Sama ada kit penyesuaian tugas, dokumen kewangan, atau borang cukai, tukarkan PDF yang menyusahkan kepada borang mesra mudah alih—tanpa soalan yang tidak berkaitan dan berulang-ulang. Borang mudah alih membantu pelanggan menyingkirkan tindakan mencubit dan mengezum supaya pelanggan mendapat pengalaman berpandu yang tidak menyusahkan.
Permudahkan kertas kerja dengan apl borang mudah alih
Permudahkan pengumpulan data yang rumit melalui borang yang mesra mudah alih dan intuitif. Dengan apl borang mudah alih kami, mudah untuk menukar borang PDF kepada borang web yang berinteraktif sepenuhnya dan mesra mudah alih.
Jadi lebih tepat—dan kurang kod—dengan Dropbox Forms.
Cara mencipta borang mudah alih dengan Dropbox Forms
Cipta akaun
Sediakan akaun Dropbox Forms anda—secara percuma!
Tambah borang anda
Pilih templat borang pramuat daripada pustaka kami, muat naik dan imbas PDF anda sendiri secara automatik, atau cipta borang dari awal dengan menggunakan medan seret dan lepas.
Kongsi
Tambah alamat e-mel dan hantar. Itu sahaja—anda sudah selesai! Semudah itu sahaja.
Dengan pengumpulan data automatik, masa untuk mendapatkan tandatangan dikurangkan dan kadar pelengkapan meningkat, yang menjimatkan masa dan wang untuk pasukan anda. Bukan sahaja data yang dikumpulkan adalah lebih tepat, tetapi data juga dipetakan kembali kepada PDF asal dan kembali ke dalam sistem data anda secara automatik.
Dropbox Forms menyediakan beberapa manfaat keselamatan:
- Gunakan kurang alat untuk memproses data sensitif tanpa mengabaikan aspek keselamatan
- Dokumen disimpan dengan perlindungan tembok api, disulitkan dan disandarkan dengan pemulihan sandaran AWS.
- Data yang dikumpulkan kekal selamat dan teratur di satu tempat.
Soalan lazim
Borang mudah alih ialah borang yang telah direka bentuk khas untuk lebih mudah dilihat dan disunting pada peranti mudah alih. Borang ini wujud kerana format dokumen yang lebih tradisional, seperti PDF, tidak mudah diskalakan untuk dimuatkan pada skrin mudah alih dan sukar untuk disunting.
Dropbox Forms menukarkan PDF statik kepada borang mudah alih yang mesra pengguna. Borang akan mempunyai format yang mudah dibaca pada skrin yang lebih kecil, jadi sesiapa sahaja boleh mengisi maklumat terus daripada peranti mudah alih mereka.
Alat tinjauan tersebut membolehkan individu mengumpulkan data yang ringkas dengan cepat daripada kumpulan individu yang kecil, satu borang pada satu masa. Dropbox Forms membolehkan perniagaan mengumpulkan borang yang rumit, seperti dokumen cukai atau borang penyesuaian tugas, menjadi aliran kerja automatik untuk ratusan atau ribuan penerima.
Borang mudah alih boleh digunakan untuk mengautomatikkan proses penyesuaian tugas dan semakan latar belakang untuk penyedia penjagaan kesihatan, untuk mengisi slip kebenaran pada peranti mudah alih, untuk memproses kerja kertas pengambilan klien dan banyak lagi. Kumpulkan data daripada beribu orang dan petakannya kembali ke dalam sistem data pihak ketiga anda secara automatik.Â