Smart Sync Bebaskan diri daripada pemacu keras anda

Lupakan kebimbangan tentang ruang storan dengan Dropbox Smart Sync. Lihat dan akses setiap fail di dalam akaun anda dan setiap folder yang pernah dikongsi dengan anda, terus daripada desktop, tanpa memakan semua ruang pemacu keras anda.

Penyelarasan Pintar menawarkan pelanggan cara yang lebih baik untuk mengakses semua kerja mereka. Ia membolehkan pengguna untuk mengakses semua kandungan yang boleh mereka akses di Dropbox — setiap fail dan setiap folder yang dikongsi — pada desktop mereka, dengan hanya satu klik. Fail dan folder tidak mengambil ruang sehingga ia diperlukan, maka tidak timbul masalah jika pengguna mempunyai perkara demikian dengan banyak dalam awan berbanding ruang yang boleh disimpan pada pemacu cakera keras mereka. Segala-gala yang anda perlukan, berada di tempatnya, tepat pada masanya.

Bekerja tanpa batas ruang

Anda mencipta banyak kerja hebat, terutamanya semasa anda bekerjasama dengan klien dan pasukan anda. Dan semakin projek berkembang, ruang pemacu keras anda akhirnya habis. Tetapi dengan Smart Sync, ruang bukan lagi satu masalah.

Tangkapan skrin yang menunjukkan betapa terhadnya amaun ruang simpanan pemacu keras.

Semua kerja anda, di hujung jari

Lihat semua fail dan folder anda seperti yang dilihat pada desktop anda—sama ada ia terletak di awan atau diselaraskan secara setempat ke peranti anda. Tidak perlu menjejak fail pada pemacu yang berlainan, segala-galanya ada di sana.

Tangkapan skrin yang menunjukkan semua fail dan folder anda yang disimpan di Dropbox

Mudah diakses

Folder, walaupun seluruh projek, hanya dalam satu klik. Buka fail dan ia akan menyelaras ke pemacu keras anda secara automatik—ia begitu mudah. 

Tangkapan skrin yang menunjukkan penarikan fail yang disimpan sebagai "dalam talian sahaja" dalam awan dan anda boleh menggunakannya daripada desktop anda secara langsung.

Kosongkan ruang untuk bekerja

Mengosongkan ruang juga sama mudah. Hantar fail dan folder ke awan, dan ia akan masih boleh dilihat pada desktop anda, walaupun tiada pada pemacu keras anda. 

Tangkapan skrin yang menunjukkan cara untuk anda melapangkan ruang dalam pemacu keras anda. Anda hanya perlu klik kanan pada fail setempat dan buat "dalam talian sahaja" untuk dihantar ke awan.

Berfungsi pada berbilang platform

Smart Sync berfungsi dengan lancar pada Windows dan Mac, walaupun anda tidak menggunakan versi yang terkini. Ia sudah menjadi sebahagian daripada Dropbox anda—sedia untuk bekerja di mana sahaja anda berada.

Imej Apple dan logo Microsoft untuk menunjukkan bahawa Penyelarasan Pintar berfungsi pada kedua-dua sistem operasi
Logo syarikat Perundingan Maine Pointe

Jika anda menggunakan alat kerjasama fail tanpa ciri seperti Smart Sync, anda akan sentiasa menemui jalan buntu, dan sebagai firma perundingan yang bergerak sepanjang masa, kami pernah menghadapi masalah ini. Pada setiap peringkat, Smart Sync telah menangani kesukaran untuk kami dan benar-benar mempermudahkan cara bekerjasama.

Soalan-soalan Lazim

Bagaimanakah Smart Sync menjimatkan ruang pada pemacu keras saya?

Lazimnya, fail yang diselaraskan akan dimuat turun sepenuhnya ke komputer anda dan ia menggunakan ruang pemacu keras. Dengan Smart Sync, anda boleh menyediakan fail dan folder dalam talian sahaja. Fail dalam talian sahaja menggunakan hanya sedikit ruang pemacu keras untuk menyimpan maklumat seperti nama fail, saiz, dan pratonton kenit, tetapi kandungan penuh fail itu akan disimpan dengan selamat di awan Dropbox. Anda akan sentiasa melihat fail dalam talian sahaja pada komputer anda, jadi apabila anda memerlukannya, anda boleh buka hanya dengan satu klik.

Bolehkah saya sediakan fail dalam talian sahaja ketika saya berada di luar talian?

Ya, amat mudah untuk menyediakan fail anda walaupun semasa anda berada di luar talian! Hanya klik kanan pada fail dan pilih Setempat daripada menu Smart Sync. Kandungan penuh fail itu akan diselaraskan ke pemacu keras komputer anda supaya anda boleh bekerja di luar talian.

Bagaimanakah Smart Sync berbeza berbanding penyelarasan terpilih?

Smart Sync dan penyelarasan terpilih boleh membantu anda menjimatkan ruang. Penyelarasan Terpilih merupakan ciri lama yang membolehkan anda untuk memilih fail dan folder untuk diselaraskan dengan Dropbox. Fail yang diselaraskan menggunakan ruang pemacu keras, dan segala-gala yang tidak diselaraskan tidak boleh dilihat atau dibuka pada komputer anda. Dengan Smart Sync, anda boleh pilih untuk menyediakan fail dalam talian sahaja. Fail dalam talian sahaja hampir tidak menggunakan ruang pada pemacu keras anda, tetapi anda masih boleh melihatnya, menamakan semula, mengalih, dan melihat pratonton terus daripada komputer anda — sama seperti fail biasa. Dan apabila anda memerlukan, cuma buka, dan ia akan menyelaras secara automatik.

Apakah syarat keperluan sistem untuk Smart Sync?

Smart Sync berfungsi pada Windows dan Mac OS. Ketahui lebih lanjut tentang syarat keperluan sistem kami