Skip to main content

Pemantauan web tertutup

Elakkan kemungkinan ancaman, dengan pemantauan dan makluman web tertutup

Sediakan barisan pertahanan tambahan terhadap kemungkinan ancaman.

Dropbox Passwords memantau web tertutup secara aktif untuk tanda-tanda butiran akaun anda yang disimpan dengan selamat dan memberikan amaran kepada anda sebaik sahaja kecurian data dikenal pasti.

Ilustrasi rumah dengan lubang kunci di atasnya, mewakili data peribadi anda selamat.
Pemantauan
Sentiasa berwaspada

Sistem kami sentiasa memantau aktiviti pada web tertutup untuk mencari tanda-tanda butiran akaun yang disimpan dalam akaun kata laluan anda.

Ilustrasi sebuah bandar, yang mewakili ancaman serangan siber dan realiti bahawa ia boleh datang dari mana-mana sahaja.
Pemberitahuan kecurian data
Kekal termaklum dan sedia untuk bertindak balas

Sekiranya butiran akaun ditemukan, anda akan dimaklumkan serta-merta dan dinasihatkan tentang tindakan yang perlu diambil untuk memastikan data anda selamat.

Ilustrasi seseorang memeriksa pemberitahuan pada telefon mereka, kelihatan tenang.
Penyulitan
Pastikan data anda selamat

Dropbox Passwords memastikan butiran log masuk anda dilindungi dengan selamat, tanpa merumitkan hidup anda. Penyulitan menghalang penggodam daripada dapat mengakses kata laluan anda yang disimpan lalu memastikan kata laluan anda selamat daripada web tertutup.

Ilustrasi seseorang duduk di hadapan komputer dengan tanda semak hijau dipaparkan pada skrin.

Cara untuk memastikan akaun dalam talian anda selamat

Ikuti amalan standard ini untuk menjadikan akaun anda lebih sukar dicapai oleh pelaku jahat.

Ikon yang mewakili cap jari.

Kata laluan yang unik dan rumit

Cipta kata laluan yang mudah untuk anda ingat, tetapi sukar diteka oleh orang lain. Gabungan aksara huruf besar dan kecil, tanda baca dan nombor yang luar biasa akan membantu meningkatkan kerumitan.

Ikon yang menunjukkan dua kekunci, mewakili pentauliahan dua faktor (2FA).

Pentauliahan dua faktor (2FA)

Verifikasi dua langkah memberikan lapisan keselamatan tambahan pada akaun anda. Setiap kali anda log masuk, anda akan dikehendaki memasukkan kod unik yang dihantar ke telefon anda, atau dijana melalui apl mudah alih yang disokong.

Ikon yang memaparkan tanda seru di dalam segi tiga, mewakili tanda amaran.

Elakkan salinan fizikal

Nota “rahsia” yang berada di dalam laci meja anda—atau nota melekit pada skrin anda—menjadi kelemahan yang boleh dieksploitasi oleh orang yang lalu-lalang. Sebaliknya, gunakan pengurus kata laluan digital yang selamat, seperti Dropbox Passwords.

Soalan lazim

Pemantauan web tertutup ialah proses mengimbas tempat secara automatik di web tertutup, iaitu tempat pelaku jahat membeli dan menjual maklumat.

Kandungan di web tertutup dipantau untuk tanda-tanda data akaun dan pengguna kemudiannya dimaklumkan tentang tindakan yang perlu diambil oleh mereka.

Walaupun pemantauan web tertutup tidak menghalang data daripada dicuri dari awal lagi, fungsi ini menyediakan barisan pertahanan tambahan ketika berlakunya kecurian data.

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh penggodam untuk mengakses data akaun. Kaedah biasa termasuk:

  • Kecurian data: Walaupun pelantar dalam talian lazimnya mempunyai langkah keselamatan yang mantap, langkah-langkah tersebut tidak sempurna. Sama ada akibat daripada serangan yang disasarkan, kegagalan teknologi atau kesilapan manusia, kecurian data pada peringkat pelantar selalunya akan mengakibatkan banyak akaun terjejas.
  • Pemecahan kata laluan: Penyulitan moden standard menjadikan kaedah yang dipanggil “brute force” untuk meneka kata laluan tidak berkesan. Walau bagaimanapun, akaun dengan kata laluan yang lemah dan mudah diteka masih berisiko.
  • Kecurian fizikal: Peranti yang dicuri boleh digunakan untuk memintas skrin log masuk, pada pelantar yang sudah dilog masuk oleh pengguna secara lalai.

Sebagai tambahan kepada pemantauan web tertutup dan pemberitahuan kecurian data, Dropbox Passwords mempunyai beberapa ciri lanjutan untuk memastikan anda dilindungi:

  • Simpan dan isi kata laluan secara automatik
  • Simpan dan isi butiran kad secara automatik
  • Kongsikan kata laluan dan butiran kad dengan selamat
  • Urus butiran yang dikongsi dan batalkan akses pada bila-bila masa

Dropbox Passwords boleh membantu anda mencipta kata laluan yang unik dan rumit dengan beberapa cara:

  • Menjana kata laluan yang kukuh dan rumit secara automatik yang boleh dikatakan hampir mustahil untuk penggodam menembusi menggunakan teknologi semasa.
  • Semak tempat yang anda telah menggunakan semula kata laluan, supaya mudah untuk memastikan semua kata laluan anda adalah unik dan kurang kemungkinan kecurian data akan merebak dan menjejaskan akaun anda yang lain
  • Elakkan mencipta jejak kertas dengan menyimpan semua data kata laluan anda dalam pengurus kata laluan dalam talian yang selamat, dan bukannya salinan fizikal yang berisiko

Lihat lebih banyak ciri

Online cloud storage

Storan awan

Lindungi kehidupan digital anda dengan penyimpanan awan yang berkuasa

Simpan dokumen di awan

Simpanan dokumen dalam talian

Urus dokumen dalam talian dengan penyimpanan awan yang mudah dan selamat

Hapuskan peranti anda dari jarak jauh

Padam secara jauh

Padam secara jauh pada peranti anda untuk memastikan data anda selamat

File share permission

Keizinan fail

Urus keizinan fail untuk meningkatkan keselamatan