Gunakan Dropbox dan alat tanda tangan online bersama-sama untuk mengambil kontrak daripada draf pertama kepada PDF akhir ke tandatangan dengan pantas, mudah dan selamat. Kongsi fail dan minta tandatangan secara langsung dari akaun Dropbox anda dan simpan kemas kini ini semula secara automatik dalam shared folder anda. Anda juga boleh menambah beberapa penandatangan pada dokumen yang sama disimpan dalam Dropbox. Ini memudahkan anda untuk memastikan seluruh pasukan anda selaras. Anda tidak perlu membeli perisian atau memuat turun apa-apa pun. Lebih baik lagi: dengan menggunakan Dropbox sebagai pemapar fail anda, anda boleh pratonton pelbagai jenis fail video, fail audio dan fail teks daripada mana-mana peranti.
Dropbox berintegrasi dengan alat esign terbaik, termasuk HelloSign, syarikat Dropbox, Adobe Sign, dan DocuSign, agar anda boleh menghantar dokumen penting dengan lancar dalam talian untuk tanda tangan elektronik. Apabila anda sedia untuk menambah tandatangan dalam fail anda, pilih sahaja PDF atau dokumen Word dan anda akan melihat menu Open yang mengandungi apl berbeza yang boleh anda gunakan untuk tanda tangan digital dokumen anda. Klik sahaja apa-apa alat esign yang mahu anda gunakan dan fail anda akan dibuka di dalamnya, lantas membenarkan anda berkongsi dokumen untuk ditandatangani.
Tandatangan* yang terikat secara sah disimpan selamat dengan memastikan keselamatan dokumen bertandatangan dalam Dropbox tersebut dengan seni bina canggih kami yang direka dengan perlindungan berbilang lapisan dan penyulitan yang ketat. Dropbox merupakan kedai sehenti: Gunakannya untuk menjana dan bekerjasama dalam dokumen untuk tandatangan, gunakan integrasi diyakini untuk tanda tangan digital, kemudian simpan dokumen ditandatangan anda semula di Dropbox—menyimpan segala-galanya dengan mudah dalam satu lokasi.
Tanda tangan elektronik bukan sahaja menyumbang kepada aliran kerja yang lebih lancar, ia juga mengurangkan jejak karbon anda. Mendapatkan tanda tangan elektronik membantu mengurangkan pembaziran kertas dan gas rumah hijau daripada pemindahan dokumen antara destinasi. Sudah tentulah, apabila anda mengurangkan keperluan untuk membekalkan kertas dan kos pengiriman, anda menjimatkan masa dan juga wang.
*Undang-undang esign berbeza mengikut bidang kuasa dan mungkin tidak sah di semua tempat.
Harap maklum: Bukan semua kandungan tersedia dalam semua bahasa
Pastikan semua fail anda selamat dengan cloud storage dalam talian yang berkuasa
Uruskan senarai tugasan anda dengan lebih efektif dengan Dropbox Paper
Cipta templat pelan projek anda sendiri dengan Dropbox Paper