Langkau ke kandungan utama

Dropbox lwn. OneDrive: Mengapa pasukan kreatif memilih Dropbox

OneDrive berfungsi untuk simpanan asas, tetapi Dropbox dibina untuk kerja berpasukan. Sifat serba bolehnya membolehkan anda mengendalikan ratusan jenis fail dengan mudah, termasuk fail besar dan media beraneka yang tidak dapat disokong oleh OneDrive.

21x lebih pantas

untuk memuat naik folder yang besar

dengan 10,000 fail 1 KB, berdasarkan kajian Principled Technologies tahun 2023*

78% lebih pantas

untuk memuat naik fail 250 mb

16x lebih pantas

untuk memuat naik folder yang besar

dengan 10,000 fail 1 KB pada PC, berdasarkan kajian Principled Technologies tahun 2023*

UI Dropbox dengan ikon bertindih

Dropbox mengatasi OneDrive

Lebih baik untuk kerjasama

Dengan alat kerjasama lanjutan yang intuitif yang berfungsi merentasi ekosistem, Dropbox memudahkan kerjasama.

Lebih pantas dan lebih mudah untuk menyelaraskan fail besar

Muat naik lebih banyak data setiap hari dengan Dropbox—sehingga 2 TB, berbanding dengan 250 GB sahaja dengan OneDrive—serta jimatkan masa menyelaraskan kemas kini pada fail besar.

Lebih sesuai dengan aliran kerja anda

Dropbox menggabungkan apl Desktop dan dalam talian kegemaran anda dengan kuasa serta kemudahan penyimpanan awan.

Keselamatan yang boleh anda harapkan

Dengan berbilang lapisan perlindungan, Dropbox melindungi data anda dan memastikan anda sentiasa dapat mengawal orang yang dapat mengakses kandungan anda.

Dropbox lwn. OneDrive

Kadangkala, anda perlu memuat naik fail yang sangat besar. Dengan saiz maksimum hanya 250 GB bagi setiap muat naik, OneDrive mungkin menghadapi masalah apabila bekerja dengan video mentah atau folder projek yang besar. Sementara itu, Dropbox bersedia untuk mengendalikan apa-apa sahaja yang anda berikan—dengan saiz 2 TB tersedia bagi setiap muat naik.

UI Dropbox dengan bar tindakan diserlahkan

Jangan biarkan had simpanan menyekat produktiviti pasukan anda. Pelan pasukan Dropbox bermula daripada 9 TB simpanan untuk tiga atau lebih pengguna, manakala OneDrive hanya menawarkan 1 TB bagi setiap pengguna melalui Microsoft 365 Business.

Fail besar 1.3 TB bertajuk "remodels"

Jangan hanya menunggu satu tugasan selesai sebelum memulakan tugasan seterusnya. Dropbox membenarkan anda memuat naik dan memuat turun fail secara serentak, tanpa apa-apa gangguan pada aliran kerja anda. Sebaliknya, Dengan OneDrive, anda tidak mempunyai pilihan selain menunggu.

Dulang terbuka dan memaparkan kepada pengguna senarai ringkas fail terbaru mereka dan aktiviti fail terkini.

Tanggapan pertama bermula apabila pautan muat turun tiba dalam peti masuk klien anda. Dengan penjenamaan yang boleh disesuaikan sepenuhnya pada halaman muat turun penghantaran fail, anda boleh menambahkan sedikit gaya pada penyampaian anda dan meyakinkan klien anda mulai saat pertama.

UI ciri perkongsian Dropbox

Dengan Dropbox Sign, penambahan atau permintaan tandatangan pada dokumen dalam penyimpanan awan anda mudah dan bersepadu. Manakala dengan OneDrive, anda perlu bersusah-payah mencari alat pihak ketiga yang anda boleh percayai untuk mengendalikan dokumen sensitif anda.

UI tandatangan mudah alih

Dropbox Replay memudahkan pengumpulan dan pelaksanaan maklum balas pada video. Cuma kongsi pautan ke penyuntingan anda dalam Replay dan tonton semasa pengulas meninggalkan komen dan anotasi tepat rangka pada video anda. Lebih baik lagi, mereka boleh melihat komen satu sama lain, bermakna anda menghabiskan lebih sedikit masa menavigasi maklum balas yang bercanggah dan lebih banyak masa merangsang perbincangan yang berguna antara pengulas.

UI tandaan video
Percubaan percuma 30 hari

Pilih Dropbox lwn. OneDrive untuk simpanan fail dan penyelarasan yang boleh dipercayai.

Kerjasama merentasi ekosistem yang dilakukan dengan betul

Bertukar-tukar antara Google Workspace dan Microsoft 365 dalam projek boleh menjadi huru-hara, terutamanya dengan fail besar. Dropbox menyatukan semua yang anda perlukan dalam satu tempat, memudahkan kerjasama supaya pasukan anda boleh pratonton, mengurus dan menghantar mana-mana jenis fail pada mana-mana peranti tanpa menukar pelantar. Bekerja dengan lancar merentasi ekosistem seperti Google Docs dan Microsoft Word, dengan fail disimpan di satu tempat. Bekerjasama pada masa nyata pada fail Microsoft 365 tanpa konflik atau gangguan.

Jika anda perlu mengakses fail anda semasa dalam perjalanan, anda boleh berkongsi, menghantar dan pratonton fail pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan Apl mudah alih Dropbox.

UI menunjukkan fail Microsoft yang disimpan dalam Dropbox

Penyelarasan yang lebih pantas dan boleh dipercayai untuk fail besar

Dropbox dicipta untuk pencipta kandungan, membenarkan muat naik fail sebesar 2 TB—sesuai untuk fail CAD dan video 4K yang besar. Sebaliknya, OneDrive mempunyai had 250 GB.

Dengan penyegerakan terkemuka industri, Dropbox memudahkan akses dan perkongsian fail anda dari mana-mana sahaja, pada mana-mana peranti atau sistem pengendalian. Selain itu, fungsi sandaran tambahan hanya mengemas kini bahagian fail besar yang berubah, supaya menjimatkan masa dan menghapuskan masa menunggu yang lama untuk penghantaran.

Penyelarasan fail merentasi peranti dengan Dropbox

Sesuai dengan aliran kerja anda

Gunakan alat audio dan video kegemaran anda, terus dari Dropbox:

  • Adobe Premiere Rush: mengedit dan menyiarkan pada akaun sosial anda dengan lebih pantas, pada mana-mana peranti.
  • WeVideo: mencipta, mengedit dan menerbitkan video, dan auto-eksport, mengeksport projek anda secara automatik ke Dropbox untuk perkongsian.
  • Otter.ai: merakam dan mentranskripsi mesyuarat, termasuk pengenalpastian orang yang bercakap.
  • Simon Says: mentranskripsikan media dalam 100 bahasa dan mengeksport terus ke garis masa pengeditan.
  • Davinci Resolve: disepadukan ke dalam Dropbox Replay, membenarkan anda menyemak komen Replay pada garis masa edit anda dalam Resolve.
  • LumaFusion: menyunting kandungan semasa bergerak dan menyelaraskannya terus daripada Dropbox. Suntingan disiarkan ke Replay dengan mudah untuk membuat semakan.
  • Sprout Social: memperkemas penerbitan sosial untuk meluaskan jangkauan.

Dropbox juga berintegrasi dengan banyak lagi aplikasi popular.

Antara muka pengeditan video Dropbox

Keselamatan yang boleh anda harapkan

Pengguna OneDrive dengan keperluan penghantaran fail lanjutan sering bergantung pada alat seperti WeTransfer, tetapi apl ini kekurangan tahap keselamatan dan kawalan yang sama seperti yang ditawarkan oleh alat bertaraf perusahaan seperti Dropbox.

Dengan integrasi Single Sign-On (SSO), pentadbir IT dapat mendayakan pengurusan identiti yang lancar merentasi Microsoft 365 dan Dropbox. 

Ciri keselamatan utama Dropbox termasuk:

  • Keselamatan akaun, pengesahan berbilang faktor dan pengurusan peranti.
  • Kawalan perkongsian lanjutan, perlindungan kata laluan, tarikh luput dan pembatalan mudah fail dan folder.
  • Pemulihan fail, folder dan kandungan versi lebih lama.
  • Dropbox memenuhi piawaian kawal selia global, termasuk GDPR dan membantu pematuhan HIPAA.
UI yang menunjukkan tetapan penyulitan hujung ke hujung dalam Dropbox.

Sertai 575,000+ pasukan yang mempercayai Dropbox

Logo Jamf
Logo Shein
Logo Hydro Flask
Logo Brother
Logo BMC
Logo Jamf
Logo Shein
Logo Hydro Flask
Logo Brother
Logo BMC