Berkongsi fail besar seperti foto dan video boleh menyusahkan, terutamanya daripada peranti mudah alih. Anda boleh cuba berkongsi fail ini melalui lampiran e-mel, tetapi berkemungkinan besar anda perlu mengecilkan fail daripada saiz asalnya untuk dimuatkan bawah had lampiran 25 MB. Selain itu, jika anda menghantar fail besar daripada peranti mudah alih, anda perlu upload setiap fail sebelum berkongsi. Ini proses yang memakan masa apabila anda jauh dari Wi-Fi.
Namun, anda tidak perlu mengharungi remeh-temeh ini dengan menggunakan app perkongsian pautan untuk menghantar semua fail besar dan tidak dikecilkan. Dengan mencipta pautan selamat ke kandungan yang disimpan dalam cloud, anda boleh berkongsi klip video atau foto besar tanpa perlu bimbang akan had saiz fail individu atau jalur lebar internet. Anda juga boleh melindungi akses ke fail anda, lantas memastikan anda berkongsi perkara yang anda mahu hanya dengan orang yang memerlukannya.