Beban kerja bagi kertas kerja diringankan dengan apl pengimbas dokumen

Simpan, atur, dan kongsi kerja anda—terus daripada telefon anda—dengan pengimbas dokumen Dropbox.

Pengimbas dokumen Dropbox
Pengimbas dokumen Dropbox

Simpan dan atur kerja anda serta-merta

Muat naik dan atur imbasan dengan mudah daripada papan putih, resit, lakaran, dan banyak lagi menggunakan apl mudah alih Dropbox. Kini boleh didapati pada iOS dan Android.

Pengguna Dropbox Professional dan Business boleh mencari teks sekalipun dalam imbasan mereka dengan bantuan pengecaman aksara optik (OCR).

atau doc scanner

Produktiviti di dalam poket anda

Ini beberapa cara untuk memanfaatkan pengimbas dokumen sepenuhnya

Imbas Resit

Lupakan tentang mengumpul—atau lagi teruk, kehilangan—timbunan resit semasa perjalanan perniagaan untuk laporan perbelanjaan anda. Hanya imbas ke dalam Dropbox semasa anda berjalan, dan ia akan mudah untuk dicari dan diserahkan kemudian.

Imbas lukisan papan putih

Tiada lagi mencatat nota dengan cemas daripada papan putih apabila mesyuarat tamat. Hanya gunakan pengimbas dokumen, dan imej papan putih itu akan dimuat naik sebagai PDF atau PNG ke dalam folder pilihan anda, sedia untuk dikongsi bersama hadirin mesyuarat lain.

Imbas kontrak, bil dan invois

Ketepikan kabinet fail, dan simpan salinan digital bagi fail-fail penting. Simpan ia dengan teratur dalam Dropbox, dan aksesnya daripada mana-mana peranti anda.

Imbas foto

Imbas foto lama anda ke dalam Dropbox, supaya ia dipelihara dengan selamat dan boleh diakses dengan mudah. Apa yang diperlukan hanyalah telefon anda; tiada peralatan khas diperlukan.

Imbas kad perniagaan

Jangan hilang hubungan yang penting! Muat naik kad perniagaan daripada mesyuarat, persidangan, dan pameran dengan mudah—terus daripada telefon anda.

Imbas keratan majalah

Ilham boleh ditemui di mana-mana sahaja—seperti semasa anda membelek majalah di klinik. Di sebalik mengoyakkan halaman majalah orang lain, hanya imbas halaman atau petikan itu ke dalam Dropbox sebagai rujukan akan datang.

Imbas kad dan nota peribadi

Ingin menyimpan nota peribadi, tetapi sedang cuba untuk mengurangkan sepah? Hanya imbasnya ke dalam Dropbox sebagai peringatan tanpa membuat sepah.

Imbas bahan sebar

Imbas material daripada kelas atau seminar untuk rujukan mudah—dan jimatkan ruang di rumah atau di pejabat.

Imbas lakaran atas tisu

Baru mendapat ilham? Dengan pengimbas dokumen Dropbox, anda sentiasa akan dapat menawan idea perniagaan yang hebat.

Ciri-ciri yang disertakan

Imbas teks dan imej

Pengesanan automatik dan pemangkasan pintar

Pilih dari 3 penapis--hitam dan putih, papan putih, atau asal

Laras kontras imbasan anda

Pangkas dan pusing imbasan

Sokongan berbilang halaman bermakna anda boleh menambah imbasan baru sebagai halaman tambahan

Atur semula halaman dalam imbasan

Pilih antara menyimpan sebagai PDF atau PNG

Suaikan nama fail

Cadangan penamaan pintar berdasarkan imbasan anda

Pilih lokasi menyimpan imbasan dalam Dropbox anda

Cadangan folder pintar berdasarkan lokasi menyimpan imbasan terbaru anda

Ambil semula imbasan tanpa bermula dari awal (berguna terutamanya untuk imbasan berbilang halaman!)