Dropbox direka dengan infrastruktur yang selamat dan teragih dengan berbilang lapisan perlindungan. Kami bekerja di belakang tabir untuk melindungi data anda dan menguasakan pentadbir IT dengan alat-alat yang menyediakan kawalan dan penglihatan. Rangka kerja pengurusan keselamatan maklumat kami yang teguh direka untuk menilai risiko dan membina budaya keselamatan di Dropbox.
Pematuhan adalah cara yang berkesan untuk mengesahkan kebolehpercayaan sesuatu perkhidmatan. Kami menggalakkan dan mengharapkan anda supaya mengesahkan bahawa amalan keselamatan kami mematuhi standard dan peraturan yang diterima meluas seperti ISO 27001 dan SOC 1, 2, dan 3. Juruaudit pihak ketiga bebas kami menguji kawalan kami dan memberikan laporan dan pendapat mereka — yang mana kami kongsikan bersama anda.
Anda pemilik data anda, dan sama ada ia maklumat peribadi atau kerja anda, kami komited untuk memastikan ia sulit. Dasar privasi kami jelas menerangkan cara kami mengendali dan melindungi maklumat anda. Kami menyiarkan laporan ketelusan dan prinsip permintaan data kerajaan kami untuk berkongsi seberapa kerap kami menerima, meneliti, dan membalas permintaan ini, dan kami juga cuba untuk mengubah undang-undang untuk menjadikannya lebih melindungi privasi anda.