Dropbox lwn. iDrive: Mendedahkan pemenang muktamad
Teknologi tidak berguna sekiranya tidak intuitif. Mengapa merisikokan produk sandaran yang lebih menyusahkan berbanding dengan nilai produk tersebut? Dengan Dropbox Backup, anda mendapat penyelesaian pintar yang akan berfungsi dengan beberapa klik sahaja—daripada syarikat yang dipercayai oleh lebih daripada 700 juta orang pengguna. Produk ini merupakan penyelesaian yang ringkas dan intuitif yang melakukan perkara sebenar yang anda perlukan. Anda pasti tidak mendapat semua ciri itu daripada iDrive.
Lebih mudah untuk digunakan
Anda mendapat semua ciri Backup dengan setiap pelan Dropbox. Yang berbeza hanyalah pilihan simpanan anda. iDrive memberi anda ciri sandaran dan pemulihan yang berbeza bagi setiap pelan—jadi bagaimana cara untuk mengetahui ciri yang anda dapat atau ciri yang anda bayar?
Ciri keselamatan yang lebih kukuh
Backup sentiasa aktif dan sentiasa menyulitkan fail anda dalam awan—jadi usah bimbang tentang perkara tersebut. Tidak kira sama ada komputer anda hilang, dicuri, rosak atau terbeku—fail anda selamat.
Pemulihan fail yang pantas
Jika komputer anda rosak, fail anda tidak rosak—tetapi hanya dengan Dropbox Backup. Anda tidak perlu menunggu lama dan boleh meneruskan dari tempat anda berhenti—iDrive tidak berfungsi seperti itu.
Dropbox Backup menawarkan integrasi lancar, yang memastikan semua data anda berpusat untuk akses dan pengurusan yang mudah—sangat berbeza dengan pendekatan iDrive yang berselerak.
Anda mendapat pemulihan sepantas kilat dengan Dropbox Backup, yang mudah memulihkan data ke lokasi asal dengan kejituan dan kelajuan melalui beberapa klik sahaja—tidak seperti proses iDrive yang lebih rumit.
Dengan menggunakan Dropbox Backup, anda boleh mengakses lebih banyak jenis fail, daripada lebih banyak tempat (sebenarnya di mana-mana sahaja)—yang memberikan kemudahan yang tiada tandingan. Kebolehcapaian yang lebih terhad daripada iDrive mungkin mengecewakan anda pada masa yang salah.
Adakah iDrive selamat? Walaupun iDrive memang cukup selamat untuk sesetengah orang, Dropbox memberikan ciri keselamatan terbaik—yang melindungi maklumat sensitif anda daripada ancaman. Anda tidak perlu bertolak ansur atau mengambil risiko menggunakan pertahanan yang tidak stabil.
Menyelamatkan data yang berharga adalah mudah. Dropbox Backup menawarkan pemulihan data yang tidak mungkin gagal dan memastikan anda tidak akan kehilangan kerja yang berharga. Mengapa perlu dedahkan diri anda dengan risiko kehilangan data?
Dropbox memberi anda akses kepada ciri kerjasama berkuasa yang memperkemas kerja berpasukan dan proses untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Anda akan sentiasa berasa terhubung dan termaklum.
“Dropbox Backup meredakan sedikit kebimbangan saya. Saya sudah gunakan komputer kerja saya selama setahun, tapi sejak tahun 2012, saya tahu ada kemungkinan komputer itu akan membeku, gagal atau mati tak lama lagi. Tapi semua disandarkan. Itu sangat melegakan.”
Gina OlsonPelanggan di Amerika SyarikatLebih mudah untuk digunakan
Dropbox membolehkan anda menyandarkan semua fail anda di satu tempat, yang boleh diakses dari mana-mana sahaja—dengan cepat. Bukan sahaja lebih mudah untuk digunakan berbanding dengan iDrive, Dropbox juga lebih mudah untuk dibeli.
Urus data anda dengan mudah dan sandarkan dengan cepat untuk menjimatkan masa yang berharga, sambil memastikan keselamatan data.
Fail anda disimpan dalam awan—dan apabila anda memulakan proses pemulihan, fail akan dipulihkan ke lokasi asal dengan kelajuan muat turun sepantas kilat.
Dengan Dropbox Backup, tidak seperti produk yang kurang intuitif daripada iDrive, anda boleh mengautomatikkan tugas sandaran—kurang satu perkara yang perlu difikirkan.
Selain daripada ciri yang tiada tandingan, Dropbox Backup juga memberi anda akses kepada sandaran anda di mana-mana sahaja, pada mana-mana peranti dan pada bila-bila masa.
Ciri keselamatan yang lebih kukuh
Dropbox menawarkan satu lokasi simpanan pusat untuk menyandarkan fail anda yang paling penting pada peranti anda. 700 juta orang pengguna berdaftar kami mempercayai Dropbox untuk menyimpan foto, resume, kerja dan seluruh kehidupan digital mereka dengan selamat.
Pilih mana-mana penyelesaian Dropbox Backup dan dapatkan ciri tambahan seperti penyimpanan awan, perkongsian fail, dan penyelarasan. Sebaliknya, iDrive hanya menawarkan fungsi asas.
Dropbox merupakan perintis asal dalam teknologi ini—dan masih menerajui industri. Dengan langganan Dropbox semasa, anda juga akan mempunyai kurang langganan untuk diurus.
Pemulihan fail yang pantas
Dengan Dropbox, anda boleh memulihkan fail anda dengan cepat dan mengelakkan penangguhan yang merugikan dalam kehidupan dan kerja anda. Backup membolehkan anda memulihkan fail kepada mana-mana peranti, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Anda tidak perlu mendapatkan semula atau menyimpan setiap satu item secara berulang-ulang. Jimatkan masa dan teruskan seperti biasa, seolah-olah tiada apa-apa perkara besar yang telah berlaku.
Dropbox Backup membolehkan anda memulihkan mana-mana versi fail yang anda mahu dan memberi anda kawalan terhadap kehidupan digital anda.
Notis data
*Kajian dijalankan oleh Dropbox.