Buat dan edit dokumen online

Dropbox Paper merupakan pemproses tulisan dalam talian yang percuma, alat kerjasama pada masa nyata dan perancang projek yang digabungkan dalam satu platform. Tersedia di web, iOS dan Android.
cipta dan sunting dokumen dalam talian

Cipta dokumen dengan mudah dalam talian

Seperti pemproses kata, Paper menyediakan anda beberapa cara untuk mencipta dokumen:

Mula dari awal: Klik sahaja butang untuk mencipta dokumen kosong dan anda boleh mula menaip. Paper memformatkan hasil kerja anda secara automatik, misalnya mencipta isi kandungan untuk anda agar anda boleh kekal fokus.

Mulakan dengan templat: Paper menampilkan beberapa templat dokumen. Anda juga boleh mencipta templat sendiri daripada dokumen sedia ada, lengkap dengan teks pemegang ruang letak. Kemudian, kongsi templat anda dengan kolaborator untuk mencipta dan mengedit dokumen word dalam talian.

Cipta daripada acara kalendar: Pautkan akaun Microsoft Office 365 atau Google Calendar anda dan anda boleh mencipta nota mesyuarat dengan mudah. Dengan hanya satu klik, Paper boleh memulakan dokumen baharu secara automatik dengan para hadirin dan agenda daripada acara anda, dilengkapi dengan bahagian untuk perbincangan dan item tindakan.

Import daripada Microsoft Word: Anda sudah mencipta dokumen di tempat lain? Paper boleh mengimport dan menukar fail .docx dan .txt agar anda boleh mengedit dokumen Word dalam talian.

cipta dokumen dalam talian

Sunting dokumen dengan serta-merta

Anda mencari pemproses word dalam talian yang mudah dan percuma? Paper boleh membantu anda.

Pemformatan teks ringkas: Pilih mana-mana teks untuk mengeluarkan bar alat pemformatan dengan segera. Anda juga boleh menggunakan pintasan papan kekunci untuk menggayakan teks, mencipta senarai berbulet dan melakukan tindakan lazim yang lain.

Penyimpanan automatik: Anda tidak perlu risau hilang kerja yang sedang berjalan. Paper menyimpan dokumen secara langsung anda semasa anda dan kolaborator menaip.

Pembilang perkataan dan aksara: Lihat berapa panjang dokumen anda dan kira berapa banyak emoji yang telah anda gunakan.

Atribusi: Paper menambah nama penyumbang dalam margin dokumen anda, lantas membolehkan semua orang melihat orang yang menambah pada setiap bahagian.

Pratonton pautan: Tampal sahaja pautan daripada alat popular seperti Dropbox, YouTube dan Pinterest. Paper akan menambah pratonton secara automatik pada dokumen anda.

 Sunting dokumen dengan serta-merta

Bekerjasama menggunakan dokumen secara langsung

Anda sudah tidak perlu melampirkan dokumen pada e-mel dan menukar nama fail untuk menjejak versi terkini. Paper menjadikan kerjasama kandungan pasukan mudah.

Kongsi ikut gaya anda: Salin pautan untuk menghantar dokumen kepada sesiapa atau jemput seorang demi seorang. Anda juga boleh menggunakan folder untuk menyimpan kelompok dokumen dan kongsi dokumen dengan pasukan anda. Kolaborator juga boleh mencari mana-mana dokumen yang tersedia untuk seluruh pasukan dengan mencari di Paper.

Kawal akses: Benarkan dokumen anda tersedia untuk sesiapa yang mempunyai pautan, ahli pasukan Dropbox anda atau hanya individu tertentu yang anda jemput.

Tangani perubahan: Paper menjejak semakan apabila anda dan kolaborator melakukan suntingan. Anda boleh melihat dengan mudah individu yang mengubah dan kembali semula pada mana-mana titik dalam sejarah versi dokumen anda. Sejarah komen atau dialog dokumen pula membolehkan anda memastikan semua soalan telah dijawab.

Penyelarasan projek: Ciri seperti tugasan, @mentions dan tarikh akhir membantu anda dan pasukan anda merancang projek dan memastikan kelancaran projek dalam dokumen anda.

kerjasama dokumen