Peranti storan

Bagaimana fail saya dilindungi?

Peranti storan

  • Fail tidak dipindahkan langsung melalui Internet, jadi tiada risiko seseorang memintas trafik rangkaian anda
  • Sesetengah peranti storan menyediakan penyulitan perkakasan terbina dalam
  • Verifikasi dua langkah jarang digunakan pada peranti storan
  • Fail tidak boleh dihapuskan daripada peranti yang hilang
  • Sesetengah jenis peranti storan cenderung kepada kerosakan data
  • Perisian hasad mungkin dipasang apabila menyambungkan peranti yang tidak diketahui kepada komputer anda
  • Penyelesaian perkongsian fail berasaskan peranti storan boleh berjalan sepenuhnya di belakang tembok api anda

Dropbox

  • Dropbox menyulitkan trafik rangkaian dengan SSL/TLS
  • Dokumen disimpan menggunakan penyulitan AES 256 bit
  • Keupayaan verifikasi dua langkah disertakan
  • Integrasi dengan kebanyakan pembekal SSO berasaskan SAML
  • Fail boleh dihapuskan daripada peranti yang hilang dengan penghapusan jarak jauh dengan Dropbox Pro atau Business
  • Infrastruktur Dropbox mengikut model ketersediaan n+2 dan membenarkan 99.99% ketahanan
  • Dropbox boleh diakses terus dari komputer anda atau laman web, membuang risiko perisian hasad daripada peranti luaran
  • Dropbox berfungsi dengan kebanyakan tembok api korporat, tetapi ia tidak boleh diletakkan di belakang tembok api syarikat anda

Berkongsi fail dengan peranti storan boleh mengelakkan banyak isu yang berkaitan dengan Internet, tetapi ia mewujudkan kelemahan lain. Kebanyakan syarikat tidak melaksanakan polisi formal berkenaan peranti simpanan mereka. Ini menyebabkan banyak pemacu jari, kad SD, atau cakera keras luaran bertaburan di sana sini, mendedahkan anda kepada kesilapan atau tersalah letak. Jika ia mengandungi dokumen sensitif, ini boleh menjadi isu keselamatan yang serius.

Tambahan lagi, sesetengah jenis peranti storan cenderung kepada kerosakan data. Contohnya, pemacu jari murah mempunyai kitaran tulis/padam yang terhad, maknanya memori akan gagal akhirnya, dan anda mungkin tidak akan dapat mengakses dokumen-dokumen anda. Mencabut peranti tanpa eject dengan selamat juga boleh merosakkan data jika ada aplikasi sedang menulis kepada peranti.

Dropbox membantu melegakan kebimbangan ini. Ia menjadikan perkongsian fail syarikat anda rasmi dengan meletakkan segala-galanya ke dalam folder Dropbox pada desktop anda dan bukannya menyelerakkan dokumen anda pada pelbagai peranti storan. Anda juga tidak perlu menyenggara dan membuat sandaran perkakasan, memastikan data anda tidak akan rosak. Akhir sekali, untuk menangani masalah keselamatan yang berkaitan dengan menghantar data melalui Internet, Dropbox menyulitkan dokumen anda ketika rehat, dan juga semasa ia sedang dipindahkan antara anda dan kami.

Untuk maklumat lanjut mengenai keselamatan Dropbox, sila lihat Panduan Amanah Dropbox Business.