Langkau ke kandungan utama

Bekerja secara jarak jauh dan selaraskan di luar talian, pada bila-bila masa

Sering bekerja secara jauh atau sering membuat perjalanan? Dapatkan akses luar talian kepada fail dan folder anda supaya anda boleh teruskan bekerja dari mana-mana peranti dan di mana-mana sahaja.

Koleksi fail dengan tanda semak hijau

Realisasikan idea dengan Dropbox

Simpan dan kongsi fail. Tandatangan dan hantar dokumen. Semua dengan Dropbox.

Pilih kitaran bil anda

Untuk kegunaan peribadi

Plus

USD9.99 / bulan
  • Untuk 1 orang
  • Kekal terhubung merentas semua peranti
  • 30 hari untuk memulihkan fail terhapus
  • ChatGPTClaude
  • Edit PDF dan dapatkan tandatangan
Nilai Hebat

Untuk pasukan dan profesional

Standard

USD15 / pengguna / bulan
  • Untuk 1 orang atau lebih
  • Kekal terhubung merentas semua peranti
  • 180 hari untuk memulihkan fail terhapus
  • ChatGPTClaude
  • Edit PDF dan dapatkan tandatangan
  • Jenamakan fail anda untuk berkongsi
  • Fail dilindungi kata laluan
  • Dapatkan folder pasukan untuk organisasi

Untuk syarikat

Advanced

USD24 / pengguna / bulan
  • Untuk 3 orang atau lebih
  • Kekal terhubung merentas semua peranti
  • 1 tahun untuk memulihkan fail terhapus
  • ChatGPTClaude
  • Edit PDF dan dapatkan tandatangan
  • Jenamakan fail anda untuk berkongsi
  • Fail dilindungi kata laluan
  • Dapatkan folder pasukan untuk organisasi
  • Penjejakan pematuhan
  • Single sign-on

Tiada Wi-Fi? Tiada masalah

Dengan akses dan penyelarasan luar talian, anda boleh menjadikan fail dalam akaun Dropbox anda tersedia dengan mudah apabila anda tidak mempunyai akses kepada Wi-Fi atau rangkaian selular. 

Tiada isyarat di rel komuter, kapal terbang, atau semasa bekerja secara jauh di kedai kopi yang anda kunjungi? Tiada masalah. Anda hanya perlu menyediakan fail yang anda perlukan di luar talian, dan anda boleh mengaksesnya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Pengguna menambah fail PDF kepada Dropbox

Akses fail anda daripada semua peranti anda

Apl desktop Dropbox menawarkan rangkaian ciri untuk membantu anda menyimpan fail selaras merentasi berbilang peranti. Ciri-ciri tersebut termasuk membolehkan anda untuk selaras fail secara automatik kepada komputer Windows atau Mac anda supaya anda dapat mengakses fail walaupun anda berada di luar talian. Anda juga boleh menjadikan fail tersedia untuk penyelarasan luar talian pada peranti iOS dan Android dengan apl mudah alih Dropbox.

Mobiliti bermaksud anda dan rakan sekerja boleh bekerjasama dan bekerja dari jauh di mana-mana dan pada bila-bila masa yang anda perlukan—tidak kiralah sama ada dari pejabat rumah anda, dalam ruang kerjasama, atau semasa bekerja dari rumah separuh masa.

Fail disimpan dalam awan di seluruh peranti mudah alih dan desktop

Jadikan folder anda tersedia, juga

Dengan Dropbox, anda boleh mencipta folder untuk membantu anda mengatur fail anda—dan menyelaraskan folder di luar talian pada desktop atau peranti mudah alih.

Sama ada kolaborator projek anda bekerja di luar talian dalam pesawat yang menuju ke persidangan, atau Internet tiba-tiba terputus di pejabat, semua ahli pasukan—termasuk pekerja bebas di tempat terpencil—akan mendapat akses kepada folder. Ciri ini membenarkan semua orang untuk meneruskan kerja mereka dan memudahkan proses bekerjasama dalam projek—tidak kira lokasi anda.

Folder dengan ikon dua orang dan tanda semak hijau

Soalan lazim

Kerja jarak jauh dan bekerja di luar talian ialah dua aktiviti yang sering dikaitkan. Bekerja di luar talian bermakna anda tidak bersambung ke Internet tetapi masih dapat mengakses fail dan folder anda. Anda boleh bekerja di luar talian dan sebarang perubahan yang dibuat pada fail anda akan diselaraskan apabila anda kembali dalam talian. 

Bekerja secara jauh bermakna anda berada jauh dari persekitaran kerja biasa anda. Ini mungkin bermakna anda berada di luar talian tanpa akses kepada Wi-Fi atau mempunyai sambungan Internet yang terhad. Sesetengah ahli pasukan anda mungkin merupakan pekerja jarak jauh sepenuh masa yang tidak pernah pergi ke pejabat pusat.

Ya, anda boleh bekerja di luar talian dengan fail dan folder Dropbox dari peranti mudah alih anda. Untuk menyediakan fail di luar talian, hanya hidupkan pilihan "Tersedia di luar talian" untuk fail individu yang anda ingin kerjakan. Pengguna Dropbox dalam pelan Profesional, Enterprise atau pasukan juga boleh menyediakan folder di luar talian dengan menghidupkan pilihan yang sama dalam setiap folder.

Apl desktop Dropbox akan mengemas kini dan menyelaraskan fail secara automatik pada bila-bila masa anda disambungkan ke Internet. Ini memastikan anda sentiasa mempunyai versi terkini fail anda pada semua peranti yang dipautkan. 

Walau bagaimanapun, anda boleh menetapkan fail tertentu untuk tidak selaras apabila anda dalam talian dengan ciri Pelarasan terpilih kami. Dengan menghidupkan pelarasan terpilih, anda boleh memilih fail yang akan dikemas kini dan diselaraskan secara automatik apabila sambungan internet dikesan.

Anda boleh bekerja dalam Dropbox Paper di luar talian hanya dengan menggunakan apl mudah alih Paper. Dengan apl mudah alih Paper, anda boleh mencipta dokumen baharu, mengedit dokumen sedia ada, menambah komen dan berkongsi kandungan dengan mudah bersama rakan sekerja, ahli pasukan dan pekerja jarak jauh. 

Apabila anda berada di luar talian, anda boleh mengakses, mengedit dan mengulas pada dokumen yang dibintangkan dan terbaru atau mencipta dokumen baharu. Sebarang perubahan yang anda buat akan melaras apabila anda kembali dalam talian.

Lihat lebih banyak ciri

Senarai tugasan dicipta dalam Dropbox

Alat produktiviti

Gunakan alat Dropbox untuk menjadi lebih produktif di tempat kerja

Komputer riba dan peranti mudah alih dengan ikon folder dan tanda semak hijau

Selaraskan fail

Selaraskan fail anda dengan pantas di seluruh peranti dan pelantar dengan mudah dan selamat

Pengguna bekerjasama dalam dokumen menggunakan ciri komen

Usahasama kandungan

Mudah bekerjasama, menyunting dan berkongsi kandungan dengan ahli pasukan

Peranti mudah alih dengan ikon “tidak” di tengah-tengah

Padam secara jauh

Padam secara jauh pada peranti anda untuk memastikan data anda selamat