Langkau ke kandungan utama

Apakah itu Protokol Pemindahan Fail (FTP)?

Bacaan 5 min

27 Okt 2024

Seseorang memakai fon kepala mengerjakan kod pada komputer, melambangkan konsep yang berkaitan dengan FTP dalam suasana pejabat kolaboratif.

Apakah FTP?

FTP bermaksud Protokol Pemindahan Fail. Mari ringkaskannya. 

Pada dasarnya, "protokol" atau protokol Internet merupakan set prosedur atau peraturan yang membenarkan peranti elektronik berkomunikasi antara satu sama lain. FTP ialah set peraturan yang digunakan oleh peranti pada rangkaian TCP/IP (Internet) untuk memindahkan fail. 

Apabila anda menggunakan Internet, anda sebenarnya menggunakan pelbagai protokol yang berbeza. Untuk menyemak imbas, anda akan menggunakan HTTP. Untuk menghantar dan menerima mesej segera, anda akan menggunakan XMPP. FTP ialah protokol yang digunakan untuk mengalihkan fail.

Apakah itu pelayan FTP?

Pelayan FTP ialah aplikasi perisian yang membolehkan pemindahan fail dari satu peranti (iaitu komputer Mac, Windows, atau Linux) ke peranti lain. 

Mungkin rumit sedikit, tetapi pelayan FTP cuma merupakan komputer yang mempunyai alamat FTP dan ditetapkan untuk menerima sambungan FTP. Pelayan FTP melakukan dua tugas mudah: "dapat" dan "letak". Anda boleh sama ada "mendapat" fail daripada pelayan FTP atau "meletakkan" fail pada pelayan FTP. 

Apabila anda memuat naik fail, ia akan dipindahkan dari peranti anda ke pelayan. Sebagai alternatif, apabila anda memuat turun fail, ia akan dipindahkan dari pelayan ke peranti anda. Jadi, pada peringkat paling asas, pelayan FTP merupakan titik tengah antara pengirim dengan penghantar.

Bagaimanakah FTP berfungsi?

FTP ialah protokol pelayan-klien. Dengan erti kata lain, klien meminta fail dan pelayan memberikan fail. Ini memerlukan dua saluran asas untuk menetapkan sambungan:

  • Saluran perintah: Memulakan arahan, membawa maklumat asas iaitu fail yang perlu diakses
  • Saluran data: Memindahkan data fail antara dua peranti 

Untuk menetapkan sambungan, pengguna perlu menyediakan bukti kelayakan kepada pelayan FTP, yang lazimnya menggunakan nombor port 21 sebagai mod komunikasinya yang lalai. Secara ringkas, "port" ialah nombor yang digunakan untuk mengenal pasti transaksi maklumat melalui rangkaian. Terdapat dua mod sambungan FTP yang berbeza: aktif dan pasif.

Dalam mod FTP aktif, pelayan memainkan peranan aktif dengan meluluskan permintaan data. Walau bagaimanapun, kadangkala mod aktif boleh mengalami masalah dengan tembok api, yang menyekat sesi tanpa kebenaran daripada pihak ketiga. Ketika itulah mod pasif memainkan peranan. 

Dalam mod pasif, pelayan tidak mengekalkan sambungan secara aktif—pengguna menetapkan kedua-dua saluran data dan saluran arahan. Secara asasnya, pelayan "mendengar" tetapi tidak turut serta secara aktif, membenarkan peranti lain mengendalikan sebahagian besar kerja.

Apakah masalah yang diselesaikan oleh FTP?

FTP sering digunakan untuk mengendalikan sebilangan besar fail, jadi ia berguna dalam pembangunan web. Apabila membuat perubahan pada laman web, anda boleh menguruskan pemindahan fail dengan sesi FTP, yang menyediakan cara mudah untuk memuat naik fail khusus, menambah fail imej, mengalihkan templat web dan banyak lagi. Ahli profesional IT juga boleh menggunakannya untuk memindahkan data dan kumpulan besar fail pelayan dalam sistem tertutup.

Kebaikan dan keburukan FTP

Apakah kelebihan FTP?

FTP mempunyai beberapa manfaat yang penting untuk disebutkan. Paling penting, ia boleh memindahkan berbilang fail pada masa yang sama, menyambung semula pemindahan jika sambungan terputus dan menjadualkan pemindahan. 

Selain itu, memandangkan ia sudah lama wujud, kebanyakan orang sudah pun biasa dengan protokol tersebut. Terdapat banyak alatan perisian FTP desktop—termasuk FileZilla, WinSCP, Cyberduck dan banyak lagi—yang menjadikan penggunaan FTP agak mudah. 

Apakah kekurangan FTP? 

Terdapat satu kelemahan besar yang berkaitan dengan FTP, iaitu kekurangan keselamatan. Memandangkan FTP dicipta pada tahun 1970-an, ia telah wujud sebelum pelbagai langkah keselamatan siber yang kami gunakan dalam dunia moden. Ia tidak direka untuk menjadi protokol yang selamat. Pemindahan FTP tidak disulitkan, yang bermaksud kata laluan, nama pengguna dan data sensitif anda yang lain boleh dibaca dengan mudah oleh penggodam.

Disebabkan kelemahan keselamatan ini, sokongan FTP semakin berkurangan. Pelbagai pilihan penggantian yang berbeza telah memasuki pasaran, termasuk SFTP, HTTPS, AS2 dan FTPS. 

Pada tahun 2020, Google Chrome mematikan FTP secara lalai dan Firefox telah mengeluarkan FTP daripada kodnya. Maka, jika anda masih menggunakan pelayan FTP untuk acara perniagaan yang penting, mungkin inilah masa yang tepat untuk mencari alternatif.

Adakah terdapat apa-apa alternatif kepada FTP?

FTP bukan satu-satunya penyelesaian di luar sana. Malah, sesetengah penyelesaian mungkin lebih sesuai dengan keperluan anda berbanding FTP standard.

Labur dalam SFTP

SFTP (yang juga dikenali sebagai Protokol Pemindahan Fail SSH) merupakan protokol berasingan yang berfungsi melalui strim data Cangkerang Selamat (SSH) untuk menyediakan perlindungan bertahap tinggi apabila anda memindahkan fail. 

Tidak seperti klien FTP yang menggunakan nombor port 21, SFTP menggunakan nombor port 22. Disebabkan FTP merupakan protokol tidak selamat, seringkali SFTP lebih digemari kerana SFTP memberikan ciri keselamatan dan menawarkan kemampuan untuk menampung sambungan SSH.

Permudahkan pemindahan fail dengan penyimpanan awan

Adakah semua ini terlalu rumit? Bukankah lebih baik jika anda tidak perlu menyediakan seluruh jabatan IT khusus untuk menguruskan pelayan web? Memandangkan sokongan FTP semakin menurun dan ancaman keselamatan siber menjadi semakin canggih, maka lebih beruntung kalau anda mencari pilihan alternatif yang selamat dan mudah untuk mengakses, memindahkan dan mengurus fail perniagaan anda. 

Dropbox boleh menjadi alternatif FTP yang berkesan, menawarkan kaedah yang selamat dan bebas tekanan untuk berkongsi fail

Penyimpanan awan yang selamat untuk semua fail anda

Dokumen, foto, video dan banyak lagi—Dropbox memastikan semua fail dan folder anda selamat dalam penyimpanan awan dalam talian.

Nikmati pemindahan fail yang selamat dan terjamin dengan Dropbox Transfer

FTP ialah cara yang berkesan untuk memindahkan fail, tetapi ia agak ketinggalan zaman dan telah diatasi oleh beberapa protokol rangkaian lain yang kini tersedia, seperti SFTP sebagai perkhidmatan. 

Sebagai alternatif FTP, Dropbox Transfer ialah alat pemindahan data yang pantas dan mudah yang membolehkan anda menyerahkan sehingga 250 GB fail dalam setiap pemindahan. Dengan perlindungan kata laluan, tamat tempoh pautan dan pemberitahuan muat turun, Transfer memberikan ketenangan fikiran tambahan kepada perniagaan bahawa fail besar telah dihantar dengan selamat.

Terokai sumber berkaitan

Dua komputer riba disambungkan kepada peranti simpanan luaran untuk memindahkan data daripada PC kepada PC.

Cara menghantar fail daripada PC kepada PC: 6 kaedah

Proses pemindahan fail daripada komputer lama kepada komputer baharu lebih mudah daripada yang anda sangkakan. Ketahui cara terbaik untuk menghantar fail dan folder antara pelbagai PC dalam panduan penting kami.

Seorang pekerja jarak jauh bersandar pada sofa sambil menggunakan komputer ribanya untuk menghantar fail projek video yang besar kepada rakan sekerja melalui e-mel.

Cara menghantar video dan fail besar melalui e-mel

Berdepan dengan had saiz untuk lampiran e-mel boleh menjadi satu masalah. Tetapi ada penyelesaiannya. Terokai tiga kaedah mudah untuk menghantar fail dan video besar melalui e-mel.

Jurugambar melihat peranti mudah alihnya. Foto untuk klien dipaparkan pada skrin komputer riba pada latar belakang.

Cara berkongsi foto berkualiti tinggi dengan klien

Foto yang sempurna patut dikongsi dengan betul. Ketahui cara berkongsi imej resolusi tinggi dengan klien menggunakan panduan kami untuk jurugambar profesional.