Skip to main content

Simpanan dokumen yang selamat dan ringkas

Simpanan fail berasaskan awan dengan Dropbox memudahkan anda menyimpan, menyusun dan mengakses dokumen anda secara dalam talian

Pengurusan storan dokumen online
Storan dokumen online

Menyimpan, menyusun dan mengakses fail digital, foto dan video anda dalam ruang storan yang berpusat dan selamat boleh jadi mencabar. Seringkali, sukar bagi anda menyimpan dokumen dengan cekap tanpa memakan ruang fizikal yang banyak bagi storan rekod atau menggunakan sumber bernilai bagi pengurusan rekod.

Hasilnya, sistem pengurusan dokumen digital telah beralih dalam talian ke sistem simpanan fail awan yang juga menyertakan alat imbasan dokumen dan ciri pengekalan dokumen yang terbina dalam. Dengan lebih ramai orang memilih untuk tidak menggunakan kertas atau bekerja dalam awan sepenuhnya, simpanan dokumen dalam talian boleh menjadi penyelesaian yang memberi anda fail yang tersusun dan boleh akses di mana-mana sahaja anda berada.

Storan dokumen boleh akses di mana-mana jua
Sistem pengurusan dokumen berasaskan awan

Dropbox merupakan penyelesaian perisian berasaskan awan yang menguruskan dokumen elektronik untuk individu dan pasukan. Ia berkhidmat sebagai repositori dokumen anda, tetapi ia juga boleh memudahkan cara anda menyusun, mencari dan bekerja dengan fail digital.

Dengan Dropbox sebagai penyelesaian simpanan dokumen dalam talian anda, anda dan pasukan boleh:

  • Mencipta sistem penyusunan dokumen yang menggalakkan kerjasama
  • Perkemaskan aliran kerja anda dengan mengumpulkan fail anda dalam satu ruang kerja bersama yang mudah
  • Backup sebarang fail, folder atau pemacu keras ke lokasi storan luar tapak yang selamat
  • Jaga keselamatan dokumen anda dengan perkongsian fail dan kawalan akses
Susun, cari dan bekerja dengan fail digital
Cara yang lebih baik untuk bekerja dengan fail awan

Dengan sistem simpanan fail awan yang teratur, anda boleh mengakses fail elektronik anda dalam repositori dokumen dari mana-mana sahaja, daripada sebarang peranti—menjadikan kerja lebih berkesan dan produktif. Cipta ruang perkongsian pasukan dan urus dokumen dalam talian anda mengikut jabatan, klien atau projek.

Ruang pasukan membenarkan pentadbir untuk sediakan kumpulan dan memudahkan perkongsian di kalangan ahli pasukan. Ini sangat berguna untuk ahli pasukan yang kerap berkongsi fail antara satu sama lain. Hanya gunakan konsol pentadbir untuk menetapkan kebenaran, mengawal akses dan mengurus siapa yang melihat fail dalam folder kongsian.

Kongsi dan urus dokumen online anda di tempat kerja

Soalan lazim

Fail online atau storan dokumen luar tapak ialah cara untuk menyimpan dan menyusun fail digital anda menggunakan apl atau laman web. Dengan storan dokumen online, anda boleh mengakses fail anda dari mana-mana dan pada bila-bila masa.

Terdapat pelbagai cara yang berbeza untuk anda menyimpan fail digital, namun kaedah paling ringkas dan lebih terjamin ialah teknologi awan. Penyedia penyimpanan awan seperti Dropbox memastikan fail anda selamat di samping memudahkan anda untuk mengedit, berkongsi dan bekerjasama pada fail tersebut.

Cloud storage untuk pengurusan dokumen dan rekod mempunyai banyak manfaat.

Pertama sekali, anda boleh mengurangkan sumber yang digunakan untuk menyimpan dokumen kertas fizikal di rumah, di pejabat, dalam kabinet fail dan kotak simpanan di pejabat atau di kemudahan penyimpanan yang lain. Tidak menggunakan kertas bukan sahaja menjimatkan wang, tetapi juga lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Sama-sama untung.

Anda juga boleh bertenang apabila anda tahu anda sentiasa mempunyai salinan kerja penting dan maklumat sensitif disimpan dalam simpanan dokumen yang dijamin di awan, walaupun semasa bencana alam melanda dan keadaan lain yang tidak dijangka. Akhir sekali dan sama pentingnya, perkhidmatan penyimpanan awan memperkemas aliran kerja dengan memberikan pasukan ruang kerja yang lebih berpusat, teratur dan kolaboratif.

Pengurusan dokumen luar tapak yang berkesan bermula dengan soalan ringkas: Bagaimanakah saya (atau pasukan saya) suka bekerja dengan dokumen dalam talian? Berdasarkan keperluan perkongsian dan kerjasama anda, anda kemudian boleh menyesuaikan dan mengatur dokumen anda ke dalam folder dan subfolder dalam Dropbox.

Dropbox membenarkan anda menetapkan kebenaran, tagkan dokumen untuk boleh dicari dengan mudah dan juga menyediakan sistem anda untuk membuat sandaran dan selaraskan dokumen secara automatik. Dengan cara ini, dokumen akan sentiasa terkini dan dapat diakses. Dengan adanya sistem pemfailan elektronik yang diperkemaskan, anda boleh mengurus fail dan dokumen digital anda dengan mudah.

Mahukan lebih banyak panduan? Semak idea penyusunan fail kami.

Lihat lebih banyak ciri

Usahasama dokumen online

Usahasama kandungan

Mudah bekerjasama, menyunting dan berkongsi kandungan dengan ahli pasukan

Pulihkan fail yang hilang

Pemulihan fail

Pulihkan fail hilang, suntingan secara tidak sengaja atau kerja yang terhapus

Anotasi pada fail dan PDF

Catatan

Kongsi maklum balas dan anotasi secara terus pada fail, tanpa memerlukan perisian

Alat pengurusan tugas

Pengurusan tugas

Uruskan senarai tugasan anda dengan lebih efektif menggunakan Dropbox Paper