERPAKAI KEPADA PENGGUNA EU YANG DILARANG OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI.
Menyelesaikan Pertikaian
Mari Cuba Selesaikan Isu Dahulu. Kami ingin menangani kebimbangan anda tanpa melibatkan prosiding mahkamah. Sebelum memfailkan tuntutan terhadap Dropbox, anda bersetuju untuk cuba menyelesaikan pertikaian secara tidak rasmi dengan menghubungi dispute-notice@dropbox.com yang merangkumi nama anda, penerangan terperinci tentang pertikaian, dan pampasan yang anda mahu. Kami akan cuba menyelesaikan pertikaian ini secara tidak rasmi dengan menghubungi anda melalui e-mel. Jika pertikaian tidak diselesaikan dalam tempoh 60 hari selepas penyerahan, anda atau Dropbox boleh memulakan prosiding rasmi. Jika anda menetap di EU, Suruhanjaya Eropah menyediakan pelantar penyelesaian pertikaian dalam talian yang boleh anda akses di sini: https://ec.europa.eu/consumers/odr.
Forum Kehakiman untuk Pertikaian. Anda dan Dropbox bersetuju bahawa apa-apa prosiding kehakiman untuk menyelesaikan tuntutan berkenaan Terma atau Perkhidmatan akan dibawa ke mahkamah persekutuan atau negeri San Francisco County, California, tertakluk pada peruntukan timbang tara mandatori di bawah. Anda dan Dropbox bersetuju dengan tempat dan bidang kuasa peribadi di mahkamah berkenaan. Jika anda menetap di negara (sebagai contoh, negara anggota Kesatuan Eropah) yang mempunyai undang-undang yang memberikan hak kepada pengguna untuk membawa pertikaian ke mahkamah tempatan mereka, perenggan ini tidak menjejaskan syarat tersebut.
JIKA ANDA PENDUDUK A.S., ANDA TURUT BERSETUJU DENGAN PERUNTUKAN TIMBANG TARA MANDATORI YANG BERIKUT:
Kita Berdua Bersetuju dengan Proses Timbang Tara. Anda dan Dropbox bersetuju untuk menyelesaikan apa-apa tuntutan berkenaan dengan Terma atau Perkhidmatan melalui timbang tara individu yang muktamad dan terikat oleh seorang penimbang tara, kecuali seperti yang dinyatakan dalam "Pengecualian dalam Persetujuan untuk Menimbang Tara" di bawah. Perkara ini termasuk pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan tafsiran atau penggunaan seksyen “Peruntukan Timbang Tara Mandatori” ini, termasuk skopnya, keupayaan untuk penguatkuasaan, keupayaan untuk penarikan balik, atau kesahihannya. Penimbang tara boleh memberikan pampasan hanya secara individu dan hanya setakat yang diperlukan untuk menebus tuntutan individu anda; penimbang tara tidak boleh memberikan pampasan bagi pihak orang lain atau orang awam.
Memilih Keluar daripada Persetujuan untuk Menimbang Tara. Anda boleh menolak perjanjian untuk menimbang tara ini dengan mengklik di sini dan menyerahkan borang pilih keluar dalam tempoh 30 hari selepas mendaftarkan akaun anda atau bersetuju dengan Terma ini. Walau bagaimanapun, jika anda bersetuju dengan versi terdahulu Terma ini yang membenarkan anda untuk memilih keluar daripada menimbang tara, pilihan anda sebelum ini untuk memilih atau tidak memilih keluar akan terus terpakai.
Prosedur Timbang Tara. American Arbitration Association (AAA) akan melaksanakan timbang tara di bawah Peraturan Timbang Tara Pengguna mereka. Peraturan dan arahan pemfailan AAA boleh didapati di www.adr.org atau dengan menghubungi 1-800-778-7879. Timbang tara ini akan diadakan di daerah Amerika Syarikat yang anda menetap atau bekerja, San Francisco (CA), ataupun mana-mana lokasi lain yang kami persetujui.
Yuran dan Insentif Timbang Tara. Peraturan AAA akan mentadbir pembayaran bagi semua yuran timbang tara. Untuk timbang tara individu tentang tuntutan tidak dangkal yang kurang daripada $75,000 yang telah anda telah berikan Notis Pertikaian kepada Dropbox, Dropbox akan membayar balik bayaran pemfailan timbang tara pada akhir timbang tara dan akan membayar yuran timbang tara yang lain. Untuk semua tuntutan lain, kos dan yuran timbang tara hendaklah diperuntukkan menurut peraturan penyedia timbang tara, termasuk peraturan tentang tuntutan yang dangkal atau tidak wajar. Jika anda menerima keputusan timbang tara yang lebih baik daripada apa-apa tawaran yang kami buat untuk menyelesaikan tuntutan, kami akan membayar $1,000 kepada anda sebagai tambahan kepada keputusan itu. Dropbox tidak akan menuntut upah dan kos guaman timbang tara kecuali penimbang tara menentukan bahawa tuntutan anda adalah dangkal atau ditimbulkan untuk tujuan yang tidak wajar.
Pengecualian dalam Persetujuan untuk Menimbang Tara. Sama ada anda atau Dropbox boleh membuat tuntutan, jika layak, di mahkamah tuntutan kecil di San Francisco (CA) atau mana-mana daerah Amerika Syarikat tempat anda tinggal atau bekerja. Mana-mana pihak boleh membuat tuntutan mahkamah semata-mata untuk relief injunksi bagi menghentikan penggunaan tidak bertauliah atau penyalahgunaan Perkhidmatan, atau pelanggaran harta intelek (contohnya, tanda dagangan, rahsia perdagangan, hak cipta, atau hak paten) tanpa terlebih dahulu terlibat dalam timbang tara ataupun proses penyelesaian pertikaian tidak rasmi seperti yang diterangkan di atas. Jika persetujuan untuk menimbang tara ini didapati tidak boleh diguna pakai oleh anda atau tuntutan anda, anda bersetuju dengan bidang kuasa eksklusif mahkamah negeri dan persekutuan di San Francisco County, California untuk menyelesaikan tuntutan anda.
TIADA TINDAKAN KELAS ATAU PERWAKILAN. Anda hanya boleh menyelesaikan pertikaian dengan kami secara individu, dan tidak boleh membawa tuntutan sebagai plaintif atau ahli kumpulan dalam tindakan berkumpulan, bergabung, atau berwakil. Timbang tara berkumpulan, tindakan berkumpulan, tindakan sulit peguam negara, dan penggabungan dengan timbang tara lain adalah tidak dibenarkan.
Kebolehasingan. Jika mana-mana bahagian "Peruntukan Timbang Tara Mandatori" ini didapati tidak sah atau tidak dapat dilaksanakan, selebihnya akan tetap berkuat kuasa, kecuali jika penemuan bahawa sebahagian daripada kepenyalahan atau ketakupayaan untuk penguatkuasaan akan membenarkan timbang tara berkumpulan atau perwakilan, bahagian "Peruntukan Timbang Tara Mandatori" ini tidak akan dapat dilaksanakan secara keseluruhan. Jika anda didapati memiliki hak yang tidak dapat diketepikan untuk mengemukakan tuntutan tertentu atau meminta bentuk pampasan tertentu yang penimbang tara tidak mempunyai kuasa untuk menuntut atau memberikan pampasan menurut bahagian "Peruntukan Timbang Tara Mandatori" ini, termasuk pampasan injuksi awam, maka hanya tuntutan atau permintaan pampasan tersebut yang boleh dibawa ke mahkamah, dan anda dan kami bersetuju bahawa litigasi terhadap apa-apa tuntutan atau permintaan pampasan tersebut akan ditangguhkan sementara menunggu penyelesaian apa-apa tuntutan atau permintaan pampasan individu dalam timbang tara.
Undang-undang yang Mengawal
Terma ini akan ditadbir oleh undang-undang California kecuali untuk konflik prinsip undang-undangnya. Walau bagaimanapun, sesetengah negara (termasuk negara di Kesatuan Eropah) mempunyai undang-undang yang mewajibkan perjanjian untuk ditadbir oleh undang-undang tempatan negara pengguna. Perenggan ini tidak akan melanggar undang-undang tersebut.
Keseluruhan Perjanjian
Terma ini membentuk keseluruhan perjanjian antara anda dengan Dropbox berhubung dengan isi Terma ini, serta membatalkan dan menggantikan apa-apa perjanjian sebelum itu atau perjanjian sementara yang lain, atau terma dan syarat yang terpakai kepada isi Terma ini. Ahli gabungan dan ejen kami yang terdahulu, sekarang, dan masa depan boleh menarik balik hak kami di bawah perjanjian ini sekiranya mereka terlibat dalam pertikaian dengan anda. Jika tidak, Terma ini tidak memberikan hak kepada mana-mana pihak ketiga.
Penepian, Kebolehasingan & Penyerahan
Kegagalan menguatkuasakan peruntukan Dropbox tidak mengetepikan penguatkuasaan kemudian. Jika satu peruntukan didapati tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan Terma yang selebihnya akan terus berkuat kuasa sepenuhnya dan satu terma yang boleh dikuatkuasakan akan digantikan supaya mencerminkan niat kami sebaik yang mungkin. Anda tidak boleh menyerahkan sebarang hak anda di bawah Terma ini, dan sebarang cubaan seperti itu adalah tidak sah. Dropbox boleh menyerahkan hak mereka kepada mana-mana sekutu atau anak syarikat, atau kepada mana-mana pengganti yang berkepentingan dalam mana-mana perniagaan yang berkaitan dengan Perkhidmatan.
Pindaan
Kami boleh menyemak semula Terma ini dari masa ke masa bagi mencerminkan dengan lebih baik:
- perubahan pada undang-undang,
- keperluan peraturan baru, atau
- penambahbaikan atau peningkatan yang dibuat terhadap Perkhidmatan kami.
Jika sebarang kemas kini akan menjejaskan penggunaan Perkhidmatan anda atau hak-hak anda sebagai pengguna Perkhidmatan kami, kami akan memaklumkan anda sebelum tarikh kuat kuasa kemas kini tersebut dengan menghantar e-mel ke alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda ataupun melalui pemberitahuan dalam produk. Terma yang dikemas kini ini akan berkuat kuasa tidak kurang daripada 30 hari dari tarikh kami memaklumkan anda.
Jika anda tidak bersetuju dengan kemas kini yang kami lakukan, sila batalkan akaun anda dan hentikan penggunaan Perkhidmatan sebelum Terma yang dikemas kini berkuat kuasa. Jika berkenaan, kami akan menawarkan bayaran balik prorata kepada anda berdasarkan amaun yang telah anda prabayar untuk Perkhidmatan dan tarikh pembatalan akaun anda. Dengan terus menggunakan atau mengakses Perkhidmatan selepas kemas kini berkuat kuasa, anda bersetuju untuk terikat oleh Terma yang dipinda.