Skip to main content

Optimumkan aliran kerja anda dengan integrasi Dropbox

Lihat bagaimana Dropbox dapat memperbaiki cara anda melakukan kerja bersama aplikasi terbaik yang sedang digunakan.

Ilustrasi dua orang sedang mengisih timbunan alatan, termasuk sepana dan pembaris

Bekerja dengan lebih bijak dan berkesan

Komunikasi lancar

Setiap orang mempunyai cara masing-masing untuk berkomunikasi. Dan kebanyakan orang memilih alat yang berbeza untuk tugasan yang berlainan. Lagi serasi aplikasi anda, lagi senang kerja anda.

Proses diperkemaskan

Apabila fail anda berselerak merentas peranti, dan ahli pasukan bekerja dari pelbagai lokasi, menjadi produktif boleh jadi satu cabaran. Aliran kerja automatik dapat membantu memacu produktiviti.

Kerjasama selamat

Kakitangan berinteraksi bersama rakan niaga luar sama kerap dengan pasukan mereka sendiri. Cara baru dalam amalan pekerjaan ini mendatangkan cabaran keselamatan untuk jabatan IT.

Dapatkan lebih manfaat Dropbox menerusi alat terbaik

Di Dropbox, kami sentiasa berusaha untuk membina alat yang dapat menyatukan semua aliran kerja. Antara usaha berkenaan termasuklah menjadikan alat-alat ini mesra pengguna dan memastikan ia dapat dihubungkan dengan alat lain yang digunakan oleh orang ramai setiap hari. Rakan niaga produktiviti kami termasuk:

Logo Slack

Slack

Dengan Slack dan Dropbox, anda boleh berkongsi kerja anda bersama rakan sepasukan terus dari tempat anda berkomunikasi dan dapatkan maklum balas yang anda perlukan untuk memajukan projek dengan pantas.

Logo Nintex

Nintex

Nintex Workflow Cloud membantu memperkemaskan proses kitaran pengurusan dokumen dalam Dropbox Business dengan kecekapan, ketekalan, dan kebolehramalan yang lebih hebat.

Logo Okta

Okta

Okta menguasakan Dropbox dengan pengurusan identiti moden, memperkemas pelaksanaan dan pengurusan kitaran untuk IT sambil memberi pekerja akses kepada alat yang mereka gemari.

Cara Dropbox Paper + Slack menguasakan proses kreatif di Patreon

Patreon sedang mengubah cara para karyawan kreatif menjana pendapatan, jadi memastikan semua orang selaras—dengan menyatukan kandungan dan perbualan—adalah penting.

Logo Patreon