Skip to main content

Di sebalik tabir: Gambaran umum seni bina

Dropbox direka dengan pelbagai lapisan perlindungan, termasuk pemindahan data selamat, penyulitan, konfigurasi rangkaian, dan kawalan tahap aplikasi yang diagihkan ke seluruh infrastruktur boleh skala dan selamat.

Seorang lelaki bekerja di stesen kerjanya dengan beberapa paparan komputer di tengah-tengah makmal penyelidikan

Infrastruktur fail

Pengguna Dropbox boleh mengakses fail dan folder pada bila-bila masa dari beberapa antara muka, termasuk desktop, web, dan klien mudah alih, atau melalui aplikasi pihak ketiga yang bersambung ke Dropbox. Setiap satu mempunyai tetapan keselamatan dan ciri-ciri yang memproses dan melindungi data pengguna di samping memastikan kemudahan akses. Semua klien ini bersambung ke pelayan yang selamat untuk menyediakan akses ke fail, membenarkan perkongsian fail dengan orang lain, dan mengemas kini peranti yang bersambung apabila fail-fail ditambah, diubah, atau dihapuskan.

Infrastruktur fail agihan Dropbox

Infrastruktur fail kami terdiri daripada komponen berikut:

Infrastruktur Dropbox Paper

Pengguna Dropbox boleh mengakses dokumen Paper pada bila-bila masa dari web dan klien mudah alih, atau melalui aplikasi pihak ketiga yang bersambung dengan aplikasi Dropbox Paper. Semua klien ini bersambung ke pelayan yang selamat untuk menyediakan akses kepada dokumen Paper, membenarkan perkongsian dokumen dengan orang lain, dan mengemas kini peranti yang bersambung apabila dokumen ditambah, diubah, atau dihapuskan.

Infrastruktur fail agihan Dropbox Paper

Infrastruktur Dropbox Paper terdiri daripada komponen berikut: