Seorang tukang kayu hanya boleh menjadi sehebat alat yang digunakan mereka. Begitu juga dengan penulisan kerana mencari alat yang sesuai untuk keperluan anda, gaya kerja dan industri boleh menjadi sukar.
Syukurlah, tidak ada kekurangan dalam pilihan yang tersedia— tetapi ini juga boleh membuatkan anda keliru dengan banyak pilihan. Untuk membantu menavigasi perairan ini, kami telah melihat beberapa apl terbaik untuk penulis dan menyelidik masa apl ini akan menjadi paling berguna.
Apl menulis yang terbaik untuk penulisan umum
Walaupun perisian menulis yang canggih ada kegunaannya, namun mencapai pen dan kertas sahaja juga boleh membantu dalam senario yang lebih santai. Kebolehan untuk menulis sesuatu dan menyimpannya di suatu tempat yang boleh dilihat kemudian ialah keperluan yang sangat lazim dan terdapat banyak apl yang boleh membantu anda berbuat demikian.
Jika anda memerlukan editor teks yang paling asas, alatan terbina dalam seperti Notepad untuk Windows atau TextEdit untuk Mac mungkin sudah cukup sesuai. Tetapi jika anda memerlukan pilihan pemformatan yang lebih komprehensif—atau semakan ejaan— anda mungkin mendapati pilihan ini tidak memadai. Untuk tawaran yang lebih berciri penuh bagi kegunaan umum, anda perlu mencari pemproses kata.
Microsoft Word
Bagi kebanyakan orang, Microsoft Word ialah program pertama yang terlintas di fikiran apabila mereka memikirkan istilah "apl menulis." Pemproses kata yang merupakan sebahagian daripada Microsoft Office ini ialah salah satu program paling popular di dunia. Alat yang serba boleh ini dipenuhi dengan templat, pilihan pemformatan dan penyuntingan.
Dropbox menyediakan penyepaduan apl dengan Microsoft yang membolehkan kerjasama masa nyata dalam Word. Ia membenarkan pengguna menyunting fail yang sedia ada melalui dropbox.com, apl mudah alih Dropbox atau dalam Microsoft Office untuk web. Anda juga boleh mencipta dan menyunting fail dalam apl mudah alih atau web Microsoft Office, dan perubahan akan disimpan secara automatik dalam akaun Dropbox anda.
Microsoft Word memerlukan langganan, tetapi jika anda sedang mencari alternatif percuma, pilihlah OpenOffice atau LibreOffice. Walaupun program ini kurang ciri-cirinya, tetapi kedua-duanya menawarkan banyak fungsi yang dijangkakan oleh pengguna Word daripada pemproses kata.
Dokumen Google
Google Docs ialah apl menulis berasaskan awan yang membolehkan anda bekerjasama dengan rakan atau rakan sekerja anda untuk mencipta kandungan bersama pada masa nyata.
Pemproses kata dalam talian yang popular ini mempunyai ciri Smart Compose dan Grammar untuk membantu pengguna menulis dengan lebih cepat dan tepat. Kerja anda disimpan secara automatik dalam Google Drive dan anda juga mendapat manfaat daripada ciri kerjasama dan penyuntingan luar talian. Untuk bermula, anda hanya memerlukan akaun Google percuma untuk kegunaan peribadi atau akaun G Suite untuk perniagaan.
Dengan penyepaduan Dropbox dan Google, Dokumen Google anda akan disimpan bersama dokumen anda yang lain—bermakna anda boleh menemukan semua fail anda di satu tempat yang teratur. Dropbox akan menghantar pemberitahuan apabila penyuntingan dan komen dibuat dalam Dokumen Google, memaklumkan anda tentang perubahan.

Bagaimana pula dengan apl menulis yang terbaik untuk penulisan kreatif?
Penulis novel dan lakon layar lazimnya memerlukan format yang lebih unik. Walaupun pemproses kata mempunyai templat ini, sesetengah penulis memilih untuk mengambil selangkah lebih jauh. Berikut ialah beberapa apl paling popular yang ditujukan untuk seni penulisan kreatif.
Scrivener
Scrivener ialah penjana pemprosesan kata yang merupakan pilihan yang dipandang tinggi untuk kerja bentuk panjang. Pengarang dibenarkan untuk:
- Menulis statistik, yang boleh menjejak kemajuan ke arah matlamat kiraan perkataan harian
- Pelbagai templat yang besar
- Pandangan papan gabus untuk membantu penulis secara visual dengan papan cerita
- Banyak pilihan eksport
Scrivener juga terkenal dengan rangkaian pintasan papan kekuncinya, yang direka untuk membantu pengguna yang berpengalaman menavigasi program dengan lebih pantas.
Storyist
Storyist ialah pemproses kata dengan ciri penuh yang disesuaikan kepada penulis novel dan penulis skrip. Program ini mempunyai suntingan gaya terbina dalam yang membolehkan pengguna menyesuaikan manuskrip mereka. Ia juga dimuatkan dengan pelbagai templat manuskrip dan lakon layar.
Ciri-ciri lain termasuk:
- Alat menggaris fleksibel yang memberi penulis pandangan peringkat tinggi tentang cerita mereka
- Kad indeks dengan nota cerita, ditunjukkan di sebelah manuskrip semasa menulis
- Keupayaan untuk mengimport skrip Final Draft FDX, memudahkan kerjasama dengan penulis skrip
- Ciri penyuntingan buku yang boleh menukar manuskrip menjadi PDF sedia cetak
Storyist menawarkan percubaan percuma, jadi anda boleh mencubanya sebelum membuat langganan. Tetapi, malangnya untuk pengguna Windows, apl itu hanya tersedia untuk macOS dan iOS.
Ulysses
Ulysses adalah eksklusif untuk Mac, iPad dan iPhone. Tawaran iOS miliknya menggunakan pintasan Siri dan tindakan sentuhan 3D. Penulis pada semua peranti akan mendapat antara muka bebas gangguan dengan penyunting teks berasaskan penanda dan pilihan tema yang banyak.
Ulysses menggunakan statistik langsung untuk membenarkan pengguna memantau kemajuan dengan mudah ke arah matlamat harian dan tarikh akhir penulisan, lalu memberikan kebertanggungjawapan dan membantu penulis untuk terus membuat perkembangan. Melalui penyepaduannya dengan Dropbox, folder luar boleh disimpan dalam pustaka teks Ulysses, lalu membolehkan pengguna menemukan semua hasil kerja mereka di satu tempat.
Final Draft
Final Draft ialah apl untuk penulis skrin dan mengangkat dirinya sebagai perisian pilihan untuk pembuat filem di seluruh dunia. Penulis tidak perlu bimbang kerana projek mereka akan diformatkan mengikut standard profesional aplikasi yang mempunyai lebih daripada 100 templat di samping pilihan penghalaman dan pemformatan.
Ciri Pertuturan kepada Skrip milik Final Draft menggunakan fungsi perencanaan macOS, manakala SmartType mengisi nama dan lokasi biasa secara automatik. Hal ini membantu penulis menghabiskan kurang masa untuk menulis, dan lebih banyak masa untuk menjadi produktif.

Dropbox Paper
Perlukan apl yang lebih serba boleh untuk menulis dan menyunting? Masuk: Dropbox Paper.
Pengguna akan mendapati susun atur Paper yang ringkas dan bebas gangguan sesuai untuk penulisan harian. Ia juga percuma untuk digunakan dengan akaun Dropbox, jadi anda boleh bermula dengan segera. Hati penulis lebih tenang apabila semua kerja mereka disimpan dengan selamat dalam akaun penyimpanan awan yang dilindungi dan sedia untuk diakses pada bila-bila masa diperlukan.
Paper berfungsi sebagai apl mudah alih dan apl desktop, lantas membolehkan pengguna menyemak dan menyunting kerja mereka semasa dalam perjalanan. Pengguna juga boleh membuat penyelarasan di luar talian dengan apl mudah alihnya, bermakna jika sambungan Internet anda terganggu, versi peranti fail anda akan disimpan. Ia kemudiannya akan diselaraskan dengan akaun anda sebaik sahaja sambungan anda dipulihkan.
Pilihan perkongsian Paper menjadikannya alat yang sesuai untuk projek penulisan usaha sama. Apabila bekerja secara berkumpulan, anda dan ahli pasukan anda boleh menyunting fail yang sama pada masa nyata. Versi terdahulu fail juga boleh dipulihkan dengan mudah, lantas menghilangkan kebimbangan tentang kawalan versi.
Paper boleh digunakan sebagai templat sumbang saran untuk penulis yang bergelut dengan halangan. Ciri pengurusan tugas membolehkan pengguna menyediakan tugasan dan menandakan tarikh akhir untuk membantu mereka kekal di landasan yang betul. Dengan meneroka dan menggunakan ciri ini, ahli profesional kreatif boleh memberikan dorongan tambahan yang diperlukan untuk menyiapkan projek penulisan mereka.
Kembangkan penulisan anda, mengikut cara anda
Akhir sekali, boleh dikatakan apl penulisan terbaik untuk anda ialah apl yang anda buka pada ketika itu. Sama ada aplikasi itu merupakan editor teks biasa yang anda gunakan untuk mencatatkan idea yang baru terbentuk atau perisian mahal yang sangat anda harapkan sepanjang semua peringkat proses penulisan anda— yang pentingnya adalah untuk mencatatkan idea anda apabila idea itu datang.
Apabila Dropbox Paper membolehkan anda mengakses dan mengembangkan idea tersimpan anda—walaupun anda tidak mempunyai sambungan Internet—semakin sukar untuk anda mencari alasan yang baik untuk tidak menulis. Mulakan dengan Paper dan temui alat yang lebih ringkas serta lebih serba boleh untuk keperluan penulisan anda.