Langkau ke kandungan utama

Password file dan folder

Dropbox memudahkan anda untuk memastikan keselamatan dan mengawal semua maklumat sensitif anda

Imej dikongsi selepas perlindungan kata laluan didayakan dan muat turun dinyahdayakan
Password folder atau fail untuk menambah lapisan keselamatan lagi

Dropbox sudah direka dengan berbilang lapisan perlindungan maka minda anda boleh berasa lega kerana tahu bahawa kebanyakan data sensitif anda disimpan dengan selamat dalam awan. Apabila anda menambah perlindungan kata laluan, tindakan ini membantu anda memastikan bahawa hanya orang yang anda berikan akses ke fail anda melalui Dropbox, boleh mengaksesnya. Sebelum sesiapa boleh melihat atau memuat turun dokumen, mereka perlu mendapatkan kata laluan dokumen anda.

Folder yang dilindungi kata laluan dikongsi dengan pengguna tertentu
Perlindungan kata laluan membolehkan anda mengawal perkara yang dilihat oleh sesiapa

Dropbox memudahkan anda untuk membuat kata laluan pada PDF dan fail lain tanpa memerlukan perisian pihak ketiga. Sebelum anda berkongsi pautan kepada PDF, Dokumen Word, atau fail mahupun folder lain dalam akaun Dropbox anda, anda cuma perlu tetapkan kata laluan untuk pautan agar penerima sahaja boleh membukanya dengan kata laluan yang anda tetapkan. Jika anda seorang pengguna Dropbox Business, anda boleh mengehadkan sesiapa yang mempunyai akses ke kata laluan fail anda yang sensitif. Usah bimbang jika seseorang selain daripada pasukan anda menerima pautan kepada fail atau folder yang dilindungi kata laluan: Mereka tidak boleh melakukan apa-apa dengan pautan itu melainkan mereka mempunyai kata laluan.

Pengguna mengakses fail menggunakan kata laluan
Kawal akses fail dengan menetapkan tarikh luput shared link

Pastikan fail anda kekal terkawal walaupun setelah anda menghantarnya. Apabila anda menetapkan tarikh luput untuk shared link anda di dropbox.com atau apl mudah alih, penerima anda hanya akan dapat mengakses shared link sehingga ia luput. Selepas tarikh luput, pautan dinyahdayakan dan tiada sesiapa boleh melihatnya. Cara lain untuk melindungi kerja anda daripada dimuat turun dengan mudah adalah dengan menyahdayakan muat turun untuk shared link. Penerima anda akan dapat pratonton fail di dropbox.com, tetapi mereka tidak akan dapat memuat turun fail ke komputer mereka.

Pengguna menetapkan tarikh luput pautan menggunakan paparan kalendar
Sediakan 2FA untuk keselamatan tambahan

Perlindungan kata laluan merupakan alat yang bagus untuk mengawal dan memastikan keselamatan fail dan folder yang anda kongsi dengan orang lain serta membantu anda mencegah harta sulit daripada terjatuh ke tangan yang salah. Ciri keselamatan lain yang kami syorkan kepada semua pengguna Dropbox adalah dengan menetapkan verifikasi dua langkah. Ini bukan sahaja mudah, malah penting untuk melindungi akaun Dropbox anda dan semua kandungannya.

Apabila anda mendayakan verifikasi dua langkah, Dropbox memerlukan bentuk pengesahan kedua seperti kod enam angka atau kunci keselamatan (selain daripada kata laluan anda) apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda atau memautkan kepada komputer, telefon atau tablet baharu. Hal ini lebih menyukarkan sesiapa sahaja untuk mengakses akaun anda.

Pengguna menetapkan kata laluan untuk fail kongsian serta mendayakan pengesahan 2 faktor

Soalan lazim

Menyulitkan fail memastikan bahawa jika ada sesiapa yang mahu mencuba dan memintas fail atau mengambil cakera yang mengandungi fail tersebut, maka data tersebut tidak boleh dibaca. Perlindungan kata laluan pula merupakan ciri yang boleh didayakan apabila berkongsi fail dalam perkhidmatan Dropbox untuk menambah lapisan perlindungan perkongsian tambahan. Data anda sentiasa disulitkan semasa dimuat naik ke Dropbox dan anda mempunyai pilihan untuk meletak password file semasa anda berkongsi fail tersebut.

Kata laluan membantu anda memastikan bahawa hanya penerima fail yang diingini sahaja boleh mengakses fail tersebut. Jika orang yang tidak diingini menerima pautan kongsian, mereka tidak akan dapat mengakses fail anda melainkan anda juga berkongsi kata laluan dengan mereka. Menambahkan tarikh luput pada fail yang dipautkan dengan kata laluan, akan membantu anda memastikan bahawa pautan yang dihantar hanya tersedia untuk penerima yang diingini dan hanya untuk tempoh masa yang anda tentukan.

Perlindungan kata laluan membantu memastikan bahawa hanya orang yang anda berikan akses ke fail Word anda melalui Dropbox boleh mengaksesnya. Sebelum sesiapa boleh melihat atau memuat turun dokumen Word, mereka perlu mendapatkan password dokumen anda.

Mudah sahaja untuk menambahkan kata laluan pada PDF dengan Dropbox. Anda boleh menambahkan kata laluan pada pautan PDF kongsian dengan mendaftar masuk ke dropbox.com, kemudian mengklik butang ‘Kongsi’ di sebelah nama fail dan menyambungkan kepada tetapan Pautan. Hanya individu dengan kata laluan yang anda pilih akan dapat melihat atau memuat turun PDF yang dihantar.

Buat masa ini, pelanggan Dropbox Professional dan Business boleh melakukan password file dengan shared link di dropbox.com atau di apl mudah alih Dropbox. Pastikan anda membandingkan pelan kami untuk mencari pelan Dropbox yang betul untuk anda.

Lihat lebih banyak ciri

Ikon folder berwarna biru dengan butang akses permintaan

Keselamatan cloud

Kawal sesiapa yang boleh mengakses fail anda dan hak yang mereka miliki

Terokai sekuriti awan
Fail imej bersaiz besar gajah berwarna hijau

Hantar fail besar

Hantar mana-mana jenis fail besar kepada sesiapa pun, tanpa rasa bimbang

Teroka penghantaran fail besar
Pengguna menambahkan komen pada dokumen

Kandungan kerjasama

Mudah bekerjasama, menyunting, dan kongsi kandungan dengan ahli pasukan

Terokai kerjasama
Pengguna menogol kebenaran perkongsian untuk folder

Keizinan fail

Urus keizinan fail untuk meningkatkan keselamatan

Teroka keizinan fail