Letak segala-galanya di DBX Platform

DBX Platform membolehkan pasukan untuk bekerja dengan mudah menerusi alat dan penyelesaian yang terbaik, menjadikan perkongsian dan kerjasama lancar dan selamat.

Dropbox DBX Platform
Letak segala-galanya di DBX Platform

Hubungkan alat kerjasama anda

Aplikasi produktiviti moden telah menjadikan kerja kami lebih kolaboratif, tetapi setiap kali kami menerima alat baru, aliran kerja kami menjadi lebih teragih. DBX Platform adalah tisu penyambung yang menghubungkan semua kandungan anda, peranti, serta aplikasi di satu tempat berpusat, dan membantu memastikan semuanya selamat dengan keselamatan bertaraf dunia.

Sesuaikan persekitaran anda

Dropbox telah menjadi platform yang berkuasa untuk kerjasama berasaskan kandungan. Dengan DBX Platform, anda boleh manfaatkan set API kami yang teguh dengan mudah untuk membangunkan penyelesaian tersuai anda sendiri bagi meningkatkan kerjasama pengguna akhir, memperkemaskan aliran kerja sedia ada atau memusatkan kandungan pasukan.

Kerjasama

Satukan orang dan idea bersama-sama dengan lancar dengan menyambungkan aplikasi anda dengan rangkaian hubungan perkongsian kami yang meluas.

Aliran Kerja

Permudahkan proses perniagaan dan bina aliran kerja tersuai mengikut keperluan khusus anda.

Pengurusan Kandungan

Cipta tempat berpusat yang menyatukan semua kandungan penting anda di satu tempat yang selamat dan terjamin.

Tingkatkan nilai boleh diukur untuk perniagaan

Pelanggan Dropbox telah membina penyelesaian lengkap melalui DBX Platform bagi memenuhi pelbagai keperluan perniagaan mereka dengan lebih baik—menjana hasil yang boleh diukur daripada proses perniagaan yang diperkemas yang melancarkan kerja.