Skip to main content

Sistem penyusunan fail untuk aliran kerja yang dipermudah dan tanpa tekanan

Menghadapi kesukaran untuk menjejaki semua kandungan anda? Dropbox membantu anda mengatur kehidupan digital anda dengan mudah. Jadi, anda boleh menjimatkan masa untuk menjejak fail dan meluangkan lebih banyak masa untuk menyiapkan kerja.

Menu juntai bawah menunjukkan fail yang berbeza dalam akaun Dropbox
Memastikan fail pasukan tersusun di dalam satu tempat

Jimatkan masa mengesan kandungan dan menguruskan fail anda, dan lebih banyak masa menyelesaikan kerja. Dengan Dropbox, semua kandungan anda berada dalam satu lokasi yang berpusat dan berstruktur. Bayangkannya sebagai kabinet pemfailan dalam talian, tanpa kertas yang berselerak. Anda yang tetapkan struktur folder dan sistem penyusunan, lantas memudahkan anda mencari perkara yang diperlukan, semasa anda memerlukannya.

Bekerjasama dalam projek? Dropbox membolehkan anda berkongsi fail dan folder dengan orang lain — dan anda memutuskan sama ada mereka boleh melihat atau menyunting fail dan folder tersebut. Semua orang yang anda jemput boleh melihat dan mengakses folder, subfolder, dan fail daripada akaun Dropbox mereka, memudahkan mereka untuk mencari perkara yang diperlukan.

Folder kumpulan mencipta sistem pemfailan yang lebih mudah dan berguna untuk ahli pasukan yang ditetapkan. Jemput kumpulan ke folder kongsian supaya semua ahli mempunyai akses segera ke versi terkini fail dalam folder.

Seorang pengguna mencari fail dalam Dropbox
Memantapkan hierarki folder

Hierarki folder Dropbox membolehkan anda mencipta sistem pemfailan yang ringkas—membantu pasukan anda mengakses dan melihat fail dengan cara yang lebih teratur. Pilih cara anda mahu menstrukturkan folder dan subfolder supaya semua orang dalam pasukan anda tahu tempat untuk menyimpan fail dan cara mencari fail tersebut.

Sistem pengaturan fail yang jelas dan berasaskan awan bermaksud jimat masa untuk sokongan teknikal bagi pasukan anda dan luangkan lebih masa untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Hierarki folder dalam Dropbox
Bekerjasama dengan mudah dan selamat

Tempoh perkongsian pelbagai versi fail sebagai lampiran e-mel telah berakhir. Dengan Dropbox, perubahan fail akan diselaraskan secara automatik kepada sesiapa yang berkongsi fail, menjadikan usahasama mudah.

Malah, anda akan dimaklumkan apabila seseorang telah melihat, menyunting, menghapuskan, atau memindahkan fail antara folder supaya anda dapat membuat susulan dengan pantas. Daripada menghantar maklum balas berulang-ulang melalui e-mel, anda boleh anotasi fail kongsian untuk bertukar komen dengan pasukan anda secara langsung.

Anda mempunyai beberapa fail untuk dikongsi dengan rakan sepasukan anda tetapi anda mahu mengekalkan isi folder yang lain sebagai sulit? Tiada masalah. Pastikan dokumen anda yang paling penting selamat dengan kebenaran folder terperinci. Kongsi fail khusus dengan sesiapa sahaja dan pada masa yang sama juga menghalang mereka mengakses ke folder atau struktur folder yang terdapat dalam folder tersebut.

Pengguna membuka fail yang telah dikemas kini oleh kolaborator

Soalan lazim

Hierarki folder ialah struktur yang anda cipta untuk folder pada pemacu keras, pelayan atau dalam akaun Dropbox anda. Struktur ini membantu anda mengatur kandungan anda dengan cara yang anda boleh menemukan fail yang anda cari dengan cepat dan mudah.

Dalam hierarki folder, anda mencipta satu siri subfolder bersarang dalam satu folder utama. Apabila sistem anda berkembang, anda boleh memecahkan sistem kepada subfolder selanjutnya, mewujudkan sistem pemfailan digital yang lebih cekap. Dengan memberikan semua fail anda lokasi yang ditetapkan, pencarian apa-apa sahaja yang anda perlukan dan pada bila-bila masa anda perlukan boleh menjadi semudah mungkin.

Mudah untuk mengatur fail dan folder dengan menggunakan Dropbox. Pertama, anda perlu menyediakan struktur folder berdasarkan cara pasukan anda lazimnya bekerja. Adakah ahli pasukan bekerja bersama atau sendiri? Adakah fail akan dimiliki oleh individu atau berbilang penyumbang?

Dari situ, cipta konvensyen penamaan untuk fail dan folder anda. Ini memastikan fail diatur dengan cara yang konsisten dalam pasukan anda. Akhir sekali, sediakan kumpulan supaya anda boleh memudahkan cara kandungan dikongsi dalam kalangan ahli pasukan anda. Dengan cara ini, ahli pasukan boleh mengakses fail yang mereka perlukan dengan cepat tanpa perlu mencari melalui keseluruhan struktur folder. Gunakan tip pengaturan kami untuk mencipta ruang pasukan berstruktur di Dropbox.

Ya, ciri pelarasan terpilih kami membolehkan perkara ini. Pelarasan terpilih membolehkan anda membuang fail atau folder Dropbox daripada peranti Windows atau Mac tanpa menghapuskan fail atau folder daripada akaun Dropbox anda.

Lazimnya, Dropbox akan menyelaras mana-mana perubahan fail di seluruh peranti dan dropbox.com. Dengan pelarasan terpilih, anda boleh mengosongkan ruang dengan memilih folder yang tidak perlu disimpan pada komputer anda manakala folder yang sama tersebut kekal berada dalam akaun dropbox.com anda.

Penyusunan fail menggalakkan produktiviti

Harap maklum: Bukan semua kandungan tersedia dalam semua bahasa

Kolaborator menulis pada sehelai kertas dengan pensel besar

Masa untuk mengurangkan lebihan maklumat

Baca tentang cara strategi boleh mencegah maklumat berlebihan dan membolehkan anda menumpukan perkara penting.

Ikon apl hijau, hitam dan biru pada latar belakang merah manggis

Kemas dan rapi

Jangan biarkan keserabutan memperlahankan perkembangan anda. Biar kami uruskan kerja yang remeh, agar anda boleh menumpukan pada perkara penting.

Seseorang sedang bekerja menggunakan komputer riba sambil duduk di meja luar

Belajar daripada pakar

Tingkatkan kerjasama, maka produktiviti akan turut dipertingkat. Dengar sebabnya daripada sembilan peneraju industri.

Lihat lebih banyak ciri

Seorang pengguna berkongsi fail dalam Dropbox

Perkongsian fail

Kongsi mana-mana fail atau folder dengan sesiapa sahaja, dengan mudah

Fail sedang disandarkan kepada awan

Sandaran fail

Sandarkan fail anda dengan mudah dan selamat untuk melindungi daripada kehilangan data

Ikon tablet dengan ikon ‘tidak’

Padam secara jauh

Padam secara jauh pada peranti anda untuk memastikan data anda selamat

Fail imej gajah berwarna hijau

Hantar fail besar

Hantar mana-mana jenis fail besar kepada sesiapa pun, tanpa rasa bimbang