Sama ada anda telah meninggalkan telefon, komputer riba, atau tablet anda di laluan bawah tanah atau peranti anda jatuh ke tangan yang salah, jangan risau. Anda mempunyai perlindungan data dengan Dropbox. Kosongkan data pada telefon anda atau penghapusan jarak jauh peranti anda agar fail anda kekal selamat. Jika anda mahu, anda boleh sync fail daripada dropbox.com dengan peranti baharu.

Sebaik sahaja anda padam peranti secara jauh, log masuk ke Dropbox anda untuk semak semula status anda dan pastikan yang data anda telah dipadam sepenuhnya daripada peranti.

Anda boleh menggunakan penghapusan jarak jauh untuk membuang data Dropbox dengan selamat daripada semua peranti peribadi anda:
- Penghapusan jarak jauh komputer riba dan komputer desktop
- Buang data Dropbox daripada iPhones dan iPad
- Kosongkan fail Dropbox anda daripada telefon dan tablet Android

Soalan lazim
Penghapusan jarak jauh merupakan ciri keselamatan untuk pengurusan peranti mudah alih yang membenarkan anda menghapuskan data dari jauh daripada peranti yang hilang atau dicuri. Pengguna Dropbox Plus, Professional dan Business boleh memadam mana-mana data pada peranti atau folder Dropbox pemacu keras mereka, lantas memastikan fail sensitif kekal dalam kawalan mereka.
Untuk menghapuskan data Dropbox anda dari jauh, anda hanya perlu mendaftar masuk dalam akaun dropbox.com anda dan memilih peranti yang ingin dibersihkan data Dropbox. Jika anda pengguna Dropbox Plus, Professional dan Business, anda boleh memadam folder Dropbox daripada mana-mana peranti yang dipautkan apabila akaun anda berada dalam talian.
Menghapuskan fail dengan penghapusan jarak jauh tidak akan menghapuskan fail tersebut daripada akaun Dropbox anda—fail hanya akan dikosongkan daripada peranti atau pemacu keras anda yang hilang atau dicuri. Disebabkan fail anda disimpan dengan selamat di dropbox.com, maka anda boleh selaraskan fail anda pada peranti atau pemacu keras baharu pada bila-bila masa yang anda suka