Langkau ke kandungan utama

Usahasama video untuk pasukan

Daripada lakaran pertama hinggalah kepada suntingan akhir, Dropbox memudahkan usahasama video

Komen yang berselerak. Komunikasi yang berpecah-belah. Kehilangan fail dan suntingan tidak selesai. Itulah huru-hara, dan Dropbox membantu anda mengawal keadaan tersebut.

Dengan alat usaha sama video untuk memudahkan kehidupan dalam setiap langkah proses, Dropbox menambah baik aliran kerja pasukan anda dengan serta-merta.

Demonstrasi alat usaha sama video, seperti anotasi dan komen tepat pada rangka, tersedia dalam Dropbox Replay.
Simpan
Hab pusat yang selamat untuk fail projek pasukan anda

Usahasama video yang berkesan memerlukan asas pusat yang kukuh. Simpan aset mentah, taklimat, papan cerita dan banyak lagi di satu tempat dan akses semuanya secara serentak, dari mana-mana sahaja—semuanya disimpan di awan dengan selamat.

Perlukan ruang pusat untuk merancang? Cipta garis masa projek, media dibenamkan, dan tugaskan tindakan dengan menggunakan Paper.

Paparan visual video dan fail projek disimpan dalam akaun Dropbox, sedia untuk usahasama.
Edit
Letakkan suite penyuntingan pasukan anda di bawah satu bumbung

Penyuntingan video secara usahasama adalah mudah apabila fail disimpan dalam Dropbox, dengan integrasi untuk Adobe Premiere Pro, DaVinci Resolve daripada Blackmagic Design, dan semua alat kegemaran anda. Dengan penyimpanan awan, anda akan sentiasa bekerja dengan fail versi terkini—dan tiada sesiapa perlu memuat turun salinan.

Demonstrasi integrasi penyuntingan video antara apl penyuntingan dengan Dropbox Replay, memudahkan usahasama pada projek video.
Muktamadkan
Semak dan luluskan projek kreatif dengan lebih cepat

Ucapkan selamat tinggal kepada maklum balas video yang berselerak.

Kongsikan fail video berkualiti HD dengan kolaborator anda—walaupun mereka tidak menggunakan Dropbox—dan mengumpul maklum balas tepat pada rangka di satu tempat.

Tidak perlu lagi beralih daripada satu apl ke apl yang lain—sambungkan apl penyuntingan anda ke Replay, pelantar usahasama video, dan import maklum balas terus ke garis masa video anda. Kemudian, muat naik versi baru terus daripada editor anda.

Demonstrasi alat usaha sama video semakan masa nyata tersedia dalam Dropbox Replay.
Hantar
Hantar filem pasukan anda yang telah siap dengan cepat, selamat dan bergaya

Sebaik sahaja anda selesai bekerjasama pada video dalam Replay, tiba masanya untuk menghantar produk siap. Hantar fail besar—atau koleksi fail—dan sahkan penghantaran dengan Dropbox Transfer.

  • Hantar hingga 250 GB pada satu-satu masa hanya dengan berkongsi pautan, menghantar e-mel, melalui seret dan lepas atau terus daripada Dropbox
  • Sesiapa sahaja boleh mengakses walaupun tanpa akaun—kekal termaklum dengan pemberitahuan muat turun
  • Pautan mungkin dilindungi oleh kata laluan, atau mempunyai tarikh luput untuk memastikan fail anda selamat
  • Berikan tanggapan yang berkesan—tambahkan penjenamaan tersuai dengan imej latar belakang tersuai dan logo untuk halaman muat turun penghantaran anda
Demonstrasi Dropbox Transfer sedang digunakan untuk menghantar fail video yang telah siap.

9 daripada 10 orang pengguna akan mengesyorkan Replay.* Ini sebabnya:

*Berdasarkan tinjauan penyelidikan Dropbox tahun 2021 ke atas pengguna Dropbox berdaftar yang telah menggunakan Dropbox Replay. Responden berkata Replay membantu untuk memudahkan aliran kerja mereka dengan mengumpul maklum balas daripada berbilang kolaborator di satu tempat. 

Soalan lazim

Dengan Dropbox Replay, iaitu alat usaha sama video, menyemak video adalah semudah mengklik pautan. Semakan Replay adalah berasaskan pelayar, jadi anda tidak perlu menunggu untuk memuat turun fail besar. Selain itu, anda boleh meninggalkan maklum balas tepat pada rangka tanpa menggunakan sebarang perisian khusus. Anda tidak memerlukan akaun Dropbox untuk menyemak video dalam Replay.

Ya. Anda boleh berkongsi runut audio untuk disemak dan mengumpulkan komen dengan cap masa dalam Replay. Atau cipta bilik mendengar maya dengan main balik audio yang diselaraskan untuk semua peserta.

Perisian usahasama video Dropbox Replay bersambung dengan Adobe Premiere Pro, Blackmagic Design DaVinci Resolve, LumaTouch LumaFusion, dan WeVideo.

Pergi ke halaman pelan kami untuk melihat harga, tawaran dan langganan untuk Dropbox Replay.

Anda memerlukan akaun Dropbox untuk memuat naik video, mencipta bilik tontonan dan menyambung apl penyuntingan. Tetapi anda tidak memerlukan akaun untuk menyemak video dalam Replay.