Dropbox Business mempunyai alat untuk pentadbir dan pengguna akhir untuk lebih melindungi akaun dan data mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai alat dan ciri Dropbox Business yang memberikan pentadbir kawalan dan penglihatan.
Kami juga menyediakan pengguna dengan alat-alat yang, setara dengan dasar-dasar keselamatan perniagaan mereka, membantu melindungi akaun mereka dan memastikan data kerja yang penting kekal sulit:
Dengan mencipta kata laluan yang kukuh dan unik untuk setiap laman web, apl, dan akaun dalam talian yang lain — dan merahsiakannya sebaik mungkin — anda akan membantu mengekalkan keselamatan akaun Dropbox dan akaun anda yang lain.
Ini adalah ciri keselamatan tidak wajib — tetapi sangat disyorkan — yang menambah lapisan perlindungan ke atas akaun anda. Sebaik sahaja verifikasi dua langkah dibolehkan, Dropbox akan memerlukan kata laluan dan kod keselamatan enam angka anda dihantar melalui SMS atau apl pengesahan berlainan apabila mendaftar masuk atau memautkan peranti baru.
Daripada halaman Keselamatan, anda boleh memantau peranti yang dipautkan, sesi web aktif, serta apl pihak ketiga yang mempunyai akses kepada akaun anda dengan mudah. Sesuatu nampak tidak kena? Anda boleh memotong mana-mana akses dengan hanya satu klik.
Dari halaman Acara, maklumat aktiviti akaun terkini tersedia untuk folder kongsian dan pautan perkongsian aktif, begitu juga senarai log suntingan, penambahan, dan penghapusan fail dan folder individu. Dari halaman Profil, anda juga boleh memilih untuk menerima pemberitahuan setiap kali peranti atau apl baru dipautkan ke akaun anda.