{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Ciri-ciri keselamatan

Keselamatan awan bertaraf perusahaan dengan kawalan berpusat ke atas semua fail syarikat anda

Panel kawalan

Kawalan dan keizinan perkongsian

Pastikan data syarikat sensitif kekal dalam tangan yang betul dengan kawalan perkongsian intuitif. Tarikh luput dan kata laluan boleh ditambah kepada pautan kongsian, sementara pentadbir Dropbox boleh menentukan pasukan mana yang mempunyai akses, dan sama ada perkongsian dibenarkan di luar syarikat.

Kawalan dan keizinan perkongsian

Perlindungan peranti yang hilang

Selamatkan peranti yang hilang atau dicuri dengan mudah. Jika peranti tersalah letak, ia mudah untuk dinyahpautkan daripada akaun pekerja dan menjeda penyelarasan Dropbox. Pentadbir Dropbox juga boleh menggunakan ciri penghapusan jarak jauh kami untuk mengosongkan semua fail daripada folder Dropbox peranti itu.

Penghapusan jarak jauh membenarkan anda membuang data syarikat daripada peranti yang hilang atau dicuri

Pemindahan akaun

Pindahkan fail syarikat kepada ahli pasukan lain dengan mudah menggunakan pemindahan akaun. Jika pekerja berhenti, pentadbir boleh menggantung atau menghapuskan akaun pengguna, dan memindahkan fail hanya dengan beberapa klik.

Pindahkan fail dengan mudah kepada ahli pasukan yang lain apabila ada yang berhenti kerja

Pentauliahan pengguna

Tambah lapisan perlindungan kepada akaun pengguna. Verifikasi dua langkah mengehendaki pengguna untuk memasukkan kod keselamatan enam angka untuk mendaftar masuk atau menyambung peranti baru. Singe sign-on membolehkan ahli pasukan mendapat akses dengan selamat menggunakan pembekal identiti sedia ada seperti Active Directory.

Dropbox memberikan lapisan tambahan keselamatan

Pastikan pasukan anda produktif dan data anda selamat