Dengan ciri pentadbir Dropbox yang baru, anda boleh memudahkan pengurusan pasukan, menyokong keselamatan dan pematuhan data serta mendapatkan statistik boleh tindak tentang aktiviti pasukan.
Tumpukan pada kerja penting
Kandungan yang berterabur, gangguan secara berterusan, kesukaran penyelarasan—kami ada cara yang lebih pintar untuk bekerja. Dropbox membantu orang ramai menjadi teratur, kekal selaras dan selamat dengan pasukan mereka.
Jadi teratur
Bawa fail tradisional, kandungan cloud, dokumen Dropbox Paper dan pintasan web bersama-sama di satu tempat agar anda boleh mengatur dan mengendalikan kerja anda dengan cekap.

Simpan dan akses fail dari mana-mana sahaja
Simpan fail anda di satu tempat yang selamat dan boleh diakses daripada komputer, telefon atau tablet anda. Sandarkan folder penting seperti “Desktop” anda—apa-apa perubahan akan diselaraskan merentas akaun anda.

Satukan semua kandungan anda bersama-sama
Cipta dan edit kerja anda—termasuk kandungan awan dan fail Microsoft office—secara terus dalam Dropbox, jadi masa anda tidak dibazirkan bertukar antara apl atau mencari fail.

Bekerja dengan lebih pintar dari desktop anda
Pengalaman desktop kami dengan cadangan kandungan pintar membolehkan anda bekerjasama dengan pasukan, kandungan dan alatan anda—semuanya daripada satu tempat yang tersusun dengan mudah.
Kekal selaras
Pastikan projek kekal ke hadapan dengan pasukan anda yang selaras dan berhubung dengan alat yang anda gunakan setiap hari—termasuk Slack dan Zoom—tanpa perlu meninggalkan Dropbox.

Sentiasa termaklum
Dapatkan pemberitahuan kemas kini perkembangan dan tugasan ditambah kepada huraian serta kekal dikemas kini dengan paparan aktiviti terbaru yang berlangsung di samping kerja anda.

Hubungkan alat anda dengan Dropbox
Berhenti mencari dan bertukar antara apl apabila anda menyambungkan kandungan anda kepada alat yang anda gunakan, Slack, Zoom, HelloSign, dan integrasi Dropbox yang lain.

Dropbox Paper meletakkan semua orang pada halaman yang sama
Dengan Paper, satu dokumen kerjasama untuk pasukan anda, anda boleh mencipta kandungan anda dengan mudah dan menyusun projek anda menggunakan garis masa, tugasan dan jadual.
Kekal selamat
Walaupun ada berada di rumah, di pejabat atau di mana-mana jua, Dropbox menjaga keselamatan fail peribadi dan perniagaan anda serta memberikan anda alat yang diperlukan untuk melindungi kerja yang dikongsi.

Berikan akses yang betul kepada orang yang betul
Dengan ciri seperti perlindungan kata laluan, pautan yang tamat tempoh dan kebenaran muat turun, anda boleh memastikan fail kongsian berada di tempat yang sepatutnya.

Lindungi fail anda agar kalis bencana
Lindungi fail daripada suntingan, pemadaman, penggodam dan virus yang tidak diingini dengan memulihkan atau mendapatkan semula apa-apa sahaja dalam akaun Dropbox anda sehingga 30 hari.

Simpan data syarikat dengan selamat
Dropbox merupakan ruang kerja yang selamat dan fleksibel serta diyakini oleh lebih daripada 500,000 pasukan untuk memastikan data paling penting mereka dilindungi.
