Lakukan lebih setiap hari dengan perkongsian mudah dan selamat
Hantar fail atau folder kepada orang di luar syarikat anda serta-merta menggunakan pautan kongsian – walaupun jika penerima bukan pengguna Dropbox. Untuk menjejaki perkongsian, anda boleh melindungi pautan itu dengan kata laluan dan tarikh luput.
Gunakan komen untuk mengumpul maklum balas betul-betul di sebelah fail anda dengan pantas. Anda juga boleh jemput pasukan anda ke folder kongsian, di mana mereka boleh menambah dan menyunting fail bersama-sama. Perubahan akan menyelaras secara automatik, memberi semua orang versi terkini di dalam folder Dropbox mereka.
Cipta satu ruangan kerja berpusat supaya semua orang boleh mencari apa yang diperlukan dengan pantas. Folder pasukan adalah cara mudah untuk memberikan seluruh pasukan anda akses kepada perkara seperti buku panduan pekerja, matlamat jabatan, dan foto dari luar pejabat.
Dengan Dropbox Paper, anda dan pasukan anda boleh menyunting dokumen pada masa nyata, menyemak dan meluluskan kerja dengan mudah, malah menguruskan projek terus dari tempat anda bekerja. Paper mengautomasi tugasan yang memakan masa seperti mereka bentuk dokumen, mencipta pembentangan, dan membuat susulan dengan pasukan anda.
Dapatkan storan yang diperlukan oleh perniagaan anda untuk berkongsi dan bekerjasama dengan lancar.
Pengurusan pasukan kekal mudah dari lokasi pusat, konsol pentadbir.
Melindungi fail syarikat sensitif dengan ciri-ciri keselamatan bertaraf perusahaan.