Ringkaskan penjejakan perbelanjaan dengan menghantar resit diimbas terus ke FreshBooks.
Kini, anda boleh memastikan bahawa semua orang menggunakan versi terkini dan mengerjakan perkara yang sama. Terus buat kerja dari Dropbox, mudah untuk lihat semula kerja yang sudah siap dan tiada lagi kandungan yang berselerak.
Usahakan fail di apl lain dan sebaik sahaja anda sudah selesai, fail itu akan disimpan semula di Dropbox. Selain itu, anda akan menerima pemberitahuan apabila apl menyimpan salinan fail anda yang sudah diedit atau apabila seseorang menambah e-Tandatangan. Jadi, anda tidak perlu membazirkan masa lagi dan menikmati pengalaman pengguna yang lebih baik apabila anda perlu mencari kerja anda semula selepas ini.
Lakukan lebih banyak kerja di satu tempat dan kurangkan perkara rumit yang menghalang tugas tertentu disiapkan. Extensions membolehkan anda menyambung kepada alat yang anda gunakan tanpa memerlukan integrasi tambahan, pengekodan atau pemasangan perisian. Mudah sahaja untuk anda menguruskan Extensions anda, tidak kira sama ada anda bekerja solo atau menguruskan pasukan yang besar.
Selaraskan fail anda dengan pantas di seluruh peranti dan pelantar dengan mudah dan selamat
Gunakan alat Dropbox untuk menjadi lebih produktif di tempat kerja
Mudah bekerjasama, menyunting, dan kongsi kandungan dengan ahli pasukan